8.7.14

Ulasan Filem The Godfather

Assalamualaikum,

Ampa semua tau kan,  i lani memang sangat banyak menonton filem.  Rather than baac buku sebab suka tertidur bila baca.  Ini tanda tanda dah tua kot.  Otak macam slow sikit.  So baca movie yang i duk download and minta soft copy dari kawan-kawan.

I olls juga buat account kat IMDB untuk keep track apa movie yang dah tengok and apa yang i teringin nak tengok later (watchlist).



So dalam senarai TOP 250 best movie dalam IMDB,  tempat pertama filem paling best based on orang ramai punya rating and review daripada pengkritik filem adalah The Shawshank Redemption and filem ini baru sahaja naik jadi filem terbaik (naik dalam list) baru baru ini.  Selama ini,  sejak I olls duk tengok IMDB ni,  best filem adalah The Godfather.  Lani filem ini jadi tempat kedua filem paling best.

But I have to say,  lepaih tengok antara The Shawshank Redemption dengan The Godfather memang sah sah THE GODFATHER adalah lebih best.

Why i say that,  jom baca review.


Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang seorang ketua mafia bernama Vito Corleone.  Dia adalah ketua segala mafia kat Amerika.  Dia sangat berkuasa.  Cerita ini berlatar belakang kehidupan pada tahun 1940an di New York Amerika Syarikat.

Vito Carleone ni orang panggil dia Don Carleone ataupun simply The Godfather.  Dia pegang semua deal-deal perjudian dan juga air arak di seluruh Amerika.  Empayar and kuncu-kuncu dia memang banyak.  Dia juga berpengaruh dalam kalangan orang politik dan para hakim.


Sampailah satu hari,  ada seorang ni,  dia mai jumpa Don Corleone untuk buat business baru iaitu business dadah.  Narkotik.  Dia nak mintak perlindungan daripada Don Corleone and sebagai balasan,  keluarga Corleone akan dapat untung daripada perniagaan ini.

Tapi Don Corleone tak suka perniagaan ini.  Dia kata dadah ni kotor.  Nanti bangsa dia sendiri akan musnah.  Dadah ni lebih teruk daripada pelacuran,  arak dan perjudian.  Tak boleh dicontrol.  So,  dia tak mau tolong deni la.  Untuk pengetahuan ampa,  ini adalah tahun 1940an,  masa ni perniagaan dadah tak berleluasa lagi na.



So,  apabila Don Corleone menolak bantuan ini,  dia takut jantan ni akan pi minta bantuan daripada gang Mafia lain.  So Don Corleone pi hantar orang dia jadi spy.  

Kisahnya,  tembelang spy ni pecah,  mafia nama Sollozo bunuh spy Don Corleone ni.  And start dari situ,  bermulalah kisah bunuh membunuh sebagai dendam.  Dalam perang balas-balas dendam ni,  Don Corleone pun kena tembak.  Tapi nasib baik Don Corleone tak mati,  tapi of course dia jadi lemah.




Dalam keadaan kritikal inilah,  anak dia Micheal (anak lelaki ketiga) perlu mengambil alih perniagaan and persatuan mafia bapak dia sebab abang dia Santino mati and Fredo pula,  memang tak boleh pakai punya kaki.  Micheal ni dikenali dalam keluarga sebagai budak baik,  pi college,  pastu masuk askar,  ada girlfriend (mat bunga la).  Tapi bila dia duduk tempat bapak dia.............................semua orang boleh jadi takut teruih kat dia.  

Last sekali,  oleh kerana kebijaksanaan Micheal,  dia dapat balas dendam kat semua orang yang buat onar dalam cerita ni.  And akhir cerita,  Micheal pun secara rasminya dilantik sebagai THE GODFATHER.

Why i like this movie?
  • Lakonan Marlon Brando sebagai Don Vito Carleone memang sangat-sangatlah meletops.  Beliau berketurunan campuran German, Dutch, English and Irish.  Tapi dalam filem ini,  dengan make up and cara lakonan dia...hareeee memang sebijik ITALIANO lah.

    Paling suka effek muka dia macam buldog.  Style nampak cengih punya.  Dikatakan,  masa dia pi audition untuk watak ni,  Marlon Brando bubuh kapas kat dalam pipi dia bagi nampak effek muka buldog ni.  Tapi dalam filem ni,  dia pakai pendakap gigi khas untuk bagi nampak muka dia macam jatuh.

