19.6.14

Rekagrafik Dalam Talian Yang Mudah dan Percuma - www.canva.com

Terima kasih kepada boss i,  Dr.  Pitt yang kendu tapi macam krekko sedikit,  beliau yang memberikan saya website ini untuk start design-design apa-apa sahaja benda kecik-kecik yang nak bubuh kat poster ataupun hebahan secara online.  Selama ni i duk guna aplikasi mudah Photoscape sahaja and hasilnya,  tak berapa nak memuaskan.  Tapi sejak ada website ni,  aiiiyooo memang haruslah i olls punya design makin meletops.  Nampak macam profesional,  HD dan yang paling penting,  siap orang mai tanya kat I,  i duk design pakai apa...sebab nampak meleps!

Berikut antara design yang i olls buat lately,  meletops tak?






Meletops kan?  Nampak macam Amerika ka macam mana ka......Nak tau macam mana?

Jom click bawah!


Website ini memang sangat mudah.  Ampa click masuk,  log in pakai Facebook,  pastu tak payah susah susah banyak.  Ampa boleh click ada banyak kategori template yang depa dah buat siap siap.  Ampa pilih and tukar-tukar wording sahaja.  Kalau ampa makin kreatif,  ampa bolehla nak tambah grafik huruf font lain-lain atau gambar.  

Design ampa tak akan nampak kampung dah lepas ni! 

Okay,  first sekali masuk website depa  https://www.canva.com/ lepas itu ampa akan jumpa macam kat bawah ni.  Pastu ampa kena log in.  Paling senang,  log in la guna Facebook!



Lepas tu ampa akan jumpa kat bawah ni.  Nampak dak?  Ada macam-macam kategori template yang ampa boleh pilih iaitu :

  • Google+ Header
  • Social media
  • Presentation
  • Poster
  • Facebook cover
  • Bloggraphic
  • Kindle cover
  • Pinterest
  • Twitter Header
  • Document (A4)
  • Card
  • Photo Collage
  • Business Card
  • Invitation
  • Facebook Ad
  • Facebook Post
  • Facebook App







Kalau ampa tak mau pilih template macam kat atas tu,  ampa boleh click USE CUMTOM DIMENSIONS and ampa masukkan size pixel width by height mengikut pilihan hati ampa,  pastu click design!  Yang ni ampa lebih bebas nak design lagumana pun.





Bila ampa dah masuk untuk start designing,  ampa boleh nampak macam gambar kat bawah ni, kat kiri sekali ada beberapa buttons designs iaitu  :



Layouts
Untuk ampa pilih layouts tempates yang sedia ada!  Macam macam duk ada.  Tengok gambar atas,  belah kiri...tu semua contoh layout templates.





Text
Yang ni yang best i suka.  Kalau ampa tak mau guna templates,  kat sini ada macam macam text design yang pelbagai.  Ampa boleh pilih kat sini dengan click kat mana-mana design yang ampa mau.  And pas tu,  ampa sendiri boleh ubah design ni dengan menukar warna,  font atau sebagainya.



Contoh nak reka-reka font  :

Step 1  : pilih satu template design macam ni.



Step 2  :  Ampa click kat TITLE tu,  pastu type apa ampa nak type.  Pastu boleh tukar size,  warna and font.  Ikut suka hati ampa.






Background
Selain layout and text,  ada juga background.  Dalam designing,  elemen ni memang penting.  Yang ni adalah canvas ampa la.  Ampa boleh tengok ada macam macam background template yang depa sediakan.  Ada yang bercorak,  bertekstur dan ada juga yang plain.



Lepas buat pilihan jenis background yang ampa mau,  ampa click pastu dia otomatik masuk kan layout ampa.  Macam kat bawah ni.  




Pastu kalau ampa tak suka warna oren.  Ampa tukar la warna lain.







Uploads
Yang ni...kalau ampa nak masukkan gambar / file grafik lain untuk dimasukkan dalam design ampa.  Ampa boleh upload image ataupun,  kalau ampa link kat facebook account ampa,  dia otomatik ada gambar-gambar yang kita dah add dalam album FB kita.






Jom try buat!
Okay jom tengok I olls try buat satu poster untuk ampa try....


STEP 1  :  Pilih size layout dan background.





STEP 2  :  Lepas tu masukkan gambar yang ampa mau.....macam ni,  akak pilih gambar dari akaun Facebook akak.  Lagi besar pixel gambar lagi bagus.





STEP 3  :  Gambar yang kita dah pilih ni,  kita boleh tukar filter dia.  Untuk mendapatkan efek grafik yang lebih cantek sebagai finishing kelak.






STEP 4  :  Pastu ampa dah start boleh masuk wording dan gambar ikut suka hati ampa la.  Im sure ampa lagi creative dari I olls.  






STEP 5  :  Okay dah siappppp!! Dah puaih.  Lepas ni nak buat apa?





STEP 6  :  Okay now,  design dah siap.  Kat atas kanan page ini,  ada LINK and PUBLISH.  Click kat situ and ampa akan keluar satu window.  Dia akan tanya nak publish masuk dalam Jpeg ataupun PDF.  Ikutla mana ampa mau.





STEP 7  :  Lepas tu,  apa dah click mana ampa mau.  Design ampa nanti akan didownload masuk dalam PC ampa.  TARAA!!  




STEP 8  :  Okay lepas ampa dah download ampa punya grafik tadi dalam bentuk soft copy,  so design ampa ni boleh disave.  Kat atas kanan,  ada satu link warna kelabu UNTITLED DESIGN.  Ampa click kat situ and type nama file yang ampa mau.  Pastu tekan entre.

Dengan cara ini,  folder design ini akan disimpan dalam account ampa sampai bila bila.  Selagi ampa tak delete la.  Mana nak tau,  esok lusa ampa nak guna template tu and design lain pula kan?




Okay dah dah....ampa boleh start guna dah benda ni.  Siriesly!! Best,  senang and free (unless ampa guna template yang kena bayar).  Saya harap tutorials ini dapat memberikan manfaat kepada semua kawan-kawan student yang nak buat presentation and project dan macam -macam lagi.  Tapi paling penting kat kawan-kawan yang duk meniaga online,  sebab percayalah...design ampa tu amat penting untuk tarik perhatian pengguna.  Because setiap design grafik promote barang yang ampa bubuh kat Facebook apa ni semua,  menjadi first impression ampa kepada pelanggan.

Okaylaa...beletiak pulak.

Dah jadi!!





Selamat meng-design,  dengan ucapan agar ampa tidak membuat design kampung-kampung dah lepas ni :)


Untuk belajar tips designing and publishing,  boleh juga baca blog depa kat sini  :  http://blog.canva.com/

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...