3.7.14

Pendirian Hidup

Hello u olls semua,

Baru baru ini saya tulis satu artikel pasai wanita yang feeling bercinta dengan suami orang and macam mana I tak setuju dengan kehidupan poligami.  Bukannya i menolak hukum Allah,  baguih apa ada poligami ni sebab hukum dia membela nasib semua wanita.  Wanita diangkat untuk diberikan keadilan dalam hak rumah tangga.  Bukan disimpan sebagai gundik dan dikira sebagai second class berbanding isteri pertama.

Tapi yang terjadi,  kebanyakan lelaki gunakan peluang ini untuk kepentingan masing-masing.  Kerana nafsu,  kebajikan para isteri tidak dijaga dengan baik.  Sebab itulah,  saya menasihatkan dalam blog saya,  janganla nak cari pasai.  Duk tak duduk nak jadi isteri no dua/tiga.  Perkahwinan poligami yang indah digembar gembur oleh Salih Yaacob melalui media.  Tapi pahit manisnya,  depa sahaja yang telan.  Takkan depa nak cerita semuanya.  Kita yang ada laki satu ni pun duk makan hati duduk tak duduk,  ini kan pulak laki kita duk kena jaga hati bini bini lain.

Kata akak "Berani hang kawen laa lain........" 



Zaman Rasululllah dahulu,  banyak kaum lelaki para sahabat yang meninggal dunia kerana perang jihad untuk agama.  Ramai wanita ditinggalkan dengan status balu.  Sebab itu,  Rasulullah menganjurkan poligami.  Untuk menjaga kebajikan wanita-wanita yang hidup sebatang kara menjaga anak-anak. Zaman dulu,  perempuan buleh buat kerja apa sahaja untuk cari duit?

Zaman lani,  bini punya gaji kadang lebih besar daripada laki depa. Perempuan ada pendidikan dan kerjaya yang bagus.  Satgi duk elok-elok gaji besar boleh shopping and melancong sana sini,  bila dah kawen,  macam-macam pulak nak kena tanggung masalah kewangan laki sebab dia dah ada anak ramai nak masuk sekolah.  Tak tolong,  kesian pulak u olls!

Itulah motip utama kenapa i olls tidak begitu setuju kalau anak dara feeling nak kawen dengan laki orang.

Lepas tulis artikel itu,  baru baru ini ada seorang sahabat mesej saya.

"Apa Jumie akan buat kalau suami Jumie ada perempuan lain and mereka nak kawen?" terkedu i dapat wassap berkenaan di petang Ramadhan.

I pun jawab dengan santai "I tinggal je laki i.  Nak tunggu apa.  Dia nak sangat orang tu...silakan.  I bukan pilihan kedua ya,"

Lepas itu akak itu bertanya lagi;

"Akak nak tanya dengan Jumie.  Betul ke Jumie sanggup tinggalkan suami Jumie kalau berlaku situasi ini.  Jumie tentu amat sayang dan kasih pada Khafi kan?  Takkan begitu mudah Jumie nak tinggalkan dia?"

Waahhhhhhhhh soalan kakak ini.

"Saya jawab tadi secara spontan sahaja.  Kalau apa pun yang jadi kat saya nanti,  saya pun tak tau nak hadapi macam mana.  Tapi pasaipa akak ni duk tanya macam ni banyak-banyak kat saya.  Akak nak doa ka laki I ada perempuan lain?"

Akak itu pun memberikan ulasan panjang;

"Akak bukan apa.  Akak pernah lalui situasi ini.  Suami akak ada kekasih lain.  Memang masa tu akak marah sangat dengan dia apabila dia minta kebenaran untuk mengahwini perempuan itu.  Kalau ikutkan hati akak dah tinggalkan suami akak.  Tapi bila akak tengok anak-anak ni,  akak pun bincang elok-elok dengan suami akak dan alhamdulillah,  akak ambil keputusan untuk tetap bersama dengan suami akak,"

Akak itu tambah lagi;

"Sebab itu akak tanya dengan Jumie.  Betul ke Jumie sanggup tinggal suami Jumie kalau dia buat apa-apa kesalahan sebesar ini?"

Bagitulah mesej wassap terakhir akak itu.  Selepas itu,  saya tidak menjawab lagi kerana sibuk dengan persiapan menjelang Ramadhan.  Nak pi pasar la apa semua.  Tapi the main reason i tak balas kat situ kerana ruang WASSAP itu adalah terlalu terhad untuk jawapan maknena I.  So i decide malam ini,  biar aku catat kat sini,  harap akak itu membaca artikel ini dengan hati yang gembira.

Akak,

Akak lagi lama lalui alam rumah tangga dari saya.  Benda benda macam ni akak boleh tanya pada mana-mana isteri,  tapi jangan expect jawapan yang sama.

I respect akak punya keputusan untuk memaafkan suami akak dan memulakan hidup baru 0-0 dengan suami akak.  Dan kerana itu,  akak kenalah teguhkan pendirian akak mengenai perkara ini.  Akak kena bangga dan berani dengan keputusan yang akak telah buat dalam hidup akak.

Saya yang baru 3 tahun berkahwin ni pun dah rasai macam-macam cabaran perkahwinan yang memerlukan saya membuat keputusan yang telah membuatkan pihak keluarga dan sahabat saya rasa marah dan tidak senang hati.  Tapi biarlah apa orang nak kata dan fikir,  yang penting hanya kita yang tahu susah senang itu.  Kita sahaja yang tahu apa risiko yang kita hadapi dan apakah kebaikan yang bakal kita dapat kelak.  Orang lain tak akan faham.  So buat apa nak buang masa explain macam-macam kat orang lain tentang keputusan yang kita buat itu.  Just tetapkan pendirian dan biarlah masa mengubati segalanya.


Saya berkata begini kerana saya berasa akak seolah tidak senang hati apabila saya memberi pendapat yang bercanggahan mengenai perkahwinan poligami seperti yang dipilih oleh akak dan suami.  Saya pasti akak ada seribu sebab mengapa akak ambil keputusan dan risiko itu.  And oleh sebab itu,  akak kena kuatkan semangat and teguhkan pendirian akak itu.  Kenapa rasa goyah hanya kerana orang lain percaya pada pilihan lain?  Adakah akak betul betul ikhlas dengan pilihan yang akak buat?  Adakah akak masih rasa insecure (tidak selamat) dengan keadaan akak sekarang?  Adakah akak masih rasa tidak seronok dengan hidup akak sekarang?

Kalau jawapan akak masih ragu-ragu,  i think you should review balik pilihan yang u olls buat.  Bila dah kawen,  semua kisah sakit jatuh gembira menangis seronok hanya u dan suami sahaja perlu tahu.  Tak perlu tayang hari hari gambar mesra cinta kasih sayang berjimba di Facebook dan Instagram hari hari untuk dunia tonton,  buat apa itu semua kalau di saat suami kita betul betul perlukan kita,  kita langsung tidak menolong?

Itu sahaja yang I olls nak jawab.  Kalau kita tak ada pendirian hidup,  kita seolah-olah tidak ada hidup langsung.


ps/  gambar ini adalah masa akak dan En.  Khafi berprewedding lepas bertunang dulu.  :)

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...