21.8.14

Séraphine Louis, Frida Kahlo, Gabrielle 'Coco' Chanel

Ampa semua duk mabuk kepayang kat Zul Ariffin lagi ka?  Erm, i tau,  dia memanggggggggggggggg elok.  Tapi i tak heran sangat aih.  Laki i pun apa kurangnya #eh.

Sebenarnya,  I olls sangatlah bosan dengan cerita-cerita drama cinta Melayu kat TV ni semua.  Cerita semua hampir sama,  kawen diatur oleh orang tua.  Depa tak cinta.  Bila kawen,  ada macam-macam masalah yang jadi.  Pastu lama-lama cinta over pulak.  Cerita dulu dulu pun lebih kurang sama sahaja.  Cerita cinta lembek lembek lutut ni semua.

I olls bukan pembenci drama Melayu ya.  Baru baru ni,  Eirma Fatimah buat drama Spain U Oll.  Gilaaaaaaaaaa lawak.  Cerita simple,  tapi dibuat dengan penuh effort.  Ada storyline,  pelakon semua baguih,  skrip lawak,  lagu tema yang khas.  Cerita Melayu macam ni i suka walaupun cerita komedi ringan.

Ni nak bagitau sat kat ampa semua,  jangan duk pertikai dah lepas ni kalau tengok statistik kes penceraian yang tertangguh-tangguh.  Ampa semua duk kata,  mahkamah buat naya kat perempuan,  undang-undang berat sebelah,  abih tu?  Ampa tak rasa ka drama-drama macam ni juga yang membuatkan mentaliti wanita Melayu kat Malaysia ni semua lemah.  Fantasi rumah tangga dan husband impian depa ke laut hanyutnya.  Hakikat?

Okay dah dah.  I olls berleter panjang sebab nak bagitau kat ampa semua baru baru ini I olls tonton beberapa filem menarik.  So nak cerita kat ampa,  and hope lepas ni ampa pi dig out benda ni.  And kalau boleh tonton juga filem ni.

Ketiga-tiga cerita ini mengisahkan tentang wanita,  seni dan kekuatan.



Click read more




Séraphine Louis

Tak pernah terdengar tentang nama wanita ini sebelum ini.  Tapi i came across tajuk filem Séraphine dalam genre biography.  Lepas baca sinopsis ringkas,  i olls rasa tertarik nak tonton.  Lagipun i memang suka kisah biography dan cerita berlatar belakang zaman lampau.  Sangat suka macam mana pengarah boleh tunjuk kat kita cara pakaian,  cara cakap,  pemandangan di zaman dahulu kala.


Okay,  cerita ni mengenai Séraphine.  Latar belakang era Perang Dunia Pertama di Perancis.  Séraphine ni kerja sebagai pembantu rumah.  Selain tu,  dia juga buat kerja-kerja lain seperti pembantu kat kedai daging dan tukang basuh baju.  Dia hidup sebatang kara.  Dia takdak sapa-sapa.  Dia menyewa kat bilik kecil.  Duduk sorang-sorang.

Selain buat kerja dia,  untuk cari sesuap nasi.  Pada masa lapang,  Séraphine sangat suka dengan alam sekitar.  Dia suka tengok pokok dan pemandangan. Dan dia sangat suka melukis.  Walaupun serba kekurangan,  tidak menghalang dia untuk buat apa yang dia suka.  Untuk melukis,  dia guna bahan-bahan semula jadi untuk dijadikan warna ketika melukis.  Dia akan lukis atas kepingan papan yang dia jumpa.

Satu hari,  salah seorang penyewa rumah di banglo yang Séraphine bekerja,  terjumpa lukisan papan kecil milik Séraphine.  Nama lelaki ini Uhde.  Dia orang German. Kebetulan dia adalah seorang penjual beli hasil seni lukisan.  Bila dia tengok hasil lukisan Séraphine,  dia sangat suka. Lukisan itu menggambaran buah buah apel.

Tapi disebabkan oleh Perang Dunia yang tercetus,  Uhde terpaksa lari balik ke kampung asalnya.  Dia pesan kat Séraphine,  walau apa pun jadi,  teruskan melukis.  Uhde left France 1914.

Pada tahun 1927,  Uhde mai Perancis sekali lagi.  Mai buat business macam dulu.  Satu hari,  dia terbaca tentang pertunjukan hasil seni dari pelukis tempatan di kawasan kejiranan Séraphine.  Dia tak tau sama ada Séraphine masih hidup atau tidak,  masa tu takdak Facebook ka apa ka.  So,  atas dorongan adik dia,  dia pun pi ke pertunjukan lukisan itu.






And bila dia sampai kat pertunjukan itu,  dalam banyak-banyak lukisan,  dia terpana apabila melihat dua buah lukisan setinggi 2 meter tinggi.  Lukisan itu menunjukkan pokok dan daun-daun yang rimbun.  Berwarna warni.  Daripada lorekan warna tu,  dia buleh tau dah ni hasil kerja Séraphine.  Dia sangat happy sebab Séraphine tidak pernah berhenti melukis.  Dan disebabkan dia punya prektis tanpa henti setelah bertahun lamanya,  hasil lukisan Séraphine tersangat bagus sekarang.

Dia pi cari Séraphine dan menjadi agen kepada Séraphine.  Sejak itu,  hidup Séraphine pun berubah.  Dia tak perlu pi basuh baju rumah orang dah.  Dia pun dah tua.  Dia dapat steady income yang agak besar hasil daripada penjualan lukisannya.

