6.6.14

Ulasan Filem : Maleficent (2014)

Hello u olls,

Akak baru balik daripada menonton filem yang I olls tunggu dah lama dah untuk keluar iaitu Maleficent.  I olls pi tengok tadi dengan kawan-kawan.  At first,  dah beli dah tiket semua.  I ajak la En.  Khafi join we olls.  Tapi dia kata "Apalaaa suruh aku tengok cerita budak budak,"

Cisss...takpalah.  Biak pi la kalau dia tak mau pi.  So we olls pi ramai ramai.  So jom baca ulasan daripada I olls.

*  Artikel ini mengandungi SPOILER.  So sapa-sapa yang tak tengok lagi and dont want to know the details please jangan baca. 



Jalan Cerita

Sapa sini suka menonton cerita fantasi Disney?  I olls memang membesar dengan cerita-cerita princeses Disney.  Maybe sebab itu sampai lani I olls kuat feeling.  Sebab sapa yang membesar dengan cerita cerita Disney yang sangat banyak kisah kisah cinta putera puteri,  pasti sampai lani duk feeling.

Click Read More



So sapa yang tau cerita Sleeping Beauty pasti tau kisah macam mana seorang puteri raja yang disumpah oleh seorang ahli sihir jahat yang marah sebab dia tidak dijemput pada hari keraiannya (kalau kita Melayu kita kata la majlis cukur jambul gituu).  So puteri itu disumpah bahawa sebelum usia dia menjangkau 16 tahun,  jari dia akan terluka akibat terkena jarum pada mesin menenun kain dan luka itu akan membuatkan dia mati.  Tapi dalam versi animasi Disney tahun 50an itu,  ada seorang pari pari baik yang telah menyelamatkan sumpahan itu dengan berkata,  si puteri tidak akan mati tetapi dia akan tidur buat selama-lamanya sampailah dia mendapat ciuman pertama daripada cinta sejati.

So itulah cerita versi kartun.

Versi ini lain pulak.  Kisah sumpahan ini diceritakan dari perspektif Maleficent.  Mengapa dia sanggup menyumpah si puteri yang tidak bersalah itu.

Alkisahnya,  pada zaman dahulu,  kat bumi ni ada dua dunia.  Satu dunia manusia,  satu dunia pari pari.  Manusia dan pari pari sering bergaduh dan tinggal dalam dua sempadan yang berbeza.  Tapi macam manaka,  Maleficent (masa tu dia kecik lagi) seorang pari pari yang mempunyai sayap yang sangat besar telah berkenalan dengan seorang manusia bernama Stefan.  Depa hari hari duk main dorang,  sampai depa dah besar,  depa pun love!!




Tapi disebabkan rasa tamak haloba untuk mendapat pangkat dan kuasa,  Stefan telah mem-betray cinta Maleficent dengan memotong sayap Maleficent. Sejak itu,  Maleficent tidak percaya pada cinta sejati dan dia menyimpan dendam kepada bekas kekasihnya Stefan yang kini susah menjadi raja.


Maleficent yang sudah tidak bersayap itu pun menjadi pari-pari yang sangat jahat.  Bila dia pi satu tempat,  terus pokok semua tak berapa nak tumbuh.  Gitu!!  Dia pakai tongkat dan mempunyai seorang hamba manusia yang boleh merupa menjadi gagak (raven) atau apa sahaja binatang yang dia mau.

Apabila Maleficent mendengar perkhabaran yang Stefan mendapat seorang bayi puteri,  Maleficent pun pi la ke kenduri kerainan menyambut kelahiran baru itu (orang Melayu panggil cukur jambul).  Maleficent kata dia marah dan sedih kenapa dia tidak dijemput sebab dia pun ada 'hadiah' untuk si kecil ini.  Dan hadiahnya,  seperti kalian tahu.....sumpahan mati apabila jarinya tersentuh dengan jarum penenun kain before dia mencapai usia 16 tahun.



Habislah semua mesin tenun kain dibakar diseluruh kota dan negara itu.

