10.7.14

Sayur Campur Goreng ala Regina Ibrahim


Hello u olls,

Jom kita try buat sayur goreng campur yang simple mimple ini.  I olls tiru daripada wall Regina Ibrahim.  Mama Regina banyak resepi mudah,  kampung style yang sangat membuatkan ayak liur mengecur di petang Ramadhan.


Click read more untuk tengok cara nak buat sayur campur goreng :)



Bahan-bahan (sesuai untuk 2 orang makan)

1 biji taukua (potong 6)
6 hirisan terung panjang warna ungu (ketebalan 1cm)
1 batang carrot (potong bentuk jejari 1 inchi)
15 kacang pis hiris 1 inchi

1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
2 camca makan minyak masak (untuk menumis)
Serbuk perasa secukupnya
Garam secukupnya
Lada hitam (ditumbuk) secukupnya
1 camca kicap cair masin
1 camca sos tiram 

roux = 1 camca makan air masak + 1/2 camca teh tepung jagung (campur dua bahan ni untuk jadikan agen pemekat)


Cara-caranya  :

  1. Panaskan minyak.  Goreng taukua yang dipotong dadu (potong 6).  Taukua tak perlu letak garam or kunyit.  Biar bogel. Goreng sampai kuning.  Pastu toskan.
  2. Goreng hirisan terung.  Goreng sampai terung menjadi brown gelap dan sedikit lembik.  Gunakan terung ungu yang panjang.  Terung ungu bulat rasa dia macam pahit sikit.  Tak sedap buat goreng-goreng.  Toskan.
  3. Next,  panaskan sedikit minyak.  Jangan banyak sebab satgi taukua and terung kita dah berminyak kan?  Tumis hirisan bawang merah and bawang putih sampai sedikit layu.  Masukkan hirisan lobak merah.  Gaul sampai carrot tu dah macam lembik sikit.
  4. Masukkan kacang pis yang dihiris dan gaul lagi.
  5. Then,  masukkan satu camca kicap cair masin dan satu camca sos tiram.  Gaul lagi. Lepas tu,  masukkan (1/2 camca teh) tepung jagung + (1 camca makan) air yang dikocak dimangkuk yang berasingan.  Ini untuk bagi kuah dalam sayur ni jadi pekat sedikit.  Masukkan garam dan serbuk perisa secukupnya.  Kalau nak pedas sikit,  boleh masukkan cabai potong ataupun taburkan lada hitam yang ditumbuk.  (i suka lada hitam)
  6. Kemudian,  masukkan taukua dan juga terung goreng.  Kacau sat. And sedia untuk dihidang.

Note  :
  • Nak masak 'stir fry' style ni....ampa kena siap semua bahan kat tepi.  Tak boleh masak duk masak ampa baru duk hegeh potong sayok.  Sebab konsep stir fry adalah masak atas kuali yang panas and cepat cepat.
  • JANGAN GUNA BANYAK MINYAK nanti tak best untuk kesihatan.
  • Ikut resepi Mama Regina,  dia guna tempe goreng instead of taukua.  So ampa bolehla tukar :)





No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...