    Siriesly,  sangat suka lakonan beliau.  Sebab dia memang mendalami watak seorang GODFATHER.  Cara cakap dia,  husky and dalam.  Macam nak terbatuk pun ada,  tapi dengar macam berantu.  Sekali sekali dia garu pipi or tepi mulut,  memang nampak macam santai sahaja.




  • Al Pacino berlakon sebagai Micheal Corleone.  Haaa nak bagitau mai,  deni memang pelakon lelaki yang memang aku suka.  Tapi  ini first time tengok dia berlakon masa time dia muda muda dan sangat muka sweet lagi.  Sweet pun habak mai sat,  masa dia kena handle kes bapak dia ni semua,  dia terus berubah daripada seorang budak yang baik,  kepada muka abang-abang long yang penuh karisma.

    Cara dia bercakap memang tak payah nak over over nak tunjuk kata dia gangster. Dia relaks sahaja and that's what i like about it.  Sebagai nota tambahan,  Al Pacino memang datang dari keluarga Italy yang berasal daripada Corleone,  Sicily,  Italy.  Meletops kan?  Cuma keluarga dia dah migrate and mai duduk Amerika.






  • Selain dua lakonan hebat yang I olls sebut kat atas,  i olls sangat suka nilai-nilai yang diterapkan dalam cerita dan skrip ini.

    Pendirian hidup,  semangat kekeluargaan,  kepimpinan,  kebijaksanaan,  kesetiaan kepada ketua,  antara nilai nilai signifikan yang diterapkan dalam skrip ini.

    Nilai-nilai ini adalah amat simple and bukan sahaja boleh apply dalam keluarga MAFIA tapi sebenarnya dalam kehidupan semua orang.

    Hang boleh ada semua kekayaan kat dunia ni,  uwang berjuta ringgit,  tapi kalau hang takdak elemen-elemen yang i olls nyatakan kat atas tu,  hang tahi.  Pendirian hidup,  semangat kekeluargaan,  kepimpinan,  kebijaksanaan and kesetiaan...semua itu yang menjadi harta sebenar dalam diri dan hati hang.  Sapa-sapa pun tak boleh curi.  And kalau hang sendiri yang kurangkan nilai itu dalam hati hang,  hang pun jadi tahi.


  • Antara yang scene yang paling i suka dalam cerita ini adalah apabila Micheal naik jadi ketua dalam keluarga Don Corleone.  Dan dia buat macam-macam perubahan drastik yang tidak boleh diterima oleh kuncu-kuncu bapak dia.  So bila kuncu-kuncu ini persoalkan perkara ini and tanya kat Vito Corleone,  and mintak Vito Corleone campur tangan,  dia simply said "Aku dah bagi semua kuasa aku kat Micheal,  lani ampa kena ikut cakap dia.  Kalau dia kata yes,  baru aku pun kata yes,"

    Siriesly,  walaupun dia adalah bekas kepala mafia semua,  tapi bila dia bagi kuasa kat anak dia,  dia pegang janji dia.  Dia langsung tak masuk campur apa yang anak dia nak buat.  Dia bagi nasihat bila diperlukan sahaja.

    Inilah yang penting dalam mana mana organisasi,  besar ataupun kecik.  Selalunya bekas-bekas ketua ni,  ataupun ketua sendiri,  hang bagi kerja kat anak buah,  tapi nanti esok esok hang duk masuk campur kerja anak buah hang,  last sekali........projek semua jadi huru hara sebab ada dua arahan.  Satu daripada bekas ketua,  satu daripada ketua sekarang.  Betui dak?  Sapa pernah lalui perkara ni?  Huru hara kan?
Kesimpulan,  ampa pi cari DVD cerita ni.  Sangatlah baguih kalau ampa simpan dalam koleksi.

Okay thanks bye.

Yang benar,

Jumie Corleone

8 comments:

  1. the godfather ni mmg ayah i punye ultimate feveret movie dia tapi kami anak2 ni tak penah terfikir pun nak tengok.. don't know why.. hahaha... bila jumie dah buat review camni baru i rasa nak tengok.. nampak tak kuasa blogger mengatasi kuasa ayah sendiri? bahahaha..

    anyway, my dad berkali2 ckp.. among his favourite quotation from this movie is "the man who doesn't spend time with his family is not a real man".. & dia berpegang sungguh dengan quote itu.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa tudiaaa...kirim salam kat bapak ampa naaa :)

      Delete
  2. Kami plak The Shawshank Redemption still kami punya top fav. The Godfather second. Dua2 ni mmg best!

    ReplyDelete
  3. kami memang suka cerita2 mafia ni (omputih pny mafia saja). siap berangan lagi kami pun berlakon jadi bini mafia. hahahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...