2.7.14

Apabila Artist Membalas Komen Peminat di Laman Sosial?

Hello u olls semua,

Sempena posa-posa ni la,  I olls nak ajak la kita bermuhasabah diri sikit.  Mana yang patut.  Hari ni topik yang menarik perhatian I olls untuk catat dah lama bermain dalam kepala otak I iaitu soalnya apabila artist membalas komen peminat di laman sosial?

Baguih ka depa komen balik?  Ataupun tak baguih?  Cara mana paling sesuai?  Cara mana paling serr?  Sapa salah dalam situasi ni?  

Ini perkongsian saya.

Fasha Sandha balaih balik komen apabila peminat kata dia la punca Nora Danish bercerai dengan laki dia dulu.  Panjang Kak Fasha balaih.


Baca lebih baca 



Pada saya,  bukan senang nak jadi seorang artis.  Hang buat apa pun semua orang akan tengok hang.  Hang pakai apa,  hang makan apa,  hang gemok ka kuruih,  hang tutup aurat ka pakai bikini,  laki hang muda ka tua,  bini hang sepsi ka dak.....semua tu orang tengok.  Semua tu seorang artis kena jaga agar sesuai dengan latar belakang budaya dan agama masyarakat kita.

Lately,  sejak adanya laman-laman sosial ni,  lagi macam-macam orang biasa macam kita boleh tengok apa yang artist kesayangan kita buat.  Hubungan antara artist dan orang biasa terus jadi rapat macam mana ka.  

So bila dah rapat ni ada kelebihan dan kelemahannya.  Tak mau cakap pasai kelebihan ampa semua mesti dah tau.  Yang kelemahannya,  ni la nak bincang hari ini iaitu macam mana senangnya para peminat akan mengutuk dan mengomen ntah apa apa kat gambar atau posting artist.

Sebab itu,  lately,  antara post gossip artist yang paling menarik perhatian dalam blog blog gossip adalah apabila berlaku pembalas komen komen dari artist kepada orang yang komen depa kat laman sosial.  Komen dari peminat ataupun komen dari rakan / keluarga sendiri.  Memang orang suka la baca baca macam ni.

Actually,  sebagai seorang yang mulut kepo,  i actually macam suka juga tengok apabila artist artist ni suka komen and lawan balik komen negative yang keluar daripada para peminat.  Rasa macam baru ada akai kat depa yang mulut celaka ni semua.  

Tapi bagi i,  ada caranya.  

SATU,  jangan selalu sangat balaih balik.  
Nanti dia (retis itu) akan nampak macam bitter.  Kira nak bergaduh ja dengan orang.  And retis macam ni,  bagi I la,  macam tak dak kerja,  hang dah sah sah hot,  apa la hang buang masa and layan komen-komen bodo yang bersifat provokasi tu.  Sebab kadang-kadang depa tu main-main sahaja.  Kalau sekali sekali u bersuara,  mesti nampak macam u berhantu sikit!!

DUA,  jangan jawab panjang-panjang.  
Takpayah nak cerita panjang-panjang dalam komen tu.  Macam defensive pulak.  Nak tulis nasihat itu ini.  Takpayah.  Sia sia sahaja nak balas komen orang yang hang sendiri tak tau dia tu sapa.  Bagi i, just balas dengan ucapan terima kasih and mohon maaf (ataupun kalau tak minta maaf pun..something yang powerful).

Tapi,  secara keseluruhan dalam kes-kes ni semua,  i paling tak boleh BLAH adalah orang orang (peminat) yang duk komen berjabu-jabu kat artist ni semua.  Gila ampa ni takdak kerja ka apa? Ada seorang ni dalam Facebook i,  dia pun pernah pi sound Fasha Sandha tak pasai pasai kat page detu. Sebab dia tak suka tengok cara Fasha Sandha berpakaian/ buat kerja masa berpantang.  Sampai last sekali Fasha Sandha block dia.

Pastu dia bangga and cerita kat Facebook sebab Fasha Sandha block dia.  Bagi dia,  dia puas hati.  Tapi bagi i macam bodoh sahaja hang pi komen komen tak pasai pasai kat orang tu. Fasha Sandha tu manusia juga.  Ada hati ada perasaan.

Apa rasa kita,  kalau tiba tiba,  orang yang tak kenai mai sound and kutuk kutuk cara kita.  Takdak adab,  takdak lapik,  takdak muhasabah apa pun.

Baru baru ni,  si polan ni,    tulis satu status pasai diri dia sendiri kat Facebook.  Dia yang baru habis berpantang,  meluahkan rasa marah and mengutuk seorang bidan kampung yang tidak suka kerana dia bersama dengan suami sebelum sampai tempoh pantang 100 hari.  Dia kata,  tok bidan tu bodoh and tak tau ke hukum hakam Allah iaitu tak baik nak tolak permintaan suami yang ingin berjimak.

