4.6.14

Ulasan Teater RINTIS 2014 : Kena Main




Kena Main
Karya  :  Khalid Salleh
Pengarah  :  Muhammad Afiq Md Asri a.k.a Mista Fixx (Pelajar tahun akhir yang dinilai)
Sinografer  :  Mohd Nur Afiq Bin Bejo a.k.a Wirawan Samar a.k.a Joe (Pelajar tahun akhir yang dinilai)
Menampilkan pelakon-pelakon teater dan juga pelajar di USM sendiri. Antara pelakonnya Nurul Fathin, Noor Rizuwan, Mazlan Razi, Tiaow, Shazli Resdong's, Sharifah Juairiah dan Daniel Lee.

Sinopsis  
Mengisahkan tentang orang buta yang mencari nafkah hidup dengan menyanyi di kaki lima. 

Jom baca review i olls tulis.



Pengenalan

Cerita ini adalah sebuah teater yang mengisahkan 4 orang buta yang hidup mereka mencari hidup dengan menyanyi di tepi jalan.  Macam mana cabaran depa nak cari rezeki,  konflik yang depa lalui sebagai seorang manusia yang sebenarnya tak jauh macam kita kita yang dirasakan sangat normal ini.

Terus terang i olls cakap,  pada asalnya,  i sangat mempersoalkan kenapa Mista Fixx seorang pelajar yang tersangat sangat sangat aktif dengan segala maknena pementasan teater di USM ini memilih satu pementasan yang sangatlah simple.  Untuk pengetahuan u olls,  Mista Fixx memang banyak pengalaman dia.  Dah banyakkkkkkkkkkkk sangat teater dia jadi stage manager,  assistant manager,  pelakon dan macam macam lagi.  

So bila tau kata dia buat teater simple ja tajuk Kena Main,  i rasa macam,  haloooo cemon Mista Fixx.  I was expecting dia buat teater macam gila gila punya style panggil artist macam Jumie Samsudin semua.  Haaaaa.....

Tapi setelah melihat pementasan teater ini.............................i olls memang respect gila.  Sebab Mista Fixx telah berjaya mempamirkan kemampuan beliau sebagai pengarah,  walaupun dia patah kaki. HAHAHA

Okay,  kali ini i olls mai tengok bersama anak ayam Rusdi dan isterinya Qinah.  Untuk pengetahuan u olls,  ini first time Qinah mai tengok teater.
Gambar kasihan,  Mista Fixx bertongkat masa curtain call.

Komen

  • First of all i olls nak puji adalah set!!  Gilaaa gempakkkkkkkkkkkkkkkkk.  Sangat real.  Dengan sticker along sana sini.  Toh sampah.  Kaki jalan.  Pokok.  Kedai dua tingkat siap ada tangga kot tepi.  Pastu orang lalu lalang siap naik tangga tu.  Paling gempak sekali adalah ada sound efek jalan raya (yang dipasang menggunakan speaker kat tepi pentas) memang meletops sangat.

    Sapa yang duduk kat dalam Panggung Sasaran time memang boleh rasa macam duduk tepi jalan dah!! Cuma kalau depa tutup aircond bagi panas macam betul betul kat tepi jalan lagi meletops.  HAHAHA

    Lagi gempak apabila ada sorotan pelakon pelakon tambahan yang ditugaskan untuk berjalan pergi balik seperti menjalankan aktiviti harian di kawasan itu.  Siap naik tangga kedai lagi!!! Meletops sangat.

    I olls sangat respek kat Wirawan Samar a.k.a Joe memang gila meletops kerja hang Joe.  Memang mulai hari ini aku makin respek la kat orang Jawa.  Beliau juga pelajar tahun akhir yang dinilai.  Siriesly Joe,  inilah set paling lawaaaa aku pernah tengok dalam semua teater teater kat USM ni.

    Yang tengah tu Wirawan Samar dan kanan sekali is Mista Fixx.  Yang kiri sekali tu entiti.  HAHAHA

  • Lakonan orang orang buta yang terdiri daripada Riz,  Mazlan,  Tiao and Fathin memang meletops.  Bukan senang nak berlakon.  Tambah tambah pula nak berlakon menjadi buta.  Memang baguih Mista Fixx pilih skrip ni.  Mencabar para pelakon dan pada masa yang sama mencabar pengarah yang mengarah.  Saya tahu depa buat banyak research untuk berlakon watak ni.  Untunglah sekarang USM merupakan universiti mesra pelajar OKU buta,  so senanglah depa berkenal kenalan dengan kawan kawan pelajar OKU buta di USM seperti Mr.  Zack yang popular di Soc Sc.

