26.7.14

Belasungkawa MH17

Assalamualaikum,

Seluruh Malaysia berada dalam keadaan kelabu sejak Jumaat yang lalu setelah kita menerima berita yang amat mengejutkan ini.  I pasti ramai antara u olls semua yang tidak dapat tidur lena sejak menerima berita itu.  Kisah ini bagaikan mimpi ngeri yang mai dua kali dalam hidup kita.  I olls sendiri pun sampai lani duk rasa macam terawang-awang sat.  Macam tak percaya benda ni betul betul boleh terjadi.

Tapi apa pun,  hidup mesti kita teruskan.  Semua ini adalah qada dan qadar yang Allah dah tulis siap siap kat kita semua.  Kita belajak tinggi mana pun,  kita hebat macam mana pun,  kita kaya macam mana pun,  kalau Dia kata ini masa nya,  then kita kena patuh sahaja.

Kepada u olls semua yang membaca catatan ini hari ini,  mungkin kalian juga telah kehilangan seseorang,  mungkin sahabat,  mungkin saudara.  Atau mungkin orang yang paling u sayang dalam dunia ini bertugas dalam bidang yang ini,  pasti rasa tidak boleh tidur siang malam,  makan pun tak lalu.  Tapi nak buat macam mana kan?  Tugas dan tanggungjawab depa tetap kena jalankan.  Berat mata memandang,  berat lagi mahu memikul.

Apapun,  peringatan kepada diri saya dan u olls semua,  teruskanlah berdoa.  Kalau takmau doa.  JUST DIAM.  Jangan hanya mencatat RIP DAN ALFATIHAH di laman sosial kalian dengan 938  hashtag.  Zahirkanlah ayat yang kita tulis itu.  Jangan biar ianya hanya satu catatan pada keyboard.  
I dont have anything else to say.  Just doa untuk semua yang terlibat dalam kejadian ini dan juga seluruh rakyat Malaysia.  Kita semua kena bersama jadi SATU dan KUAT.  

ps/  Al Fatihah untuk semua HERO Malaysia dalam MH17.  Kami tak pernah kehilangan kalian semua.  Kerana kami tahu,  kalian kini berada di tempat yang lebih baik.  Insya Allah.

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...