Bayi comel bernama Aurora itu disembunyi oleh Raja Stefan.  Oleh kerana paranoid dan takut dengan bayang-bayang sendiri,  Raja Stefan menyerahkan penjagaan bayinya (dalam persembunyian) itu kepada 3 pari pari kecil yang sangatlah bodoh dan cemerkap (clumsy).

Oleh kerana kebodohan dan juga kecemerkapan tiga pari pari ini,  tau tak sapa yang duk selamatkan Aurora sejak bayi lagi?  YES!  Maleficent.  Beliaulah yang duk mai suap makan,  jaga dari terjatuh dari curam dan macam-macam lagi.  Maleficent tidak pernah berenggang walau sekelip mata dengan Aurora.  Dan tanpa dia sedari dia makin sayang kepada bayi kecil itu.

Aurora telah meningkat dewasa.  Hubungan dia dan Maleficent menjadi sangat akrab.  Aurora panggil dia 'fairy god mother'.  Maleficent cuma untuk terbalikkan sumpahan yang dia berikan kepada Aurora dahulu tapi tak buleh sebab sumpahan dia terlalu kuat.  So,  dia hanya boleh biar sahaja masa yang menentukan segalanya apabila satu hari nanti,  Aurora akan tersentuh dengan jarum penenun kain dan dia akan tidur buat selama-lamanya (seolah-olah mati).







Di akhir cerita,  apabila Aurora akhirnya seperti yang disumpahkan tertidur setelah jarinya terkena jarum penenun itu,  Maleficent menangis sebab dia akui dia dah teramat sayang pada Aurora dan dia rasa dia menyesal dengan apa yang dia buat pada Aurora.  Dia kata,  dia sengaja berkata yang hanya ciuman cinta sejati yang dapat mengubati sumpahan itu kerana dia tidak percaya kepada cinta sejati,  tapi ketika Maleficent mencium dahi Aurora atas kekesalannya,  tiba tiba Aurora bangun.

Sebab cinta Maleficent pada Aurora adalah sangat sejati.  BUKAN CINTA KAKI GUNTING NYAH.....cinta ibu dan anaklaaa......buredd ampa ni.

Okay...itulah ceritanya!!  The rest,  ampa pi la tonton sendiri.








Pasaipa I suka


  • I sangat suka cerita ni sebab Angelina Jolie.  Sangat suka dengan beliau kerana beliau sangat lambat wanita kuat.  Dia sangat sesuai memegang watak ini.  "welll...welll...welll..."
  • Cerita ini pertama kali I olls rasa (yang i pernah tengoklah) kisah yang menceritakan tentang macam mana watak yang selama ini kita duk rasa jahat,  rupanya dia pun ada kisah kenapa dia jadi dan bertindak macam ni.
  • Maleficent membuktikan yang kalau dalam hati tu dah memang baik,  hang pakailah jubah hitam dengan tanduk kambing macam mana pun,  lukih mulut merah semua bagi nampak macam jahat,  tapi...............kalau hati hang baik...hang tetap akan jadi baik!  Dan semua kebaikan kat dunia ini akan bantu hang suatu hari nanti. (begitu juga sebaliknya)
  • Watak Aurora juga,  walaupun watak dia simple,  puteri puteri feeling lembik,  tapi Aurora versi ini baik.  Yelah u olls,  walaupun dari kecik dia diajar untuk takut dan benci pada Maleficent.  Tapi dia biar hati dia terbuka,  dan setelah dia tahu perkara sebenar,  dia pegang pada pendirian dia untuk bantu Maleficent.

    Inilah sifat yang kita kena pegang.  Yes,  kita kena baik dengan sesiapa sahaja yang buat baik dengan kita.  Tapi pada masa yang sama,  kalau ada orang duk mai tabur fitnah pasai orang lain,  kita janganlah senang-senang termakan apa yang dia nak cakap tu.  Kita kena kaji sendiri dan akhirnya,  bila kita dah betul betul tau sapa betul sapa salah,  buatlah pilihan dengan berani dan stick to it!! (Cuba bandingkan dengan senario politik kat Malaysia ni)
  • Sekali lagi i suka Angelina Jolie sebab dia lawa sangat!!

