7.8.14

Kita Buka Buku Baru

Salam to all,

Pastinya kalian telah membaca tentang kisah Ustaz Shahul Hamid,  salah seorang penceramah agama Islam yang mula terkenal sejak menyertai pertandingan keagamaan di Astro.  Baru-baru ini beliau secara tidak sengaja telah menyebabkan segelintir masyarakat Malaysia berasa marah dengan statement beliau dalam ceramah agama dimana (dalam niat baik) dia ingin memberikan semangat kepada Orang Islam,  orang Melayu untuk membantu saudara sesama Islam untuk menaikkan ekonomi bangsa/keluarga sendiri,  dia secara tak sengaja telah menjatuhkan maruah segelintir kaum di Malaysia ini.  Yang saya maksudkan adalah,  kaum India dan kaum Hindu.

Dalam ceramah beliau itu,  Ustaz Shahul Hamid ada berkata,  kalau nak beli rempah masakan (segera) belilah produk keluaran orang Muslim,  janganlah beli produk Alagapas kerana produk itu adalah keluaran orang India.

Lelaki ini berdiri di tengah kesibukan kota MUMBAI dengan mesej-mesej kemasyarakatan kepada semua.  Ini adalah salah satu mesej kemasyarakatan yang dia share untuk tatapan semua.  


Akak peminat rempah Alagapas.  Minsare manan...ALAGAPAS!!  Kami orang Penang kalau masak kari memang guna rempah Alagapas or Babas.  Dua rempah ni memang meletops kau punya.  Adabi pun sedap.  Tapi rempah Alagapas and Babas dia punya wangi lagi meletops.  And plus,  Alagapas ada macam-macam produk pemakanan yang lain.  Yang segera pun banyak.  So kalau kita nak try buat masakan India,  memang macam-macam Alagapas ada. 

Apabila mula mula tertengok video yang Ustaz Shahul Hamid tu, of course I olls macam marah sikit la.  Apala....deni bulan bulan raya ni duk merapu lagu ini.  Lepas tu,  i pun dapat pula satu video khas yang Ustaz Shahul sebarkan.  Dia meminta maaf atas apa yang telah tersebar.  Dia tak bermaksud nak menimbulkan kemarahan sesetengah pihak sebab perkara itu dibuat secara tertutup dan orang yang merakam video tersebut tidak meminta kebenaran beliau untuk dipertontonkan kepada orang awam.  At the end of the video,  dia juga menyatakan bahawa apa yang dia sampaikan itu atas dasar tanggungjawab dia untuk menyebarkan ilmu.

Click read more

Bila bukak Facebook Ustaz Shahul Hamid,  nenjiaaaaaaaa.  Agak ramai jugaklah orang India dan orang Hindu yang meluahkan perasaan marah mereka dengan mengomen kepada post post Ustaz Shahul.  Of courselah depa marah.  Tapi Ustaz Shahul Hamid pun bagus,  dia respon dengan baik dan tidak berhenti meminta maaf.

Ada beberapa perkara yang kita boleh belajar daripada perkara ini.

  1. Niat tidak menghalalkan cara

    Memang betul niat hendak menyampaikan ilmu.  Tapi kenalah dengan cara yang betul.  Takdak satu agama pun kat dunia ini yang menganjurkan kita menganiayai kaum lain.  Apa yang dilakukan oleh Ustaz Shahul Hamid adalah salah.  Dia tak sedar,  selepas dia masuk Astro,  dia dah ada nama.  Orang dah sebut sebut nama dia.  Orang suka kat dia.  Orang nak ikut cara dia.

    Dan bila kita dah bagus,  mesti ada orang yang iri hati dan tidak suka dengan kita.  Orang tu akan tunggu saja kita buat salah.  Dan bila kita tersalah,  inilah masanya untuk orang itu jatuhkan Ustaz Shahul.

    Saya harap Ustaz Shahul sekarang dah tau,  dia kena lebih hati hati.  Janganlah kejadian ini membuatkan dia rasa lemah semangat untuk meneruskan jihad dia sebagai pendakwah.  Harap juga dengan kesahalan ini,  dia belajar untuk perbaiki cara pendakwahan dan kita juga sebagai pemerhati,  ada banyak benda yang kita boleh belajar dari perkara ini.

  2. Janganla Kita Orang Islam Duk Berpecah

    Apabila saya post perkara ini kat Facebook saya,  saya dapat satu komen kurang bijak daripada seorang kawan yang memang saya tau dia tak berapa bijak sangat.  (atau mungkin saya ni bijak sangat so dia punya tahap bijak jadi rendah bagi standard saya)



    Dia komen kat saya,  dia kata,  pasaipa? Bila orang kutuk ISLAM dan KUTUK MELAYU takdak sapa pun nak pi back up.  Tapi bila orang Melayu dan ISLAM buat salah,  orang Melayu punyalah MENYALAK macam nak menjatuhkan kaum sendiri.

    Jawapan saya kepada komen kawan kurang bijak saya senang sahaja.  Awat hang cakap macam orang bodoh sangat.  Benda yang salah tetap salah.  Awat? Sebab kita orang Islam dan orang Melayu,  sapa pun tak boleh tegur diri kita?  Kita boleh buat apa salah pun?  Kita boleh buat apa yang kita suka walaupun benda itu menjatuhkan maruah orang lain?

