9.7.14

Perempuan Australia Yang Racist

Baru -baru ni Mama Regina shared satu video pasai seorang perempuan mat salleh ni yang memarahi dan mencerca seorang wanita Asia dalam train di Sydney.  Yang baguihnya,  orang lain yang naik train sekali dengan makcik ni telah mengambil video beliau sebagai bukti beliau telah marah-marah dan maki dengan kata-kata penuh racist.

Dia marah sebab budak budak duduk kat kerusi dalam train and tak bagi dia duduk.  Pastu,  macam mana ka teruih bergaduh bila lelaki yang amik video dia duk marah-marah ni duduk sebelah dengan seorang wanita Asia.  Dia kata, dalam bahasa Inggeris la "Kote hang kecik kot sebab tu hang tak mampu cari perempuan Australia.  And perempuan ni pun mesti bodoh sebab kawen dengan hang.  Dia mesti ingat hang kaya"

Gila betui la makcik ni punya duk maki orang.



Jom tengok video makcik bedebah ni kat bawah 



Orang ramai memang marah dengan apa yang makcik ni buat.  And depa pun report kat polis.  Makcik ni akan dihadapkan ke mahkamah pada hujung bulan ini.

Kat Autralia,  hang takboleh suka suki buat statement racist ya boleh kena tangkap dengan polis.  And hukuman yang dikenakan agak berat.  Kat Malaysia tak akan kena apa-apa punya,  sebab Menteri pun berani buat statement racist.  Hihi

Anyway,  mengimbau kembali kenangan akak dengan kawan-kawan pi Perth haritu.  Tak pasai pasai kena marah dengan pakcik bas.  Tapi bukan pakcik tu racist,  tapi pakcik tu bara sebab kami lambat bayar dia!! HAHAHA





Terbakar kan tengok makcik ni dalam video ni?

Anyway,  makcik ni buat video mohon maaf secara terbuka.  Tapi i rasa macam tak boleh terima maaf ni.  Sebab 1,  dia sembunyi muka dia.  2,  buat apa minta maaf kat TV...pi la cari orang orang yang dia maki,  and pi minta maaf dengan depa tu.




sdsds

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...