13.8.14

Goodbye Mr. Robin Williams (1951 -2014)

Sangat terkejut apabila hari ini saya dapat tahu salah seorang pelakon yang paling I olls suka iaitu Robin Williams telah meninggal dunia.  Pelakon komedi yang amat berbakat kerana boleh tiru macam-macam gaya,  lenggok loghat dan juga membuat pelbagai jenis suara ini juga sangat berbakat untuk melakonkan watak-watak serius dan berat.  Dia juga pernah merangkul anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik untuk Oscar bagi filem Good Will Hunting.


click to read more



Antara kerja hebat beliau yang merupakan my all time favorite is Mrs.  Doubtfire.  Kisah seorang bapa yang melalui zaman yang amat sukar kerana terpaksa berpisah dengan anak-anaknya setelah dia dan isteri bercerai.  Dia tidak mendapat hak penjagaan kerana dia tidak bekerja.  Oleh itu,  dia menyamar menjadi Mrs. Doubtfire,  seorang wanita warga emas berbangsa Inggeris dan memohon menjadi seorang pengasuh di rumah isterinya.  MEMANG BEST GILAAAAAAAAAAAAAAA CERITA NI.   Sampai lani kalau aku teringat Mrs.  Doubtfire duk menari dengan vacuum cleaner,  aku boleh rasa macam geletek kat perut.  Gila sangat lawak.

Karya komedi lain yang masih dalam ingatan saya adalah Night At Museum,  RV,  filem animasi Disney Aladin (dia jadi suara Genie...jin colour biru tu),  Jumanji,  Flubber and banyak lagi.  Yang ni yang i ingatlah.  Filem siries pulak,  i suka Dead Poet Society,  Good Will Hunting and Bicentennial Man.  Ada banyak lagi filem yang dia berlakon.

Kematian beliau dikatakan oleh kerana beliau membunuh diri.  Satu trajik untuk seorang yang membina career dengan memberikan kebahagiaan dan gelak tawa dalam hidup orang lain. Dikatakan Encik Williams telah lama mengalami masalah depresi.  Tulah,  ampa semua jangan duk ingat,  orang yang selalu yang bagi gelak tawa pada orang lain juga sedang bergembira.  Kerana disebalik gelak tawa dan all the positive energy yang dia bagi kat orang tu............dah habis untuk diri dia sendiri.


Rest in peace Mr.  Robin Williams.  Terima kasih sebab bagi aku gelak selama ni.

ps/  another sad story for me

Love,
Jumie Samsudin



1 comment:

  1. Now ada BefriendsersKL boleh membantu those yang depresi dan ingin membunuh diri..
    Leh cari depa kat FB

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...