20.6.14

Ulasan Teater Dendam Siluman Ungka

Hello u olls,

Baru baru ini I olls terlibat dengan satu lagi pementasan teater iaitu Dendam Siluman Ungka di bawah produksi Persatuan Teater Resdong's yang amat popular di Penang dan selalu membawakan teater genre komedi.

I have to say,  saya sangatlah berasa terharu kerana inilah kali pertama saya dijemput untuk berlakon dengan Persatuan Teater Resdong's walaupun hakikat watak saya tak sampai 3 minit pun dan tak memerlukan sebarang dialog.

Seperti biasa saya sangat happy dan gembira apabila bersama dengan team ini kerana dua hari saya akan bergelak ketawa seperti orang gila.

Jom baca ulasan dan tengok gambar-gambar saya.



Sinopsis Cerita taken from blog En.  Yusof Bakar yang juga penulis skrip bagi pementasan ini.

Naskhah Dendam Siluman Ungka merupakan sebuah cerita mudah tentang Andika yang ingin membalas dendam kematian ibu dan adiknya. Kebetulan beliau bertemu dan berguru dengan Lang Sewah, yang mengajar jurus Siluman Ungka dengan syarat beliau tidak akan membalas dendam. Bertentangan dengan pesanan gurunya, Andika pergi mencabar Malboro, ketua penjahat yang juga sedang mencari kitab Tiga Siluman. Berlaku pertarungan sengit, tetapi kesudahannya tidak dijangka.


Komen 
Disebabkan watak saya amatlah pendek,  maka lepas saya punya part,  saya terus lari ke depan dan tonton teater ini bersama penonton yang lain.  Sejujurnya,  saya tidak pernah mai tengok satu pun pementasan teater Resdong's sebagai penonton depan.  Mamak Jegey,  Orang Minyak and macam-macam trilogy lagi.  Ada sekali mai tengok pun Zues tu pun sebab bekerja sebagai jurumekap.  But after menonton teater Resdong's ini siriesly lepas ni saya akan jadi pengikut tegar bagi pementasan mereka ini.

Dari segi jalan cerita,  pada mulanya,  saya ingatkan kisah anak kampung yang ingin menuntut bela di atas kematian keluarganya adalah amat klise dalam kisah kisah action hero.  Lepas itu...kisah kisah dari tak kuat jadi kuat.  Sangat marvel.  Tapi pada akhir cerita ini,  twist kisah ini amat menarik.  Nak tergelak pun ada. Nak marah pun ada.  Tapi jalan cerita ni menarik.  Asas dia boleh diulah untuk macam macam cerita terpulang kepada pementasnya.  

berbalik kepada team para pelakon.  Saya sangat suka kreativiti santai para pelakon yang tidak terlalu MENCUBA KUAT untuk menjadi lawak.  Hanya jadi diri sendiri dah jadi lawak.  Satu lagi yang buat saya cemburu dengan pementasan mereka adalah keakraban dan keserasian para pelakon atau orang putih kata chemistry telah memberi kekuatan kepada pementasan mereka.

Penonton dan saya gelak sekuat hati apabila tengok reaksi santai para pelakon yang cuba memperkena sesama sendiri seperti menyembur air ke muka,  tendang,  tampar dan siku secara sengaja dan lain-lain lagi.  Chemistry ini tidak mungkin boleh dibuat oleh pasukan lain tampa perasaan brotherhood yang kuat.

Tak perlu saya bagi komen banyak pasai lakonan kerana rata-rata pelakon yang terlibat dalam pementasan ini adalah otai-otai belaka.  Sorang tu Dekan terus!! (AHAHAHA steady Abu).

Tiket teater kali ini adalah RM15 dan bagi saya amatlah bagus sekali kerana satu nama yang besar di Penang ini harus letak satu standard pada tiket mereka melalui sekarang.  Dengan persembahan yang baik serta efek pentas yang amat menarik.....oh rugilah sesiapa yang tak mai tengok.

Dari segi teknikal dan efek khas,  saya memang puji pementasan ini kerana berjaya membawa efek angin,  sound efek,  api,  bomb,  darah,  ular nama Boboy,  tukar costume dan macam-macam lagi memang menjadi.  Cuma nak kena bagi kemaih jaaaa lagi sikit. Tapi kalau bagi bajet duit juta-juta and masa yang mencukupi...saya rasa Hollywood pun boleh kalah dengan depa ni.  Michael Bay pun nanti mai nak belajar dengan depa.

Kesimpulannya,  saya bagi tall respect untuk team Resdong's kerana berani buat pembaharuan dalam pementasan kali ini iaitu buat teater KOMEDI AKSI.  Nora bagi 4 bintang!

Oh yaa...before saya lupa.  Nak ucap takziah and tahniah untuk Abu Mamu.  Takziah sebab tangan dia cedera teruk sebab kena api belerang.  Kejadian berlaku ketika depa duk sibuk sibuk siap set yang meletops ni.  Haa...tengok tu.  Punya nak buat set sampai kena sambar api.  Tapi tahniah untuk beliau kerana walaupun kena sambar api and melecur kat tangan......beliau tetap kuatkan hati untuk berlakon juga and memberikan persembahan yang sangat baik!!  Mental sangat kuat Abu ni...mesti yang lain lain pun kuat juga.

AHAHA.

Sekian jom tengok video and gambar-gambar :)







Aida Othman,  heroin CONTRACT dalam Resdong.  I really like this woman.  So cantek (siriesly dia cantek),  so wangi but krekko! HAHAHA






Ini akak...hahahahahah! OKAYTHANKSBYE








Gambar ehsan dari   :  arts4life



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...