23.6.14

Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak Part I (Intro)


Dear u olls,

Seperti yang dijanjiikan,  pada hujung minggu yang lalu,  akak telah mengabdikan diri akak dihadapan laptop ini untuk membuat research dan penyenaraian pemain World Cup 2014 yang kacak siap dengan segala butiran untuk tatapan u olls semua.  Sungguhlah gigih akak membuat senarai ini hinggakan akak punya research memakan masa dan membuatkan suami akak sendiri menjadi pereng kerana bukan sahaja nama dia tidak tersenarai dalam list ini malah dia juga telah kehilangan perhatian dari akak sepanjang minggu ini.

Akak kena bagi settle buat senarai ni secepat mungkin sebab lepas ni....kita dah nak puasa...tak elok la kita tengok gambar gambar jantan elok time puasa kan.  HAHAHA

Entahlah,  dulu akak kalau buat apa-apa research untuk tulis artikel macam senang and cepat ja.  Sekarang ni,  satu artikel pun nak kena tunggu 4 jam.  Adakah ini sindrom dah tua.  HAHAHA oh nooo.

Okay dah dah.  So hari ini akak akan publish beberapa artikel bertajuk "Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak".  Semuanya ada 6 part termasuk artikel ini.


Click read more


Macam mana akak membuat pilihan?

Akak telah menggigihkan diri untuk buka website FIFA yang amatlah bagus,  berinformasi dan mempunyai gambar HD.  Akak buka page bagi setiap team,  pastu akak buka semua profile pemain. Satu persatu! Dan dari situ,  akak terus pilih 58 senarai pemain yang kacak.  Senarai ini akak panggil FIRST DRAFT.

Lepas itu,  akak tengok semua 58 senarai ini dan akak buat saringan sekali lagi.  Kali ini akak lebih teliti and buat pengumpulan data seperti nama,  tarikh lahir,  ketinggian dan macam macam lagi.  Melalui saringan kedua ni,  akak dapat final senarai seramai 34 orang!

Wuhuuu!

And 34 orang ni,  akak pecahkan kepada 5 kategori seperti berikut  :

  • Abah Abah
    Kategori ini adalah berumur 29 dan ke atas.  Depa ni macam dah tua sikit.  Tapi masih hot.  Yang penting depa ni adalah dah kawen ataupun dah ada anak.  I know ramai yang taste abah abah ni....maybe sebab bila tengok abah abah ni,  kita rasa macam secure and matang. *abah tu ayah la....


  • Abang Long
    Kategori ini adalah untuk umur 26 - 29.  Depa ni mungkin dah kawen and ada anak.  Tapi depa masih nampak muda.  And perwatakan depa memang macam cool and tak berapa nak menunjuk hemsem sangat.  Sebab inilah perwatakan abang long.  Relaks bersahaja tapi still tau nak have fun.  I suka kategori ni.



  • Bad boy
    Bad boy ni tak semestinya hemsem.  Tapi depa ni ada tarikan tersendiri.  Kalau tengok depa,  macam ada benda yang depa buleh buat untuk usik hati kita.  Kita rasa geram tengok depa,  tapi kalau depa cuit kita sikit...teruih rasa menggelitis di purkis.  HAHA



  • Good Boy
    Good boy ini macam nerd tapi still hemsem.  Muka yang amat membuatkan mana mana perempuan cayak.  Depa ni mak mak tengok,  mesti teruih teringin nak buat menantu.  Para barisan cougar suka la taste macam ni.  Anak ikan emaih.


  • Maneehhhh
    Maneeehhhh ni adalah 'manis' dalam bahasa Penang.  Depa ni sangatlah sweet.  Macam P Ramlee kata "Lawa tiada...manis ada....."  Tapi tau la kan....manis manis ni bahaya!



Okay!! Dah dapat semua penerangan lanjut.  Stay tuned kat blog Jumie Samsudin hari ini untuk tengok all 7 parts artikel Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak!!  Selamat merembes.

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...