5.8.14

Things Happen For A Reason


Ampa ambil masa dan baca artikel ini. 

Click read more for ulasan



Sapa dah baca artikel kat atas ni.  Its a simple artikel yang dikongsikan dalam surat khabar Star pada 4 Ogos 2014.  Kisah kisah simple yang dikongsikan oleh Pola Singh dari Kuala Lumpur ini memberikan satu tamparan di bahu kita seolah memujuk kita untuk berhenti bersedih,  berhenti merungut dan sudah-sudahlah menyalahkan orang lain atas apa yang telah berlaku dalam hidup kita.  Kecil atau besar,  semua ini berlaku atas sebabnya. 

Sebagai orang Islam,  kita berikrar untuk beriman kepada qada dan qadar. Kepada rakan non-Muslim,  kalian boleh baca di sini.  Predestination in Islam.  

Saya sangat setuju dengan kata-kata Encik Pola,  apabila sesuatu yang besar berlaku dalam hidup kita.  Kita jadi sedih dan marah pada masa yang sama. Malah pelbagai elemen emosi negative lain turut berkecamuk dalam hati kita.  But,  instead of menyekat perasaan negative itu terus berkecamuk dalam jiwa kita,  Encik Pola memberikan sinar harapan bahawa perasaan negative ini sebenarnya adalah baik kerana ia boleh dijadikan permulaan kepada sesuatu yang POSITIVE.

Banyak contoh kisah yang beliau kongsikan kepada kita melalui artikel ini.  

Mungkin kalian juga ada kisah sendiri.

Thank you En.  Pola sebab bagi saya tamparan manja di bahu saya hari ini.  Its okay untuk aku jadi marah,  sedih dan tidak boleh berhenti menangis.  Aku menangis bukan sebab aku lemah dan bukan sebab aku mengalah.  Aku menangis sebab aku ingin buang segala kepahitan dalam hati aku.  Dan bila semua kepahitan itu hilang, yang tinggal dalam hati ini hanya kemanisan.  Insya Allah.

ps/  Allah takkan duga hambanya yang lemah.  

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...