14.7.14

World Cup Dah Habis

Hello u olls,

Maka pagi ini habislah kisah-kisah World Cup 2014.  Nampaknya,  apa yang menjadi jangkaan iaitu kemenangan German untuk dapat piala World Cup untuk pusingan ini menjadi kenyataan.  Argentina,  takpa.....maybe kena balas dendam pada World Cup 2018 kat Rusia nanti.


Kak Shakira sedang membuat persembahan yang meletops semasa penutop World Cup 2014.

Harap lepas ni kita semua bolehlah kuatkan semangat dan fokus semula kepada aktiviti ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.  Macam mana ampa punya aktiviti ibadah bulan puasa tahun ni?  Siriesly,  terus terang I olls cakap memang tahun ni,  aktiviti bertarawikh akak tak buat pun langsung.  Tak tau la penyegan pasaipa.  Lepas siap siap kemas dapur semua,  by 10pm dah GOAL nak tidok dah.  Takpala....lepas-lepas ni kita usaha la kot macam mana ka.

Click read more



Tapi yang akak rasa happy sikit tahun ni,  akak rasa akak telah banyak besederhana dalam belanja membeli makan masa time Ramadhan.  Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.  Kalau dulu akak kerap sangatlah pi pasar Ramadhan,  tapi tahun ini,  akak lebih banyak memasak and buat lauk pauk yang praktikal dan tidak membazir duit.  Orang putih kata,  masak from scratch gitu.

And satu lagi yang akak rasa happy adalah,  walaupun baru dua minggu kita puasa,  akak rasa dah banyak kali jugak akak buat majlis buka posa kat rumah.  Bukanlah kenduri kendara buka puasa sampai ada artist mai nyanyi semua u olls.  Cukuplah akak jemput kawan-kawan yang tak kawen,  kawan yang bermastautin kat Penang (family jauh) and para student mai makan kat rumah akak.  Yelah u olls,  time Ramadhan ni,  kalau kita jamu orang berbuka puasa banyak pahalanya.  Apatah lagi kalau jamu pada mereka yang memerlukan.  Kita buat simple-simple jer u olls.

Akak juga banyak buat sedekah.  Walaupun jumlah yang sedikit,  tapi akak adalah buat sedekah kepada persatuan dan juga group yang buat aktiviti berbuka puasa kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.  Akak bagitau ni,  bukan akak nak riak ke apa u olls.  Tapi saja la nak share dengan ampa.  Akak yang rambut oren ni pun mampu nak buat,  ampa pun kenala buat jugak.

Tapi,  buat dengan ikhlas.  Kalau tak mampu,  jangan paksa-paksa.  Allah pun tau sangat aih ampa ada duit ka dak.  RM2 mungkin kecik kat dunia.  Tapi besar kat akhirat.  Wallah hu alam.

Wah...panjang ceramah akak.

Satu lagi akak nak cermah sikit kat ampa pasai riak dan takbur ni u olls.  Akak selalu cakap pasai benda ni dalam blog akak.

Lately,  sejak menjak World Cup ni, of coursela peminat bola semua pun update macam-macam pasai bola kat Facebook and Twitter.  Orang macam I olls yang tengok bola 4 tahun sekali pun,  tiba-tiba feeling tulis macam-macam pasai bola semua kat blog.  Paling penting,  siap buat research 12 jam dan senaraikan para pemain yang hemsem.  Hahah cibai kan?

Tapi,  dalam celah-celah kemeriahan kita menonton World Cup 2014 ni,  kita juga dikejutkan dan emosi dan perasaan kita diganggu dengan berita tidak baik mengenai saudara kita di Palestin.  Berketar tangan akak ketika menaip ayat ini.  Setiap hari akak baca dan lihat macam-macam perkongsian yang kalian semua share kat Facebook.

Gambar akak ambil daripada DailyMail UK


Askar Israel yang duk standby nak membedil.




Sedang kita berfeeling nak pakai baju baru,  perhiasan baru,  carpet baru di hari Raya.  Kita tengok depa ni ........sudah lah.....AKAK INSAF SAT TENGOK NI.


Tentang keadaan saudara kita kat Palestin.  Yang mati syahid,  anak kecil yang cedera,  ibu ibu yang menjerit,  si Yahudi yang bertepuk tangan dan macam-macam lagi.  Semua perkongsian ini amat bagus sekali.  Kita semua kat sini dapat tau apa yang sedang berlaku and the least that we can do is...........................pray.

