20.8.14

Kempen Derma Darah Sempena Bulan Kemerdekaan #kitasama

Siriesly i olls sangat suka dengan kempen yang diwarwarkan oleh Astro sempena bulan Kemerdekaan tahun ini yang ke 57 iaitu #kitasama.  Dengan pendekatan yang saya rasa amat berbeza daripada perayaan Kemerdekaan yang dulu dulu,  kongset para artis,  pasang bendera,  kawat kemerdekaan,  persembahan bunga api?  What else?  Kali ini,  Astro ajak kita semua derma darah sempena bulan kemerdekaan.  Kenapa?  Sebab di samping menggalakkan rakyat kita untuk tolong derma darah,  Astro juga bagi satu mesej yang simple tapi kita semua 'makin lupa kebelakangan ini'.  Mesej yang I olls maksudkan adalah tak kira hang Melayu,  Cina,  India or Kadazan or Sinhalese,  inside,  darah hang tetap sama colour!  Merah.


Click read more






Kepada orang Penang,  kita boleh join untuk derma darah bersama Astro pada 13 dan 14 September 2014.  Ampa boleh check sini  :  Unity Runs In Our Blood @ Prangin Mall, Penang


Untuk u olls dari lokasi-lokasi lain,  ampa boleh check tarikh-tarikh kat sini  :  http://www.astro.com.my/Negaraku


Tahun ini,  Malaysia kena cabaran yang amat teruk.  Antara yang paling besak ampa semua pun tau kan?  Sebuah pesawat penerbangan MAS ditembak dan jatuh berkecai mengorbankan semua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal terbang itu,  dan jangan lupa,  satu lagi kapal terbang sampai lani tak jumpa jumpa.  Hanya Allah yang tau apa jadi kat kapal terbang itu.

Boss saya,  Puan Ajindar Kaur seorang wanita berbangsa Punjabi,  pernah menyebut dalam sebuah ucapan beliau.  I olls tulis balik dalam bahasa yang I olls paham "Kita sebagai rakyat Malaysia selalu lupa tentang diversiti yang kita miliki dan acapkali mengambil kesempatan ke atas kelebihan yang kita miliki ini."  Kata-kata beliau itu adalah semasa majlis penutup program akademik USM dengan sebuah universiti daripada Amerika Syarikat yang membawakan pelajar mereka khas ke Malaysia untuk belajar tentang Living Diversity dan juga Religious Experiences in Malaysia.

12 pelajar dari Amerika Syarikat ini belajar tentang kehidupan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa,  bagaimana sistem pendidikan kita,  sosio ekonomi,  corak politik,  sistem perlembagaan dan paling menarik depa belajar tentang 5 jenis agama iaitu Islam,  Hindu,  Buddha,  Kristian dan Sikh.  I olls rasa,  anak Malaysia sendiri pun tidak mempunyai kesempatan untuk belajar ilmu ilmu ini.  Tidak berkesempatan bukan alasannya,  sebenarnya rakyat kita tak pernah nak amik tau pun.

Ampa setuju tak dengan kata-kata boss saya?


Salam kemerdekaan kepada ampa semua.  Jangan lupa kita semua akan berkabung bersama-sama Jumaat ini.

Proud Malaysian,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...