19.9.14

Saloma by Melissa Saila

Pengenalan

Tayangan istimewa Saloma di Astro First telah bermula sejak 28 Ogos 2014.  Tapi disebabkan oleh kerana tiada kelapangan,  baru dua tiga hari lepas aku berpeluang untuk menonton cerita ini.  Sejak tayangan bermula,  ramai kawan-kawan sudah menitip pujian di telinga aku untuk pergi beli tayangan Saloma di Astro First membuatkan aku rasa begitu tidak sabar.

Jemput baca komen ringkas dari saya.




click read more


Lakonan dan Casting
Saya sangat berpuas hati dengan semua lakonan yang dipersembahan dalam cerita ini.

Untuk Nabila Huda,  saya berikan tanda hormat yang tinggi atas hasil kerja beliau.  Bukan senang nak pegang watak yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia.  Tapi,  bakat beliau memang tidak dapat disangkal lagi.  Sangat suka cara beliau bercakap seolah-olah sedang melihat Saloma sendiri sedang berucap.  Dia rendahkan suara agar sama laras dengan cara Saloma yang mempunyai suara yang jelas,  rendah dan strong.  Suara seorang penyanyi.  Cuma gaya lip-sync beliau yang masih belum kejab.  Kena belajar dengan kakak-kakak drag show baru leh buat lip-sync yang cantek.  Tapi overall,  Nabila Huda telah membuatkan saya sayang pada Saloma.



Pujian tinggi juga harus diberikan kepada pemegang watak P Ramlee iaitu Tony Eusoff yang sangat bersahaja dan tidak terlalu over telah mencantikkan lagi lakonan Nabila Huda yang memegang watak utama iaitu sebagai Saloma.


Pujian paling tinggi saya bagi kepada Azhan yang memegang watak AR Tompel.  Dengan pasung gigi palsu,  ketinggian dan juga cara percakapan,  aku duk gelak berguling-guling duk rasa macam AR Tompel dah hidup semula membuat lawak kat kita walaupun dalam keadaan kisah hidup sebenar.  Dia betul-betul buat research untuk pegang watak ini.


Photo courtesy / www.medialah.com


Juga kepada pelakon kanak-kanak yang memegang watak Saloma semasa kecil,  ya Allah cute gila adik tu cakap macam orang dulu-dulu.  Saya sangat suka lakonan beliau.  Petah sungguh dia bercakap.

Kepada barisan produksi semuanya,  saya amat puji dengan pemilihan para pelakon yang saya rasa semuanya amat tepat sekali. Sazzy Falak, Julie Ziegler, Sharifah Amani, Lydiawati, Hasnul Rahmat dan ramai lagi memang bagus sekali.  Lakonan tu memang sah-sah lah bagus,  tapi rupa wajah depa juga lengkap dengan make up effect dan costume memang meletops sekali.

Oh ya,  juga kepada para pelakon sampingan dalam cerita ini.  HAHAHAHAHAHA tak sangka sungguh ramai kawan-kawan I olls ada dalam ni.  Depa ni semua memang penggiat teater kat USM.  Paling bangga apabila melihat Azhar Jalil,  my sifu,  my brother.



Costume dan Gaya Solekan
Memang sangat suka tengok semua penggayaan rambut,  solekan dan juga costume dalam cerita ini.  Mak I pernah kata,  Saloma punya fesyen dulu memang meletops.  Orang lain tak pakai,  dia pakai dulu.  Tapi dalam banyak-banyak baju yang digayakan oleh watak Saloma dalam cerita ini,  paling I olls suka adalah dress putih longgar ala-ala toga dengan kain songket terlilit di pergelangan tangan.  Siriesly,  classy gila!!  Kepada team make up artist,  hair stylist dan juga pereka costumer,  NORA BAGI 4 JUTA BINTANG!!





Sinematografi
Penang menjadi lokasi utama penggambaran cerita ini.  Pemilihan lokasi dan juga focus pada screen juga dilakukan dengan amat berhati hati agar latar belakang 50an- 60an menjadi lebih jelas.  Tahniah kepada pengarah dan semua produksi seni.



Nyanyian dan Lagu
Nyanyian semula orang Liza Hanim memang sangat sedap.  Liza Hanim pernah berlakon sebagai Saloma dalam persembahan teater muzikal.





Kesimpulan  

Cerita ini memang best sebab penceritaan yang simple tapi membawa kita dekat dengan Biduan Negara Saloma.  Selama ini kita sering dengar kisah P Ramlee sahaja,  tidak pernah saya mendengar kisah yang lebih terperinci mengenai Saloma.  Satu penghargaan buat insan ini dari kita semua sebagai rakyat Malaysia.  Tahniah Malissa Saila.  Teruskan martabat nama pengarah wanita!  Sempena cuti hari minggu ini,  saya amat mencadangkan u olls semua membeli Saloma di Astro First!



Bacaan lain  :


In Saloma’s shoes by KENNETH CHAW

Nantikan...Saloma di Astro First Eksklusif

Saloma remembered

4 comments:

  1. dah tengok. sangat best. agree with u jumie. lakonan semua actor/actress saloma biopic ni memang superb.

    ReplyDelete
  2. baru je tengok semalam... part 2 banyak babak yang sedih esp. scene P.Ramlee meninggal dan lepas tu Saloma menangis lepas baca paper.. tgk the making of Saloma haritu Malissa Saila kata itu kejadian betul2 berlaku..
    overall sedih sangat cerita tu.. Kak Jah bagi 5 Bintanggggg!!! :))

    ReplyDelete
  3. Memang best! Tengok berkali2 pun x jemuuu... Yes betul semua watak yg jumie ckp tu sama dlm my list jugak, mmg diorg hebat, dan yg lain2 pun hebat jugak...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...