20.8.14

Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17

Hari Perkabungan Negara telah diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17.

Ia bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.

Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media telah menetapkan garis panduan pada Hari Perkabungan Negara sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air, Jumaat ini 22 Ogos 2014.


Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17 MAS

click read more



  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang
  • Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan
  • Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai


Majlis sambutan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

mysumber.com : Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...