31.8.14

Sumbangan Kerja Amal melalui Islamic Charity Society Penang

Islamic Charity Society Penang atau singkatannya ICS merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang berdaftar pada 20 Februari 2012 dengan no. siri pendaftaran 0415-12-PPG. Sejak ditubuhkan, pelbagai aktiviti kebajikan telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya seperti bantuan berterusan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, OKU, pesakit kronik, mualaf miskin, gelandangan, bantuan kepada mangsa kebakaran dan bencana alam bagi mengeluarkan mereka daripada belenggu kesusahan dan paling kurang dapat meringankan bebanan yang mereka hadapi secara istiqamah dan sistematik In syaa ALLAH.  Bantuan yang diberikan ini tidak mengira latar belakang agama dan bangsa.



Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah seperti bantun bulanan, bantuan ‘one off’, bantuan perniagaan, bantuan pakaian, kelengkapan rumah, membaiki rumah, bantuan makanan, bantuan kelengkapan perubatan, bantuan pendidikan, bantuan khidmat nasihat dan lain-lain lagi.

ICS mengunakan pendekatan mencari dan membantu mereka yang didalam kesusahan walaupun terpaksa meredah jalan sukar. Ini kerana kami amat prihatin terhadap penderitaan segelintir masyarakat yang masih memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan yang normal. ICS akan terus berusaha melakukan yang terbaik demi berkhidmat kepada masyarakat selari dengan anjuran Islam. In syaa ALLAH.

Selaku sebuah NGO, ICS menerima sebarang bentuk sumbangan daripada saudara saudari sekalian bagi menjayakan lagi usaha yang sedang kami jalankan. Sumbangan anda amat bermakna buat mereka yang didalam kesusahan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank rasmi ICS seperti berikut:

Maybank Islamic. 
(Cawangan Sungai Pinang, Pulau Pinang) 
No. Akaun : 557438500665 
Atas nama : Islamic Charity Society Penang. 

Ataupun melalui cek dan wang pos atas nama Islamic Charity Society Penang dan diposkan ke alamat seperti berikut  :

Islamic Charity Society Penang
35 Tingkat 1,
Lebuh Buckingham,
10200 Georgetown,
Pulau Pinang.



Sebarang pertanyaan sila hubunggi kami melalui no telefon:

Pejabat : +604-261 4246
Pengerusi : +6012-529 0762
e-Mail : ics2012.penang@gmail.com


Untuk mengikuti perkembangan aktiviti kami sila Like Fanpage facebook kami : IslamicCharitySociety dan layari laman web kami: www.icspenang.com

ICS juga mempunyai beberapa rancangan masadepan yang penting seperti menubuhkan rumah kebajikan warga tua, OKU, rumah transit kepada ibu tunggal yang memerlukan dan rumah pelindungan kanak-kanak terbiar, terabai serta yatim piatu. Mudahan ALLAH SWT memberi kejayaan kepada kita semua di dunia dan akhirat.











Gambar dari Facebook Islamic Charity Society

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...