8.7.14

Palak Becah | Pisang Goreng Bawean Style


Pembuka selera malam ni Pelak Becah. Manisan ni orang Bawean punya speciallity. Tapi orang Jawa, Bali pun tau makan macam ni tapi mungkin ada nama panggilan yang berbeza. 

Favorite keluarga saya bila mai Bulan Ramadhan. 

Click read more for recipe

Cara-caranya  :


Ambil pisang dan buang kulit.  Pisang yang sesuai untuk buat resepi ini adalah pisang mas,  pisang montel atau pisang raja.  




Goreng pisang tanpa letak tepung atau apa-apa sampai pisang tu jadi warna brown.  Make sure minyak dipanaskan sebaiknya sebelum menggoreng.  Jaga api supaya tidak terlalu kuat dan terlalu slow.  

Masa membalik pisang tu pun, buat hati-hati sebab takut nanti pisang pecah. 




Lepas angkat dan tos pisang tadi, terus letak atas pinggan dan taburkan gula. 




Gula akan cair dan membuatkan pisang goreng ni rasa amat meletops. Caramelicious lagu mana ka. Cara hidangan, ikutlah creativity masing-masing. #simplerecipe #IftarRecipe#dessert #banana #jumiess #food


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...