7.7.14

Simple Recipe : Nasi Goreng Minyak

Pernah tak,   u olls ada lauk pauk kenduri (orang bungkus bagi ka...apa ka) macam glai daging,  ayam masak merah,  dalca dan macam -macam lagi,  masih ada dalam kuali periuk u olls.  And lauk pauk ni kalau macam dengan nasi minyak memang sedap.  




Tapi masalahnya,  nak buat nasi minyak agaklah renyah.  Nak kena tumis bawang,  ada susu sejat,  sukatan kena betul.  Kan?

So mai sini nak ajak ampa resepi nasi goreng minyak yang amat mudah.  Cepat.  And semua orang boleh buat punya.  

Click read more




Bahan-bahan  : 
(untuk hidangan 2 orang)

2 mangkuk nasi putih yang telah disejukkan
5 camca minyak masak   (Boleh guna minyak kelapa sawit or minyak kacang.  Untuk pilihan sihat,  boleh gunakan minyak zaitun / minyak bunga matahari.  Kalau nak guna butter,  kena campur sikit juga dengan minyak masak.  Jangan guna minyak sapi,  terlalu strong!)

A
1 labu bawang besar dimayang
5 labu bawang merah (kecik) dimayang *kalau nak guna bawang merah kecil sahaja pun boleh lagi wangi.  Gandakan jumlah bawang merah kecil
3 biji bawang putih dimayang
1 batang cili kering
1 biji bunga lawang
3/4 inci halia (kalau nak lebih pun takpa.  baguih buang angin)
Sedikit bunga lawang,  bunga cengkih,  buah pelaga dan kayu manis ( 1 bagi setiap jenis)

B
Sedikit lada hitam yang ditumbuk
Sedikit garam dan serbuk perasa


Cara-caranya  :


  1. Dalam kuali,  panaskan minyak masak.  Tumis bahan-bahan A.  Tumis hingga jadi wangi dan bawang jadi kekuningan.

  2. Masukkan nasi putih dan gaul rata.

  3. Masukkan lada hitam,  garam dan serbuk perasa secukupnya.





Cadangan hidangan  :

  • Sedap dimakan dengan lauk pauk kenduri.

  • Atau goreng telur dadar,  sedap sebagai sarapan.

  • Kalau nak lagi sedap,  masa tumis bahan A,  lepas bawang semua dah kuning and naik bau,  ampa masukkan kismis and kacang gajus.  Lepas tu masukkan nasik.  Lagi meletops!


1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...