Things You Should Know


  • Lagu tema "Once Upon A Dream" bagi filem ini dinyanyikan oleh Lana Del Rey.  Depa kata,  Angelina Jolie personally picked Lana untuk nyanyi lagu ini.  I sangat suka Lana Del Rey.  Lagu dia yang i suka adalah Summertime Sadness.  Oh ya,  Lana juga menyanyi untuk majlis makan malam rehearsal perkahwinan Kim Kardashian and Kanye West.
  • Anak Brad Pitt dan Angelina Jolie iaitu Vivienne Marcheline Jolie-Pitt berlakon dalam filem ini memegang watak Aurora versi baby.  Ohmaigoddd anak dia comeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gila.


  • Angelina Jolie buat stunt terbang dan fighting sendiri!!
  • Angelina Jolie kena pakai banyak head gear (tanduk kambing).  Ada yang berat.  Dan ada yang ringan.  Yang berat untuk scene berlakon biasa biasa.  Setiap kali lepas bukak costume dia akan sakit tengkuk.  Manakala head piece yang ringan pula akan dipakai masa scene gaduh dan terbang-terbang.
  • Angelina Jolie masih simpan salah satu daripada tanduk kambing itu dirumah.
  • Dalam satu perhimpunan konvensyen Disney D23,  Angelina Jolie buat penampilan khas memakai suit Maleficent.  Dan dia membuatkan semua kanak-kanak dalam dewan berasa takut dan ngeri.  Kecuali anak dia sendiri :)






Make Up Efek Cengkung Maleficent
Ramai yang tanya and macam pelik pasaipa muka Angelina Jolie boleh jadi cengkung macam tu.  Kak Ell yang pi tengok cerita dengan I siap kata,  boleh dak nak buat make up macam tu untuk bagi nampak cengkung.  Ampa ni gila ka apa.

Actually muka Maleficent tu jadi cengkung bukan sebab Angelina Jolie tu kuruih tapi ini adalah teknik make up yang dipanggil prosthetic make up.  Prosthetic make up adalah teknik yang digunakan dalam banyak make up kesan khas untuk buat luka,  buat rupa alien,  bagi nampak tua,  buat muka raksasa,  hantu dan macam-macam lagi.  Untuk bagi ampa lagi senang faham,  letak pelastik kat muka pastu make up kat atas.

Cumanya,  yang untuk kesan ini,  instead of letak plastik untuk buat kesan kesan seperti kedutan dan luka,  depa letak plastik tu menjadi bersegi so that nampak macam tulang pipi over naik.

Kesan make up efek khas ini first time i tengok dibuat oleh Lady Gaga.  Melalui catatan IMDB,  memang make up efek khas rupa cengkung Maleficent ini ditiru dari Lady Gaga dalam albumnya Born This Way.


Lady Gaga dengan kesan make up prosthetic








Lady Gaga tanpa prosthetic make up






Angelina dengan kesan make up prosthetic untuk watak Maleficent






Angelina Jolie dengan make up biasa.  Mana ada cengkung kan??







Kesimpulan
I sangat suka filem ni.  Memang mengrekemen u olls semua pi tengok!! Plot dia laju,  takdak scene yang mengantukkan.  Ada unsur unsur funny selamba.  Olahan cerita dia lojik dan tersusun.  I bagi 8/10

5 comments:

  1. Salam kak jumie..kami dah p tengok dgn mizi. Cerita dia mmg best!! Sapa-sapa yang belum tgk tu, ampa semua takkan rasa rugi beli tiket utk Maleficent.

    ReplyDelete
  2. wei aku mmg nak tgk masa tgk iklan kat tv..tiba2 bc review hang..aku mmg spesies suka tau ending dulu b4 tgk cerita nanti hang review transformer jugak bila nak kuaq ntah.

    ReplyDelete
  3. assistant maleficent tu sekor gagak yg bole transform jadik manusia. maleficent selamatkan gagak tu lps tu gagak tu kena la balas budi.

    sori na jumie, chek cuma nak kasi pebetui facts hang.

    -sal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang rajin komen blog aku....thankss...aku terharuwwww

      Delete
    2. Huhuhu...velkam... suka baca blog hang tapi tudiaaa sampai ralit x buat satu reja pun!!!

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...