I komen balik secara baik kat dia ni "Babe...bukanlah benda macam ni kena discuss secara private"

Pastu dia balaih kat I "Terpulang hang nak kata apa kat aku tapi aku nak share untuk bincangkan dengan orang lain pasai hal hal syirik macam ni"

LAHHHHHHHHHHHHHHHH sentap la pulak bila orang tegur dia.  At least,  Fasha Sandha takdakla cerita dia dengan laki dia beromen sebelum sampai 100 hari pepek keluar baby. Kan???????????????????

So apa yang I nak katakan kat sini adalah,  pasaipalah ada orang yang boleh buang masa dan tenaga untuk komen kat artist?  Komen baik baik takpa.  Tapi ini komen style emosi, bubuh quote ayat Quran, hukum hakam agama,  libatkan maruah keluarga dan macam -macam lagi.  Takut tauuuuuuuu baca komen-komen macam tu.

Apa yang dia pikiak masa depa tulis komen ni semua?
  • Nak bagi orang benci kat artis tu?
  • Ikhlas nak menyebarkan syiar Islam?
  • Nak bagi artist tu malu?
  • Nak bagi artist tu insaf?
Kesimpulannya kat sini,  baguih juga artis bersuara sekali sekala.  Depa pun manusia,  kesabaran ada batasan.  Tapi kita yang duk tengok-tengok depa tu,  tak payah la nak emosi sangat bila tengok artist buat benda tak elok.  Kalau nak tegur pun,  janganla sampai menjatuhkan nama kaum, budaya dan agama kita.  Sebab pi kot mana pun,  orang akan tengok....."Haaa yang duk kutuk kutuk tu Melayu la tu.....Bertudung pulak tu..."  Kerana nila setitik,  rosak puding custard sebelanga.

Sekian.

ps/  Orang tak berani komen lahar kat mak.......I dah pasang saka dah.  U komen ja lahar kat I,  saka i berdiri sebelah u.  

Love,
Jumie Samsudin

Bacaan tambahan  :  Sifat Manusia Yang Suka Menghentam Orang Lain




Nabila Huda anak Amy Search memang selalu ada kontroversi.  Dia seorang yang berani and terbuka untuk kongsi gambar cara dia berlibur dengan kawan-kawan.  Tapi cara hiburannya mungkin tidak disukai oleh semua orang termasuk bapa dia.  



Abang Aaron  pun pernah pereng sebab orang kutuk anak dia.  Tula,  Abang Aaron pun awat post gambar Kak Long duduk macam tu.  Maybe for u okay.  Kita kan dah biasa dengan mendidik anak anak kecil duduk sopan macam Kak Senduk.




Fizo Omar ni la kesian.  Dia amik gambar dengan sapa pun jadi issue.  Dia amik gambar dengan bini sendiri pun jadi issue.  Dituduh nak tayang isteri. HAHAH bingaila peminat Malaysia ni.  Otak macam bodo-bodoh sangat.  Kesian kat mamat sendu ni.  Ni dia amik gambar dengan perempuan hot ni pun kena carrut.  Kalau dia amik gambar dengan I entah la macam mana.  




Mimi One Nation Emcee ni memang hot.  Deni ala-ala Rihanna Malaysia.  I suka tengok gambar dia jugak.  Mampuih pi la orang nak kata apa Mimi.  Mana hang buleh dilik hang dilik buang.  Mana hang boleh block...block buang.





Ini kes terbaru melibat Awal Ashari yang bengang dengan sorang pompuan yang duk carut bini dia Scha Alyahya tak pasai pasai.  Dia post teruih gambar perempuan tu.  HAHAHAHHA baru ada akai.  Tak pasai pasai doa anak orang sundal.  Hang tu dah sediakala sundalina mudarabah ....haaaa nenjia pose tunjuk paha semua.  Baguih Awal.  




Abang Jebat ni kat dunia artist boleh tahan juga laharnya.  Kat kampung.....sengap ja...ermmss.




4 comments:

  1. aku nak komen...*pause* aku pandang kiri kanan. demmm u jumie buat aku pending sat. saka hang tak kena ikat ka? hahaha

    ReplyDelete
  2. i like...saya pun fikir sama..apalah mereka2 ni nak emo tgk artis gitu gini...kdg2 saja buat akaun palsu just nak bagi komen lahar..tapi bukan setakat artis yg kena org biasa pun kena...ini lah maknusia...keyboard warrior kata org zaman ni...

    ReplyDelete
  3. Rakyat Melesia memang takde keje selain mencari kesalahan orang
    Tengok jela komen kat blog2 hiburan, cam non stop, berangkai2..
    Ada je mende nak dikondem, Tapaham!

    ReplyDelete
  4. Puan Jumie.. Aku tau aku tau.. aku ketinggalan bot!!

    Tapi nak komen gak. komen2 lahar depa kat retis tu la yg benonyer buat meleis hooked up ngan hiburan sampai otak x dan mikir wajar ka dak komen2 tu.

    -sal-

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...