Featured Post

#PrayforPenang

15.7.14

Suami Ketagih Syabu

Salam sis,

Biarla saya kenalkan diri sebagai Hidayah.  Saya sekarang dalam dilema masalah rumah tangga saya.  Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan suami saya selepas kenal lebih 2 tahun.  Kami suka sama suka dan sekarang hubungan kami dah hampir cecah 7 tahun.  Selepas 3 tahun kami bernikah,  barulah dikurniakan zuriat dan ketika itu juga Allah uji saya dengan misteri kehilangan suami saya selama 3 hari.

image from :  http://rockonthatlove.blogspot.com/

Waktu tu saya dah sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin. Bila kami temui semula dengan suami, saya dikejutkan dengan berita yang dia mengambil dadah jenis syabu.

Dan apa yang lebih mengejutkan,  dia telah lama bergelumang dengan najis dadah tu.  Pada masa tu perasaan saya bercampur.  Sedih mengenangkan anak yang bakal lahir,  geram marah dan kecewa sebab dipermainkn selama ni oleh suami.

Tapi kerana sayang, saya turutkan juga kehendak suami.  Saya rahsiakan dari pengetahuan kedua-dua keluarga demi menjaga maruah dan air muka suami.  Rupa-rupanya saya telah menjadikan dia lebih bebas dengan benda keji tu.

Mula-mula keluarga saya tak dapat hidu masalah kami hinggalah suami saya mula berani tak pulang-pulang rumah dan sepi tanpa berita berhari-hari.  Kami masih tinggal dengan kedua orang tua saya memandangkan ekonomi kami yang tak stabil. Oleh kerana suami saya semakin berani meninggalkan saya dek kerana pengaruh dadah.

Perkara itu berlarutan sehingga anak kami berusia 3 tahun.  Selama mana saya harus bersabar sis? Dia juga pernah melafazkan cerai talak 1 pada saya sewaktu dia dalam keadaan khayal dadah.  Saya fikir mungkin ini jalan penyelesaian tapi bila saya kenangkan anak kami yang sangat rapat dengan papanya, saya jadi keliru dan dalam dilema.

Kami akhirnya rujuk semula selepas dia berjanji untuk berubah dan tingglkan sepenuhnya dadah.  Sekarang kedua-dua keluarga kami sudah tahu dan orang tua saya telah beri kata dua pada saya samada ingin teruskan atau bawa haluan kami sendiri.

Masalah saya sis, saya masih sayangkan suami saya tapi dia seringkali buat hal dengan cara menghilangkn diri tanpa berita selepas berhari-hari, kemudian merayu supaya saya terimanya semula.

Kadang-kadang saya rasa jemu dan penat dengan semua yang dia dah buat tapi kerana sayangkan dia saya beralah.apa yang buatkan saya lebih kecewa, selepas semua yang dah jadi, dia tetap lakukan perkara yang sama berulang kali.

Adakah silapnya datang dari saya yang terlalu berlembut dengan suami sebelum ni? Saya cuma harap dia nampak pengorbanan yang saya dah buat untuk dia, tapi apa guna kalau saya beralah, tapi dia tak buat sama macam saya.

Saya harap sis dapat bantu saya dalam mencari jalan untuk lepas dari dilema saya.  Adakah dengan perceraian boleh menamatkan episod kesengsaraan saya?  Saya dalam dilema memikirkan tentang masa depan anak saya yang akan kehilangan kasih sayang papanya dan saya takut dia menjadi mangsa dalam konflik rumah tangga kami. 

Mohon sis bantu saya. Terima kasih. Wassalam.

Click to read more


Wasalam Hidayah,

Thank you sebab berkongsi cerita ini dengan kami semua.  Apa yang akak nak balas dan komen di sini,  akak harap u olls terima dengan hati dan minda yang terbuka. Percayalah,  semua yang berlaku dalam hidup kita,  setiap keseronokan dan kebahagiaan,  setiap kepayahan dan kesusahan ada sebab mengapa dan kenapa ianya berlaku.

Samalah macam berkahwin.  Jodoh ini adalah ketentuan Allah.  Hanya Dia yang tahu bila datangnya jodoh,  rezeki,  maut.  So,  bila kita terima semua 'hidayah' dari Allah ni,  kita kena terima dengan hati dan minda yang terbuka.

Samalah dalam kes u olls ini.  

U olls harap saya dapat membantu u olls dalam mencari jalan untuk lepas dari dilema ini.  Tapi seikhlasnya,  saya tak dapat tolong apa pun.  Hanya u olls sahaja yang boleh bantu diri u olls ini.  Kalau u olls tak mau amik pusing sendiri,  maka u olls akan terperangkap dalam kancah dilema ini sampai bila bila.  

Adakah penceraian boleh menamatkan episod kesengsaraan u olls?  

