11.7.14

Apabila Brazil Kalah 7-1

Siriesly,  ampa boleh percayaka Brazil kalah sampai 7-1 dengan German masa perlawanan separuh akhir baru baru ni?  Sebenarnya nak bagitau mai kat ampa,  malam tu I dengan En.  Khafi mampuih lupa langsung pun pasai game Brazil vs German.  Masa bangun makan sok pun kami tak bukak pun channel bola.  Kami bukak TV saja bagi ada bunyi ja pun.  Tak tengok pun.  Pukul 6.25 i dah keluar rumah untuk pi kerja (i keluar awal sebab i ambil option masuk kerja awal iaitu 7.30 am so balik waktu anjal 4.30 pm sempena bulan Ramadhan).

Michael Steele/Getty Images (taken from website : Brazil Completely Melts Down In World Cup Semifinals, Goes Down 5-0 After 30 Minutes)

Masuk ja dalam kereta...........nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa penuh wassap notification kat fon aku pasai game Brazil and German.  Wassap-wassap group yang i join semuanya menjerit-jerit pasai hal ni.  Yang lawaknya,  i ada satu wassap group adik beradik keluarga angkat Jengka,  Pahang I,  depa semua tau i peminat Brazil kuat depa kata "Jumie mana????Awat diam???  Tak mau komen ka?"

I pun jadi pelik awat ni.

Pastu i pun semak Google Plus.





Kisahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......Brazil kalah di tangan German 7 berbalas 1.

OMAIGOD.  What the heck just happened?

Then,  i yang duk driving ni terus called my husband who is getting ready to work.

"Abiang!!!!!!!!!!!!!!!!! Tadi game Brazil dengan German la...awat kita missed out?"

"Haa...tula aku baru perasan.  Aku pun tak ingat semalam.  Tapi takpala....HAHAHAHAH (dia gelak) Brazil kalah....HAHAHAH

(dia gelak lagi besar),"

KOJIAKKKK BETUIIIIIIIIIIIIIII.......

I pun continue driving to work.  And then i got message from his Wassap.

"Hang tukar la gambar profile wassap and cover photo kat FB hang tu...buat malu jaaa"




Actually,  that whole day.  I tak tukar pun gambar Brazil ka apa maknena kat Wassap and FB cover I.  Actually benda ni semua takdak makna apa pun.  Just suka suka.  Bekpi la orang nak kata apa pun,  yang penting atas jersey pasukan bola Brazil ada 5 bintang dah :)

Malam tu,  lepas buka posa apa semua.  I pun,  buka la TV i.  I pun tengok la rakaman ulangan perlawanan German and Brazil.  Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...ternganga mulut i sampai lutut.  Gila punyalah senang gol masuk.  Ni main bola ka apa ni?  Macam main acilut at at sahaja.  Yang paling ngeri masa minit ke 23 dan seterunya.  Gila setiap minit masuk gol.

Memang betui,  depa takdak Silva and Neymar malam itu.  Tapi yang lain tu takkan la bodoh soih sangat tak reti nak main.  Ni,  aku tengok Luiz yang ketua untuk defending pun duk ada kat depan untuk serang.  Depa main ikut strategi apa ni?

And one more.....Julius Ceaser golkeeper depa pun nenjia style bola meleret celah betis pun tak tertangkap.  Dia style macam takdak effort langsung nak tangkap bola tu semua.

Inilah 90 minit paling lama dalam sejarah pasukan Brazil.

Aku tidak setuju apabila PM Najib cuba kaitkan kekalahan pasukan Brazil ini keadaan di Malaysia.  Dia kata,  kalau Malaysia pun tak ada leadership yang strong,  Malaysia pun boleh pincang macam pasukan Brazil. Apakah? I cannot relate langsung apa yang dia kata kat sini.

Lagi tidak boleh aku hadam apabila Bung Mukhtar membuat komen kasar di akaun Twitternya.  Sesungguhnya penyataan dia ini sangatlah bodoh soih dan memalukan negara Malaysia kerana ada menteri macam ni.  Konsulat German di Kuala Lumpur pun dah tulis surat komplen kat negara kita.  Ampa boleh baca the rest of story dekat The Malay Mail.  Yang memalukan aku lagi adalah,  Bung Muktar kata,  dia kena tuduh macam-macam pasai Twitter ni adalah sebab dia adalah Bung Buktar.  Dia juga kata,  dia takdak niat nak kutuk German ka apa ka,  dia kata memang German main bola sangat kuat and terror sama kuat dengan askar Hitler yang berkuasa mengubah sejarah dunia.  APA PUNYA PENYATAAN BONGONG NI?  Wehs,  hang tok sah duk duk bagi pahala posa orang makin sedikit boleh dak?

Okay..........dah dah.  Aku tak mau buat ulasan panjang pasai benda ni.  Ada la jugak orang duk kata,  benda ni semua telah diatur oleh bookie judi.  Sebab lani kerajaan Brazil pun dah habis duit banyak untuk jadi penganjur acara dunia ini.  So depa nak back up balik duit.  I dont buy this story, aku tak rasa pasukan Brazil sanggup jual maruah negara and bangsa depa semata-mata duit.  (mushi Hindustannya ayat aku ni)

For me,  apa yang aku nampak adalah,  pasukan Brazil bukan kalah kerana kekurangan kekuatan fizikal  dan teknik.  Tapi depa kalah kerana mental! Depa dah hilang langsung semangat dan jiwa untuk berlawan lagi. Bila hang nak buat apa pun kat dunia ni, kemampuan fizikal sahaja tidak cukup! Regina Brandao tak buat kerja dengan elokla rasanya. Beliau adalah sports psychologist yang dilantik untuk menjaga kesejahteraan psikologi pasukan negara Brazil yang menanggung tanggungjawab dan harapan besar daripada rakyat marhaen Brazil.

Okaylah,  what ever the reason.  I harap German yang telah membelasah Brazil tak agak-agak ini akan membelasah team kesayangan suami I iaitu Argentina sebanyak yang mungkinlah.  Barulah aku dapat balas dendam gelak kuat kuat sampai kerongkong rasa gatai kat suami aku balik.

Sekian!









No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...