Séraphine jadi seronok gila.  Dia siap sewa bilik yang lebih besar,  beli perkakas rumah semua,  beli gaun pengantin dan plan nak beli rumah agam.  Tapi tak sempat dia nak beli rumah agam tu,  berlaku kemelesetan ekonomi yang amat teruk iaitu The Great Depression.  So,  Uhde dah tak boleh jual lukisan Séraphine.

Séraphine jadi gila.  Dia dimasukkan ke hospital gila.  Dan sampai last,  dia pun meninggal dunia seorang diri di hospital gila dan dikebumikan macam orang biasa.


Frida Kahlo

Dah lama nak tengok filem lakonan Salma Hayek ni.  I never know who is Frida.  Tapi memang nak tengok sangat filem ni sebab Salma Hayek make up buat kening sambung (uni brow).  Rasa macam sempoi sangat.  See this movie  :  Frida












Frida ni dari kecik memang macam boyish sikit.  Satu hari masa balik sekolah,  dia eksiden. Eksiden teruk sampai dia tak boleh jalan untuk beberapa bulan.  So dia duduk atas katil sahaja. Tapi masa duduk atas katil tu,  dia tak duduk sengap,  hari hari dia melukis.

Lepas beberapa bulan,  dia usaha dan kuatkan diri dia sampai dia boleh berjalan balik.  Lepas tu,  dia bercinta dan akhirnya berkahwin dengan seorang pelukis yang terkenal di Mexico.  Perkahwinan depa sangat 'unik'.  Frida 'membenarkan' suami dia ada affair dengan perempuan lain,  and suami dia juga 'membenarkan' Frida menjalinkan hubungan dengan wanita-wanita lain.  Yes,  Frida seorang bisexual.

Banyak kisah-kisah kecil yang dikisahkan dalam filem ini.  Tapi disusun daripada awal hidup sampai Frida menghembuskan nafas terakhir.  Dan lepas tengok memang rasa sangat respek gila kat perempuan ni.  Pegangan hidup kita,  cara dia bawa diri dia,  bukan nak suruh kita contohi dia ka apa ka,  tapi pokoknya,  apa pun yang kita nak buat dalam hidup kita,  kalau kita teguhkan pendirian kita dan kita pegang pendirian tu kuat kuat,  mesti kita akan dapat apa yang kita nak.

Sebagai seorang seniman,  keberanian Frida patut kita contohi.  Seorang seniman dia kena berani,  dia tak boleh hidup dalam akuarium.  Dia kena release diri dia sendiri supaya hasil seni dia memang orang kata akan hanyut sampai ke laut, dan menjadi inspirasi kepada orang-orang macam kita yang duk jadi macam ikan emas dalam akuarium bulat.  Hari hari tengok saja orang lain buat apa semua macam-macam.  Kita tengok sahaja.


Coco Chanel

Sapa tak kenai?  Coco Chanel,  fashion designer dan juga founder jenama fesyen Chanel.  Filem biography yang i tengok mengenai Coco Chanel adalah Coco Before Chanel.  Dalam bahasa Perancis.  


Nama betul dia ialah Gabrielle Bonheur Chanel,  tapi nama timangan dia Coco.  Dia kerja sebagai penyanyi  di sebuah kelab malam.  Dari situ,  dia kenal dengan lelaki high-high class ni semua.  Dia bercampur dengan depa.  Tapi dia tak perlu berpura-pura feeling ladies,  impress lelaki dengan baju seksi-seksi ka apa semua,  dia sangat out going dan free.  Maybe sebab itu,  lelaki amat tertarik dengan dia.

Dia boleh menjahit and pernah bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai baju.  So,  bila duduk dengan boifren-boifren bangsawan dia ni semua,  dia tak akan pakai baju macam perempuan lain pada era tu.  Lace seluruh badan,  eksesori penuh dada,  topi besak siap dengan bulu balutan kain dan bunga pokok hutan semua,  sarung tangan dan of course corset.


Coco tak suka tu semua.  Dia akan amik baju boifren dia,  and alter bagi jadi BAJU STYLE DIA.  Yang selalunya lebih liberal (sebab tak perlu ikut bentuk badan),  lebih selesa dan paling penting simple.  Inspirasi daripada pakaian nelayan,  dia mulakan dulu memakai shirt lengan panjang berbelang ala-ala sailor.

Coco Chanel tak pernah berkahwin.  Dia dedicate life dia betul-betul untuk hasil seni dia.  Seni rekaan fesyen dia buat sebab berjaya mengubah dunia.  Sampai sekarang,  falsafah fesyen Coco Chanel membayangi kesemua rekaan fesyen masa kini.  Hingga selamanya.


Coco Chanel's Legacy as designer

Chanel fabric

Chanel Babushka headscarf


The Chanel Suit


The Little Black Dress

Chanel's Camellia



Chanel Vintage Jewelry  


The Chanel bag




3 comments:

  1. me watch filem psl coco chanel tu waktu gsc buat festival filem french few years back n mmg terinspire smpi p PAC utk ptd pun waktu kn free speech i ckp psl filem ni haha

    ReplyDelete
  2. dear jumie..
    saya mula membaca semua entri jumie sejak pertama kali baca kisah Asmaa dan Abderrahman
    penulisan yg sempoi dan buat saya senyum sendiri

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...