    Kita nak berlakon pun kira dah susah dah.  Nak buat riak muka orang sedih,  gembira,  takut dan sebagainya.  Tapi bila jadi buta,  hang nak kena buat reaksi muka orang buta bila sedih? Orang buta bila takut?  Depa ada ka reaksi?    For me,  Riz and Faten memang nampak laa.  Tapi Jusoh and Tiau i tak berapa nampak sangat.  Tiau mungkin i  banyak duk tengok seluar celoreng askar dia and Jusoh pulak berselindung disebalik spek matanya.

    For me,  lakonan depa sebagai buta harus diberikan pujian.  Untuk pengetahuan u olls,  Rusdi (kawan i yang mai tengok show ni jugak) menangis masa scene Fatin menceritakan kisah diri dia.

    Kalau nak komen apa-apa pun,  i cuma nak komen pasai rambut Riz yang seharusnya dipendekkan.  Susah nak jumpa orang buta yang raget.  Orang buta ni selalunya pakaian dia semua kemas sahaja.  Takdak nak raget raget sangat.  Rambut panjang tu kira ragetla.

    And satu lagi kalau nak komen pun vocal Jusoh.  Sat naik sat tenggelam.

    Dari kiri,  Jusoh (Riz),  Mazlan and Faten.

  • Pujian untuk Daniel Baywalk nahareeee dia berlakon jadi gila memang best!! Paling gempak macam mana dia punya boleh duduk bawah kotak dari awal pentas buka sampai time scene dia keluar. HAHAHA.  I setuju dengan komen En.  Yusof Bakar iaitu kena kawal dia punya lawak dalam pentas sebab lakonan dia menenggelami watak watak utama lain and watak Daniel sebagai orang gila banyak sangat gelak sampai dia gelak bersama penonton.  Saya pun pernah buat macam tu juga.  Tapi takpalah.....for me,  i still enjoy lakonan beliau.  Bangga!!

    Daniel macam satu orang gila dulu popular kat RokWok.  Detu bagi dua ringgit dia akan pantun tak berenti.  HAHAHAH
Kesimpulan

Kesimpulannya i masih tak faham apa kesinambungan jalan cerita ini dengan tajuknya Kena Main.  Maybe Khalid Salleh memang nak MAINKAN perasaan penonton macam we olls.  Adakah kerana watak Kak Pah and seorang lagi orang kerajaan yang gigih nak buat persembahan amal tu?  (Tapi depa tak kena main pun dengan orang buta?) Atau kisah cinta Fatin,  Riz and Tiau?  Apa yang kena main aku masih tak faham.

Tapi tak mengapa,  bagi i skrip dan cerita ini menaikkan kisah kehidupan orang buta dalam kalangan penonton yang datang tengok cerita ini.  Contohnya,  kawan saya yang bernama Rusdi tu,  dia kata "Mungkin cerita ni tajuk dia Kena Main sebab orang-orang buta ni semua tak buta kot?  Diorang mainkan kita jer,"

"Apa maksud hang?"

"Yela...orang buta mana tau nak beli teh ais,  nak pi kedai makan,  tau sapa sapa yang pergi kedai makan tu?"

Haaaa tula.  Inilah contoh orang biasa yang tak pernah berkawan dengan orang buta.  Siriesly,  Allah tutup satu deria dia,  tapi deria deria lain dia sangat meletops ajaib okay.  Contohnya,  Mr.  Zack yang student OKU buta kat USM ni,  biarlah 232974 kawan dia kenal kat USM ni,  tapi setiap kali i pi kat dia

"Haii Zack........apa habak?"

Terusss dia pantas menjawab...."Haiiii Kak Jumie....baikk...."

"Aik....macam mana hang tau ni aku?"

"Sekali saya dengar saya tau dah suara merdu ni suara siapa...."

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....gitulah!!

Again tahniah kepada u olls yang membuat pementasan ini.  Semoga kalian terus sukses dan terus berkarya.  Kalau ada salah silap yang saya komen ni,  minta maaf na.

Bacaan tambahan di Arts for life! : http://arts4life.blogspot.com/2014/05/ulasan-yang-terpulas-teater-sempena.html

ps/  Sorrylah takdak gambar dalam artikel ni sebab minta kat Mista Fixx haram sampai lani tak dapat.


Love,
Jumie Samsudin


Gambar ehsan dari Pengarah,  Mista Fixx










1 comment:

  1. Yaaiiyyy Anfad (Aunt Fathen) dan Pak Cik Jagung (Tiaow) ..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...