5.9.14

Kebodohan atau Ignorance

Rasa amat sedih apabila terbaca kisah yang dikongsikan semalam dalam laman-laman sosial mengenai seorang anak muda yang meluahkan rasa tidak puas hati beliau dan memperlekehkan UiTM,  sebuah institusi pengajian tinggi awam yang menerima beliau sebagai pelajar tahun baru bagi pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan.

Melalui laman twitter beliau, anak mudah yang dikenali dengan nama ID @mieruuzairis menulis beberapa luahan seperti berikut :

"Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i'll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!"

"None of the universities in Malaysia can beat UiTM's MDS when it comes to silly slot and wasting time"





Click read more



Melalui bacaan yang saya sempat lihat dalam University News Capital,  ramai pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati mengenai perkara ini. Seorang pegawai HEP UiTM yang ditemu ramah oleh UNC menjelaskan bahawa keadaan kursus terkawal dan sentiasa mendapat perhatian Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Dia juga berharap agar pelajar itu digugurkan kerana terlalu bersikap angkuh dan sombong selain berpotensi memalukan UiTM pada masa akan datang.


  1. Kebodohan anak-anak muda zaman kini yang suka membuat status,  paparan gambar dan video mengenai pendapat mereka di laman sosial selalu menjadi buah bicara rakyat Malaysia. Antara kejadian yang saya ingat adalah,  budak perempuan yang luah perasaan cinta dia lepas baru seminggu couple,  awek Legoland,  2 budak lelaki gay yang berkongsi gambar depa cium-cium,  baru baru ini komen seorang budak perempuan yang bagitau dia tidak suka dengan orang yang bercakap dalam bahasa Utara (Kedah) kerana dianggap bunyi loghat itu terlalu kampung dan menggelikan and now this.

    Ada banyak lagi paparan lain yang menarik perhatian rakyat Malaysia.

    Kita sebagai pemerhati,  apa kita buat?

    Kita tengok,  gelak,  marah,  komen sedikit sebanyak.  Shared dalam Facebook / Twitter.  And kalau ada yang terlebih rajin,  buat video parody.  And lepas semua kegilaan ini terhenti,  kita semua lupakan semua kejadian ini.

    Why?  Sebab ini hanya kisah anak-anak muda yang tidak matang dan mereka hanya melakukan kesilapan kecil yang dulunya,  masa kita muda,  kita pun buat benda yang sama.  That's it.

  2. UiTM dan semua IPTA di Malaysia adalah pusat institusi pengajian tinggi yang disediakan oleh kerajaan kita untuk membantu anak Malaysia yang berkelayakan untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.  Kos pengajian di IPTA disubsidi oleh kerajaan lebih kurang 78% (on average).  Contohnya,  sekiranya kos sebenar sebuah pengajian bagi satu semester adalah RM9000,  seorang pelajar itu hanya perlu bayar RM1500-RM2000 sahaja daripada kos sebenar.

    Saya pernah melawat universiti awam di Singapura tahun lepas,  memang TERPANA melihat kecanggihan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti untuk para pelajar.  Tapi kos mereka?  Lebih kurang RM20 000 bagi satu semester.  Kerajaan Singapura tanggung 50% daripada kos sebenar,  dan pelajar (kerakyatan Singapura) hanya perlu selesaikan bayaran baki.  Tapi tawaran ini untuk pelajar Singapura sahaja.  Pelajar luar negara tidak mendapat kelebihan ini.

    Kumpulan kami yang membuat lawatan ketiga-tiga universiti di Kota Singa ini memang rasa amatlah KECIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK kalau nak banding dengan depa.  Kemudahan depa,  teknologi,  sistem depa......semuanya amatlah berbeza.  Tapi tidak adil untuk kami compare mereka dengan diri kami.

    Boleh baca catatan saya ke beberapa universiti di Singapura seperti berikut  :

    My Trip To Singapore 2013 : National University of Singapore

    My Trip To Singapore 2013 : Singapore Management University

    My Trip To Singapore 2013 : Nanyang Technology University


  3. Mungkin untuk pelajar Malaysia yang datang dari latar belakang keluarga yang berkemampuan,  pilihan ada di tangan tuan/puan,  banyak IPTS di Malaysia yang mempunyai akreditasi daripada MQA (Malaysian Qualifications Agency). Kerana bagi saya, asasnya tertubuh universiti awam adalah usaha kerajaan untuk membantu anak muda dari golongan marhaen untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.  Tetapi,  lately saya tidak pasti bagaimana pilihan kemasukan pelajar ini dibuat.

