16.9.14

Saya Yang Paling Beruntung

Sudah hampir 1 bulan artikel saya "Rindu Awak Berjuta-Juta Persen" diterbitkan dalam blog saya.  Memang dari dulu saya suka menulis cerita dan dimasukkan dalam blog saya yang sendu ini.  Macam diari.  Tapi diari yang semua kawan-kawan boleh baca.  Kalau sapa-sapa kenai saya personal,  saya ni memang 'BANYAK CERITA' (banyak cakap).  Dari zaman sekolah sampai lani dah nak tua.

Tapi pengalaman dengan Asmaa memang amat besar dalam hidup saya.  Memang saya kena tulis dalam diari saya ini.  Tapi dalam hati,  perasaan memang ada macam takut dan tak yakin.  Satgi Asmaa tak suka pulak.  Ish,  takpalah,  kali ni aku tulis,  kalau Asmaa tak suka,  aku simpan untuk bacaan aku,  Asmaa,  Nonie dan Aishah sajia.  Kerana seikhlasnya,  inilah satu-satunya yang dapat aku hadiahkan untuk Asmaa.  Catatan aku,  Nonie,  Aishah dan kawan-kawan semua sebagai adik-beradik yang kami pilih.




Malam itu,  bila idea sampai,  aku bersengkang mata menulis cerita Asmaa.  Aku paksa suami aku untuk teman aku menulis sepanjang malam.  Takut nak stay up sorang-sorang.  Satgi orang mai ketuk tingkap ka malam-malam bagi Salam.

Artikel tersebut diterbitkan pada 22 Ogos 2014 jam 7.00 pagi.  Kawan-kawan Facebook,  kawan-kawan blog dan juga kawan-kawan USM,  adik beradik saya semua duk tunggu dah cerita tu. Saya pun excited nak share dengan depa.  Dipendekkan cerita,  nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pada hari hari biasa orang akan baca blog aku dalam 3000-4000 hit sehari.  So far paling tinggi aku catat dalam satu hari adalah sebanyak 8000 hit,  sebab aku share gambar-gambar wedding Rozita Che Wan.  Tapi bila aku post cerita "Rindu Awak Berjuta Juta Persen" teka berapa hit masuk dalam blog aku pada hari itu?

202,807 hit

GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.  Sekali nenjia.......sampai New York pun bacia blog aku.  Siriesly memang tak expect sampai tsunami pembaca.

Tak cukup itu juga,  cerita saya juga diplagiat masuk dalam laman website popular tanpa kebenaran saya.  Saya memang amat sedih apabila benda tu terjadi.  Saya sedih bukan sebab depa tak amik kebenaran dari saya,  tapi saya sedih kerana apabila membaca komen dan pendapat negative daripada para pembaca yang tak mengenali saya.

Yala u olls,  kalau saya yang share,  kalau saya sendiri yang kongsikan dalam Facebook saya dan Twitter saya,  maka saya tau siapa yang sedang membacanya.  Saya tau siapa yang kongsikan.  Dan mereka yang membaca blog saya tau....SAYA ADA DI SITU.  Makanya apabila artikel saya diplagiat dalam blog dan laman web berkenaan,  orang orang diluar sana tidak kenal saya siapa.  Maka pelbagai komen negative,  tohmahan dan juga fitnah yang saya sempat terbaca.

Sedih u olls.  Sebab itu saya mintak pihak pihak berkenaan buang sahaja apa yang telah dikongsikan itu.  Alhamdulillah,  mereka padamkan semua kandungan tersebut dalam website depa termasuk dengan semua komen-komen negative itu.

Sebenarnya I olls buat catatan ini adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga tersangat sangat kepada semua rakyat Malaysia yang duk mesej saya dan dari 22 Ogos sampai la hari ni.  Memang saya amat terharu sampai lani pun kalian semua duk mesej I olls tak berenti lagi.  Ada yang saya dah balaih dan ada yang I olls tak sempat nak balaih.

Dan saya catatkan penulisan ini pada malam ini untuk kalian semua adalah untuk bagitau tiga soalan utama yang sering kalian tanya.

Soalan 1  : Apa habak Asmaa dan Abderrahman?

Jawapannya  :  Alhamdulillah depa dua beranak okay.  Dikelilingi oleh insan-insan yang baik yang selalu sayang dan lindungi depa.  Baik dari pihak keluarga Asmaa dan keluarga Arwah Kimi juga.  Semua jaga Asmaa dan Abderrahman dengan baik.

