2.9.14

Salam Kemerdekaan ke 57

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak 22 Ogos 2014,  blog saya mengalami satu fenomena tsunami.  Tak pernah terbayang dalam hidup i olls ini,  blog i olls yang sebelum ini hanya dikunjungi oleh rakan taulan dan sanak saudara menjadi tatapan seluruh rakyat Malaysia yang bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh dunia.

Pada tarikh Malaysia Berkabung itu,  saya tidak berada dengan Asmaa.  Saya ada di Penang,  saya mai kerja macam biasa.  Thank you to all kawan-kawan kerja ku,  sebab semua mai kerja pakai baju warna hitam.  Satu sesi bertakafur dan berdoa diadakan di hadapan Pejabat Antarabangsa,  terima kasih kepada Dr.  Hafizal a.k.a Dr.  Pitt sebab memberikan kami ruang ini.  Dr.  Pitt siap suruh I olls bagi sepatah dua kata.

image dari https://m1.behance.net


I olls tak tau apa yang I olls kata,  tapi memang sangat okwed rasanya.  Maybe something like this "Maybe dulu,  masa kejadian MH370,  saya masih mampu tergelak melihat gelagat Raja Bomoh naik kapet zam zam  alakazam dengan buah nyiok dan bubu ikan.  Tapi kali ini..............(long pause),  bila orang tanya KENAPA GAMBAR PROFILE (Facebook) warna hitam? Pun,  boleh buat saya terasa"

Saya tak nangis kat depan kawan kawan office.  THANK GOD.

Click read more




Terima kasih kepada semua kawan-kawan semua yang sudi share around link blog saya di laman sosial dan bersama-sama meluangkan masa kalian yang amat berharga ini untuk membaca setiap coretan yang saya tulis.  Dan saya amat terharu kerana menerima banyak mesej melalui telefon,  email dan Facebook.  Dari Penang,  dari Johor,  KL,  Sabah,  Sarawak,  Acheh,  Dubai malah dari New York,  Amerika Syarikat!!

Takdak perkataan lain yang saya boleh hadiahkan kepada kalian semua yang cuba menghubungi saya selain setinggi tinggi terima kasih.  Saya baca semua mesej ampa.

Hanya Allah yang tahu perasaan I olls apabila membaca mesej-mesej ampa semua.  Kata-kata semangat dan doa baik yang ampa share untuk Asmaa memang amat bermakna untuk saya dan semua kawan-kawan.  Kami mungkin tak kenai ampa semua,  and ampa tak kenai kami,  tapi saya amat terharu sebab melalui cerita kecik saya itu,  seolah-olah kita semua dapat bersama-sama Asmaa dalam keadaan yang amat getir ini.

Saya juga amat berbangga sebab mesej-mesej yang saya dapat bukan sahaja daripada orang Melayu malah Cina,  India,  dan rakan-rakan dari bangsa dan latar belakang agama yang lain.  Menakjubkan!! Depa boleh faham bahasa Penang saya.  HAHAHAHAH.  Sebenarnya inilah cara saya menulis,  inilah cara saya bercakap.  Kalau ada jodoh kita jumpa,  macam mana ampa baca catatan aku,  macam nila aku bercakap.  Ampa mesti akan teruja tengok aku ni,  muka style Venezuela semua,  tapi cakap Penang.  HAHAHAH

Sekali lagi,  thank you so much untuk ampa semua.  Salam Kemerdekaan yang ke 57.  Tahun ini,  kemerdekaan kita sambut dengan penuh sayu.  Tapi deep down,  aku rasa,  kita lebih bersatu dalam suasana yang amat sukar ini.

ps/  Ramai yang mintak saya update banyak lagi kisah 'Abderrahman and Asmaa,  tapi nak bagitau mai,  sampai lani saya tak jumpa Asmaa lagi.  Biaklah bagi dia settle semua kerja kerja dia,  bagi dia rehat secukupnya,  nanti saya jumpa dia.  And kalau dia izinkan,  seperti mana dia izinkan saya menulis catatan Rindu Awak Berjuta Juta Persen,  saya akan share untuk ampa semua okay.

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. *clap2* congrats kak jumie! blog akak menjadi satu fenomena tapi in a good way..lagi ramai yang membaca, lagi banyak doa akan diberikan kepada kak Asmaa, Abderrahman and seluruh ahli keluarga and rakan-rakan mangsa MH17..saya juga sokong! sambutan merdeka tahun nie paling terbaik kerana.. eventhough in a sad way tapi Malaysia bersatu..you go kak Jumie!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...