Bagi pendapat saya,  YES.  Hang pi tanya mana mana bini kat dunia ni pun,  kita  takmau bercerai dengan laki kita. Susah-susah nak kawen,  pastu tiba tiba nak bercerai pulak.  Dalam apa pun situasi,  bagi saya penceraian adalah penyelesaian terakhir.

Oleh itu dalam kes u olls,  mengapa saya kata penceraian adalah jalan terbaik untuk menamatkan episod kesengsaraan u olls?  Sebab u olls bukan tak bagi chance,  u olls dah bagi chance banyak kali kat laki u olls.  Tapi dia tetap bagi u olls tahi.  

Ini bukan soal laki main perempuan,  laki tak kerja ka or laki kedekut ka apa ka,  ini soal DADAH kot.  And u tanya I, u pening memikirkan tentang masa depan anak u yang akan kehilangan kasih sayang papanya dan u takut dia menjadi mangsa dalam konflik rumah tangga u olls.  Lani I nak tanya u,  kalau u terus bersama dia,  adakah masa depan dan kebahagiaan anak u akan terus terjamin?

Sebab itu dari awal I olls suruh u buka hati dan minda. 

Kenapa setiap perempuan bila dah kawen,  depa akan terus jadi closed minded?  Depa duk pikiak diri depa dan suami sahaja and anak-anak.  Sampai nilai harga diri dah hilang.  Depa korban segala galanya sampai depa lupa nak tinggal sikit nilai baik dalam diri sendiri.  

Dalam soal ini,  kenapa nak takut kalau u olls kena raised anak tu seorang diri.  Bumi Allah ni luas,  selagi kita usaha mesti kita dapat.  And kenapa pulak nak kena takut anak tu hilang perhatian dan kasih sayang seorang ayah,  sedangkan ada banyak panduan dan juga tatacara yang u olls boleh aturkann agar kedua kamu ibu dan bapa memberikan fungsi yang sebaiknya untuk si anak.  Pokoknya,  nak buat atau tak buat sahaja.  

Actually kes dadah macam u olls ni,  akak dah banyak kali dengar kat telinga akak.  Macam u olls la,  si isteri akan mai cerita mencanang-canang kata laki depa jahat and laki depa buat macam-macam.  Tapi bila aku suruh buat satu tindakan yang agak drastik,  depa akan kata "Hang cakap senang....dia masih suami aku?"

Lani jangan duk pikiak pasai anak,  pasai apa orang nak kata,  pasai laki hang yang tak tau la bila yang dia boleh insaf,  lani hang pikiak diri hang tu dulu.  Sampai bila hang nak duduk macam ni?  Kais pagi makan pagi.  Kais petang,  makan hati.  Macam saya kata tadi,  saya tak boleh tolong u apa pun,  u sahaja yang boleh tolong diri u olls sendiri.  And i percaya,  bila u dah tolong diri u sendiri,  u akan tolong nasib anak u dengan lebih baik lagi!!

Jangan jadi orang bodoh.


Read here  :  Dear Kak Jumie : Suami Ku Seorang Penagih Dadah

ps/  Setiap ujian Allah bagi,  kena terima dengan hati dan minda yang terbuka.

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. Oh come on lady..kite kasi byk peluang pon suami kau masih nk jd mayat idup jgk isap dadah tu.Kelemahan org perempuan ialah terlalu sayangkan org yg xsepatutnya berbanding lebih menyayangi diri sendiri. Ptut le org laki senang mempergunakan pempuan.sume akibat syg xguna otak.Malah lupa bahawa semua rezeki yg kita dpt dtg drpd tuhan.jgn lupe tuhan bukan sj boleh jodohkn kau malah boleh pisahkn kau dr suami kau.jd ape nk tkot klu penagih tu xde?bullshit asyik sandarkn alasan pd anak.nk ank tu jd penagih jgk ke ikut bapak die?klu jd kt aku 1 saat pon aku mls nk tggu org gile camtu.buang ms.baik crik harta n duet utk anak.ape bole mati ke klu xde suami penagih ni?xbole idup da ke klu jd janda/ibu tunggal sekalipun?nk tggu smpe suami penagih tu bantai smpe nk mampus or bile suami gadai body kau utk beli dadah bru thegeh2 nk p repot mahkamah?family kau pon lg sygkn kau drpd kau syg diri sndiri. klu bcerai or whatever happen tuhan akn sentiasa bg rezeki lg baik. Mulut org mmg ckp mnde buruk saja.sejak bila manusia ni baik sgt???think bout yourself and your precious baby. Ank tu akan lebih membesar dgn baik tnpa penagih dadah.what good example that the child can learn from him? Just move on.persetankan kata2 manusia.esok lusa yg jd gila n sakit ati pon diri sndiri jgk bukan org lain. Jd xpayah la syg org lain lebih berbanding diri sndiri

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...