12.6.14

Ulasan Cerpen Kisah Hati

Dear all,

Hari tu ampa semua baca dak artikel Cerpen : Kisah Hati.  Sapa yang tak baca lagi kena pi baca cerpen ni.  Tapi kalau ampa baca ulasan ini dulu baru ampa nak pi baca cerpen itu pastinya perasaan ampa akan berasa berbeza daripada kalian yang telah membacanya buat pertama kali tanpa sebarang pemberitahuan awal dari saya (terutamanya).



Seikhlasnya,  selepas membaca komen-komen daripada kalian semua yang telah membaca cerpen itu amat mengecewakan hati saya.  Ampa punya komen kebanyakannya berkata ampa sangatlah rasa terbuang masa apabila membaca pengakhiran cerita ini.

Saya rasa kecewa sebab kenapa u olls rasa BUANG MASA dan CHOI dan BUANG KAREN dan SERRR dan HAMPEH lepas dapat tahu yang Syazrin itu ialah seorang lelaki sedangkan saya kat sini yang mengkisahkan cerita ini dan tahu cerita ini bukan cerita main main dan tipu tipu merasakan betapa susahnya perasaan Syazrin ini.

Just because ampa semua straight dan heteroseksual,  ampa semua rasa ampa perfect ka? Dan hanya kerana ampa semua dilahirkan dengan perasaan 'tidak songsang' ini ampa terus anggap perasaan hati orang macam Syazrin ini adalah satu pembuangan masa?

Ampa tak rasa ka kesian kat orang orang yang dilahirkan dengan perasaan macam ni?  Setiap hari depa bangun tidok bukan sahaja bergelut untuk hidup (cari duit cari makan macam kita semua) tapi nak kena bergelut nafsu dan perasaan sebab depa punya naluri adalah bertentangan daripada ajaran agama dan tatasusila masyarakat.

Tapi saya hanya rasa kecewa sahaja.  Saya tak marah kat kalian semua.  Komen dan juga reaksi kalian semua adalah GENUINE dan asli.  Tidak dibuat buat.  Kalau inilah komen pertama ampa makanya tidak ada apa apa yang boleh aku ubah lagi.  Ampa sendiri fikir dan renungkanlah.

Cerpen ini sengaja aku tulis sebegini caranya sebab aku sendiri nak tengok reaksi kalian semua di akhir cerita ini.  Sebab selama ini,  bila aku bercerita pasai betapa pentingnya kita perlu ada rasa hormat kepada semua orang lelaki,  perempuan,  maknyah,  gay,  lesbian.....and ampa semua always setuju and sokong sahaja apa yang aku kata tu.

Tapi bila aku buat cerpen ni,  secara tak langsung aku buleh tengok unconscious mind ampa tentang issue ini.  :)

I rest my case.

ps/  ampa tak perlu ubah apa-apa.  Tapi bagi aku,  semua kisah hati perlu dihormati.

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...