    Saya sendiri berbicara dengan beberapa pelajar dari kaum minoriti (bukan Melayu,  Cina atau India) di Malaysia ini,  yang mana anak-anak mereka mendapat keputusan STPM PNGK 4.00 tapi tidak mendapat mana mana tawaran di IPTA di Malaysia ini mahupun untuk pengajian diploma.  Para pelajar ini merupakan pelajar dari keluarga kelas pertengahan di  Malaysia.

    Mendengar luahan mereka,  saya rasa amatlah sedih.  Mereka juga rakyat Malaysia.  Anak muda ini baru berusia 17 tahun.  Dia terpaksa tanggung perasaan sedih ini.  Setelah berusaha berhempas pulas untuk dapat keputusan yang baik,  harapan dia berkecai ibarat kaca yang terhempas ke lantai.  Nak buat macam mana lagi?  Sekarang dia sedang berusaha untuk mendapatkan biasiswa daripada pihak swasta dan badan korporat untuk membiayai pengajiannya yang akan disambung dalam IPTS.

    Sedangkan anak Melayu,  yang mendapat kelebihan yang terangnya tidak diterima oleh anak kaum lain,  memperlekehkan apa yang dia dapat.

  4. Saya harap ibu bapa dan juga para pendidik yang membaca catatan saya ini,  gunakanlah kejadian ini untuk mengajak anak-anak kita semua untuk meletakkan hidup yang dimiliki ini dalam satu perspektif yang berbeza.  Selain memberikan kemudahan dan kemewahan fizikal kepada anak-anak,  jangan lupa untuk kayakan hati mereka dengan semangat rohani yang baik.  Saya percaya,  anak-anak yang 'kaya' dari dalam adalah anak-anak yang akan membesar menjadi insan yang lebih kuat pada masa hadapan.

    Mohon ubah juga mentaliti kita sebagai ibu bapa dan pendidik,  segulung ijazah juga tidak bermakna kalau sifat manusia itu sendiri telah hilang.

    Kepada yang duk sibuk sambung study semua bagai ni,  ampa pun kena pikiak sama.  Jangan sambung PPJJJ hanya sebab nak berangan esok lusa nak jadi pegawai "I sekarang dah ada degree.  Lepas ni I dah tak kerja macam ni dah.  I jadi pegawai," Saya cemburu tengok kawan-kawan saya yang sekarang sudah ada ijazah dan sarjana,  tapi saya bersyukur walaupun tak ada ijazah tapi saya ada banyak bakat dan pengalaman yang tidak memerlukan sebarang kertas sebagai pengiktirafan.

    Saya memang nak sambung pengajian.  Tapi saya nak belajar bukan sebab nak jadi pegawai besar esok lusa.  Saya nak sambung belajar kerana saya nak tambah ilmu pengetahuan dalam dada.  Bukan untuk dibanggakan,  hanya satu keperluan yang perlu diisi dalam hati setiap insan bernama manusia.  

  5. Sudah masanya juga ibu bapa dan guru,  memberikan panduan dan menanam kesedaran kepada anak-anak tentang kebaikan dan keburukan media sosial. Sejak aku di sekolah rendah (tahun 90an) aku disuruh oleh cikgu untuk menulis karangan tentang DUNIA TANPA SEMPADAN.   Sampailah sekolah menengah,  topik itu menjadi antara soalan hangat dalam penulisan esei bagi peperiksaan akhir.  Banyak fakta kebaikan dan keburukan yang dibahaskan,  internet adalah bicara utama.

    Tapi kenapa dah masuk 2014, kita seolah-olah tak ambil apa iktibar mengenai perkara ini? Menteri pun masih lagi keluar statement "“WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER” masa German menang World Cup 2014.

  6. Saya menyokong cadangan agar pelajar ini digugurkan daripada pengajian beliau dan peluang 'tempat kosong' nya diberikan kepada insan yang lebih layak.  Kebodohan dan ignorance,  kalau digabungkan akan membuatkan sesuatu itu menjadi amat buruk sekali

Yang benar,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. Saya pun belajar kerana Allah swt.belajar juga satu jihad.apa yg kita buat dikira ibadah selagi tak bertentangan dengan hukumnya. Kualiti ipta mmg sgt bagus compare ipts.ada juga ipts yg bagus tapi segelintir.nih pun berdasarkan pengalaman sekangkang kera mengajar di beberapa ipts

    ReplyDelete
  2. Kalau first week dah tak tahan, pergilah ke tempat lain. Bagus kalau bersyukur dapat peluang sambung belajar. Bukan semua orang dapat.
    Payahlah budak2 sekarang, manja bebenar.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...