Soalan 2  :  Boleh dak sekali sekala updatelah pasai Asmaa dan Abderrahman?

Jawapannya  :  Insya Allah kalau diizinkan saya akan share.  Tapi lani memang takdak apa nak share sebab I olls dan Asmaa pun dah nak masuk 2 bulan tak jumpa.  Kami duk mesej dalam Wassap sahaja.  Pastu ada la sekali tu Asmaa call.  Kita tak berani nak kacau dia sangat.  Dia ada banyak urusan nak bagi settle.

Oleh itu,  saya harap ampa janganla marah dan berasa kecewa apabila I olls tak update apa apa kat blog tentang Asmaa dan Abderrahman.  Saya mintak mahap la kalau ada pihak yang masuk blog saya ni dengan harapan nak baca macam-macam update pasai Asmaa dan Abderrahman.  Saya tak mau nak reka-reka cerita sekadar nak amik kesempatan atas peristiwa ini and at the same time saya rasa lebih baik bagi ruang yang secukupnya untuk beliau dan keluarga.

Blog saya kena teruskan.  Saya teruskan macam biasa.  Kalau sapa-sapa yang tak kenal saya sebelum ni,  marilah kita berkenalan.  Blog saya ada macam-macam.  Kami kat sini suka cerita gelak-gelak,  lawak-lawak,  cerita semasa,  cerita orang perempuan,  cerita orang lelaki.  Kalau tak cukup,  boleh mesej saya kat Facebook or Gmail.

Asmaa dan family dah teruskan hidup mereka.  Pasai pa kita pula perlu masih menangis setiap hari mengenang apa yang sudah lepas?  Bukankah lebih baik kita terus berdoa yang baik baik untuk Kimi dan kita semua?

Saya hentikan di sini.  Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua.  Terima kasih kepada semua yang mesej kat saya.

Ampa semua duk kata,  Asmaa sangat beruntung sebab ada kawan macam saya.  Siriesly?  Saya rasa saya yang beruntung ada kawan macam Asmaa.  Sebab melalui Asmaa,  Allah temukan kita semua hari ini.

ps/  Setelah beberapa minggu artikel ini diterbitkan,  Asmaa ambil sedikit masa untuk baca dan dia email kat I  ""Jumie...naisssssssssssssssssss...ilevyu...u no i olweiswilll"  maksudnya JUMIE,  NICEEEEEEEEEE,  I LOVE YOU. YOU KNOW I ALWAYS WILL


Peace out.

Jumie Samsudin

11 comments:

  1. Thumbs up kak jumie.. :-) (pengikut setia nih..bila nk buat award?hahaha)

    ReplyDelete
  2. Salam j umie. .I pun dah jadik pengunjung setia blog u since 22 Aug. I org KL but skang dah settle down in Toronto, Canada. I am kinda liking your blog coz of good info n very lay back . Insyaallah will continue visiting your blog..salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOWWWWW....terima kasih. Nak mintak mapel syrup 1 botolllllll ;p

      Delete
    2. Saya pun nak mapel sirap sebotoi gak.. hehehe

      Delete
  3. terbaikla Jumie...sambil story sambil tambah kawan & rapatkan hubungan...terbaikkk

    ReplyDelete
  4. hi Jumie..me antara yg hit sampai 202807..then sejak itu..hari2 dok follow blog ni..bagus..bahsa santai & relaks..

    ReplyDelete
  5. salam.... saya dulu nasib2 je blog hop ke blog jumie ni. tp tak ingat bile, b4 22 aug kot sy add dlm blog list saya. tp citer pasal asmaa tu mmg saya rasa dekat sgt dgn dia. padahal tak kenal pun jumie. hehe... semoga asmaa dan abderrahman bahagia, Insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..terbaek! part last tu lawak k..you 2 friends are so funneh (baca ngan nada gadis-gadis bimbo)..kak Jumie untung, Kak Asmaa pun untung..both also untung...life is like a box of chocolate (tak pasal-pasal..teka laa cerita apa?)

    ReplyDelete
  7. terbaiklah jumie...beruntung asmaa & abderrahman ada jumie di kala susah & senang...semoga hubungan kalian hingga ke jannah...amin...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...