    Dulu masa aku kecik-kecik,  kalau aku pernah hantar kad raya kat seorang budak laki ni.  Budak lelaki ni mata juling.  Aku pun tulis kad kat dia kata macam ni "Kepada Fadzli mata juling,"

    Budak itu marah sebab aku tulis dia mata juling.  So dia bagitau mak dia.  Nak dijadikan cerita,  mak dia mai jumpa KAK EDEH (mak I).

    Mak Fadzli pun marah la kat mak aku.  Dia kata awat anak Edeh duk tulis macam tu kat anak kami?  bla bla bla.

    Maka selepas itu,  MAK AKU PUN MEMAKI LAH AKU KAU KAU.  Walaupun masa tu aku kecik lagi kot.  Darjah 3.  Takdak akai lagi.  Dan sejak itu,  aku belajar dari kesalahan aku.  Jangan duk tulis kad macam orang bodoh-bodoh.  Ada benda yang kita boleh melawak dan ada benda yang kita tak boleh buat melawak.  Ianya dipanggil sensitiviti.

    Semasa mak Fadzli mai marah mak aku,  mak aku tak mengamuk dan memaki hamun pun mak Fadzli.  Mak aku minta maaf sebab kesalahan anak perempuan dia yang bodoh soih ini.  Walaupun aku ini adalah anak dia sendiri.  Bagi dia,  yang salah tetap salah.  And i deserved to be marah-ed.  And marah-ed i got.

    Inilah contoh yang paling simple aku boleh bagi kat orang-orang tiba-tiba jadi defensive apabila kita menegur pendakwah agama Islam yang kita sayangi.  Ustaz Shahul Hamid juga manusia.  Dia pun sedang cuba jadi yang terbaik,  tapi sudah menjadi fitrah kita manusia,  tidak boleh lari dari kesilapan.

    So awat nak jadi defensive sangat apabila kita tegur apa yang salah?  Awat ampa duk agung sangat Ustaz Shahul Hamid ka?  Ingat...kita kena agungkan Allah dan Rasullulah sahaja.  Yang lain itu,  kalau kita obses sangat nanti kita jadi dosa.

    Selain itu,  saya ada juga terjumpa satu poster yang membandingkan Namawee dan Ustaz Shahul.  Dia kata,  Namawee selalu kutuk Islam dan Melayu tapi dia disanjung,  boleh jumpa menteri dan boleh buat filem dan akhirnya jadi artist.  Manakala Ustaz Shahul pulak,  dikutuk dan ditahan untuk siasatan.  Aku takdak apa nak kata pasai issue ini,  pasaipa nak bandingkan Namawee dengan Ustaz Shahul?  Just why?



    Ampa boleh baca pasai posting gambar ini kat sini  :  Mana pergi keadilan?

  3. Kita kalau nak sokong,  jangan kita jatuhkan orang lain.

    Aku rasa point aku ni sangat terang dan nyata.  Yes,  kita kena bantu untuk tingkatkan ekonomi sesama Islam.  Sebab perniagaan adalah pekerjaan yang paling dianjurkan dalam Islam (kalau salah aku minta maaf).  Tapi takkanlah sebab kita nak maju,  kita kena kondem orang lain.  Salah cara tu.


  4. Kena bijak dan sensitif

    Ada juga rakan yang berkata "Kak Jumie...saya dari dulu memang duk ikut ceramah Ustaz Shahul Hamid.  Dia memang style lantang punya.  Tapi apa yang dia cakap tu memang ada betulnya,"

    My say,  the fact that Ustaz Shahul Hamid ialah orang Penang,  so ampa kena mau tau la....ORANG PENANG MEMANG MULUT LANTANG!!!  Kami nak jemput mai makan kenduri pun dah macam bergaduh.  Sembang pasai bola dah macam bergaduh berebut harta.   Inikan pula sesi berdakwah yang kadangkala itu kena ada penegasan untuk memastikan agar cara penyampaian kita level (up and down).

    Tapi,  i hope lepas ni,  Ustaz Shahul kena tone down sikit la.  Kalau nak kata kau kau ni,  kita kata kat 'diri kita' sudahlah.  Samalah diri I olls ni pun,  dulu pun i suka maki orang sana sini.  Lani dah slow banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dah.........sampai orang pernah kata 'tak seronok baca blog Jumie lani sebab takdak carut carut'.  Amboi nak carut orang sampai banyak mana sangat pun?  Kita ni bagus sangat ka?

  5. Kita satu keluarga

    Okaylah,  kita katopla buku cerita ini.  Kita bukak buku baru.  Kita semuaaaaaaaaaaaaaa satu keluarga.  Hindu,  Islam,  Kristian,  Buddha, animisme...kita semua satu keluarga.  Kita semua keluarga Malaysia.  Janganlah kita duk bergaduh berpecah.  Apa-apa jadi kat negara kita,  kalau kita tak bersatu apa nak jadi kat kita?  Sempena bulan Ogos,  bulan kemerdekaan,  jomlah kita semua belajar dari kesilapan ini.  
Gambar akak,  Chin Chin and Visha masa posing ambil gambar keliling USM masa musim kemarau yang lalu.  Read here  :  USM Dilanda Kemarau



Sekian sahaja nukilan akak malam ini.  Kalau ada salah dan silap harap maafkan.



ps/  Jangan sebab orang main teik(tahi),  kita pun nak makan teik (tahi).



Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...