Tapi ada juga komen-komen dan perkongsian di status Facebook yang bagi akak sangatlah riak dan takbur.  Contoh perkongsian  :

"Korang ni asyik post pasai World Cup sahaja.   Tolonglah fikir jugak tentang Palestin tu......" 
"Seronok sangat tengok Messi gelecek bola.  Saudara di Palestin kena bombd.  Alahai Melayu....Bangunlah" 
"Aku cemburu dengan saudara ku di Gaza.  Mereka tidur dalam syahid malam ini.  Aku dan saudara ku di sini,  tidur mimpi World Cup,"

Haaaaa...pasti kalian pernah terbaca status yang lebih kurang macam kat atas ni.  Pada akak,  apa yang they olls-they olls ni tulis adalah sangatlah riak and takbur.

Okay fine,  hati hang baik and hang ikhlas nak share benda benda yang mengingatkan kita bahawa kita kena bersyukur kerana bumi yang Allah bagi kat kita untuk pijak ni takdak bom bom atom apatah lagi piring terbang berapi di waktu malam.  Tapi janganlah teguran itu dibuat secara sinis macam ni,  apa u olls nak kata,  we olls ni tak cukup bagus ke sebab tak share status status GAZA kat Facebook we olls?

So kalau macam tu,  macam mana pulak tok tok imam kat kampung yang tiap tiap malam lepas semayang tarawikh dia ajak jemaah semua baca doa untuk saudara di Gaza tapi depa tak dak kecoh pun share status kat Facebook?  Depa tu macam tak cukup bagus juga ka.


Satu perkongsian menarik dari seorang teman



Akak bukan nak fire ampa apa ka.  Kadang-kadang kita,  kita sebagai orang Islam sangat stress kepada amalan fizikal.  Tapi amalan rohani kita lupa.  Yalah,  kita pi sembahyang apa semua bagai.  Tapi dalam hati kita sembahyang sebab nak tunjuk kat jiran yang kita ni warak gila.  Sepatutnya kita kenalah pelihara fizikal dan rohani sekali.  Pi semayang,  dengan ikhlas,  amik ayak semayang,  pasang niat terus jalan straight pi mesjid.  Dalam otak,  zikir sahaja.

Ni dalam duk menapak pi mesejid,  lalu depan rumah Jumie Samsudin tengok dia duk tengok Astro Ria,  ampa pun kata "Herm...pompuan gemok ni bukan nak pi semayang......pi la tarawikh ka apa ka...badan pun kuruih la sikit.  Tengok aku ni...."

Itulah yang akak nak pesan.  Kena pelihara rohani kita jugak.

Okaylah,  tak mau la nak kata banyak-banyak.  Benda ni semua,  lagi duk kata,  lagi akan jadi kat kita balik.  Takutlah nyahh.  Akak takutlah kalau otak ni duk pikiak nak betul kan orang sahaja,  padahal diri sendiri tak pernah nak betui.  Semoga akak tidak menjadi begitu.

Akhir kata,  terimalah video clip khas untuk para peminat Argentina.




ps/  Suami akak gerak akak makan sahur dan kata "Sayang.....Argentina kalah la....satu kosong.  Siye betui".

Pastu akak pun buatlah macam lembik lembik sikit pastu tunjuk jari tangan kanan akak "Abang tangan gataii...kena gigik nyamuk...garu satt" kata akak  ala ala manja gitu.

"Tangan mana?"  tanya beliau sampai cuba tengok tangan akak.  Pastu gaya dia nak amik tangan akak,  akak pun buat tanda "BEST" denagn ibu jari akak.  HAHAHAHAHAHAHAHAH.......Maka suami akak pun peteh (tampar) kepala akak.  HAHAHAHAHAHAHAH TOTALLY WORT IT.


Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. When I try to watch the youtube I cant hear the sound?is it because im using my phone or something else?

    ReplyDelete
  2. haha, sy ingat gila this track!! I was 7 and bila first time tgok cite ni kt tb, berangan2 nyanyi....tp time tu internet xde, so xleh nak google penyanyi dia...nk baca credits, omputih x pandai lg.. haha. mmg "walking down the memory lane" betol lagu nihhh.. Thanks kak Jumie! fits the post!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...