2.9.14

Stand Up Comedy Bahasa Melayu Pertama Kat Penang

Pada 25 Ogos yang lalu,  Tomato Performing Arts Academy dengan kerjasama Persatuan Teater Resdong's telah berjaya menganjurkan persembahan stand up comedy dalam Bahasa Melayu pertama di Penang.  Menampilkan Dekan Tomato PAA,  Encik Abu Mamu sebagai Emcee dan Shazli Ekzos,  Daniel Baywalk dan juga Ajo Mamu.

Inilah kali pertama I olls menonton stand up comedy secara live.  Sebelum ini hanya tonton melalui kaca TV dan juga internet.  Memang keterujaan itu amatlah terserlah.  I have no expectation,  cuma nak enjoi sahaja.  Lately,  memang I olls melalui hari hari yang susah.  Dan I olls berharap persembahan malam itu dapat membawa I olls ke alam yang I olls paling suka iaitu alam gelak ketawa.

And yes,  memang itu yang I olls dapat.


click read more

Pertama,  persembahan daripada Shazli Ekzos.  Ini adalah kali pertama beliau beraksi atas pentas stand up comedy.  Dia membawa kisah mengendap.  Pada mulanya,  dia nampak yakin.  Tapi setelah beberapa kali mendapat sedikit gangguan daripada para penonton yang datang dalam kalangan kawan-kawan,  nampak Shazli agak lari dari focus utama iaitu membuat lawak.  Tapi dia nampak tenang dan teruskan show,  akhirnya dia berjaya membuat satu studio ketawa lagi.  Aksi Shazli membuat gaya sabun dengan kain pelekat memanglah tidak dapat menahan sapa-sapa pun dari ketawa.

Kedua,  kita ada Daniel Baywalk.  Daniel ni anak ayam I.  Dia membawa kisah seluar dalam.  Macam Shazli,  dia juga first time buat stand up comedy.  Dia pun ada gangguan juga pada mulanya.  Dan disebabkan itu,  dia punya cerita macam berceramok sikit.  Tapi takpa,  sebab itulah dia nampak lebih lawak.  Bagi I,  I sangat setuju apabila depa kata muka dia nampak macam kepala ko**.  Daniel,  aku nak tengok hang buat show lagi.  Cerita la pasai hang zaman hip hop dengan Cucok.  HAHAHAH

Ketiga,  Ajo.  Dia dari awal duk duduk sebelah aku masa kawan-kawan lain duk buat show.  Dia relaks ja duduk sebelah and duk tengok apa sahaja yang berlaku sepanjang persembahan berlangsung.  Ada dua tiga kali dia terkalih tengok aku sebab aku gelak kuat sangat.  Bila dia naik pentas,  dia telah berjaya menaikkan graf ketawa dengan tahap yang tinggi dan me-maintain graf naik itu sampai akhir persembahan.  Menggunakan pengalaman beliau dalam persembahan-persembahan sebelum ini,  for me,  Ajo memang betul-betul tau macam mana nak menggunakan rumusan yang betul untuk menjadi pelawak stand up comedy.  Ada beberapa lawak yang Ajo bawak adalah lawak-lawak yang kita selalu baca dalam ruang Cerita Lawak dalam majalah Mastika,  tapi tak mengapa.  I tetap gelak.  Malah ada satu pasangan India yang duduk depan I pun duk gelak berdekah.  Especially the lady.


From left Shazli Ekzos, Abu Mamu, Ajo Mamu dan Daniel. Gambar dari IG @abumamu

Ni Wawa Sendu.  Dia teman I malam ni.  :)


Wawa kata "Hang tarik sikit perut hang...."



Harapan I olls,  agar Tomato Performing Arts Academy akan terus membuat persembahan Stand Up Comedy ini.  Kerana bagi I,  pentas stand up comedy adalah lebih 'jantan'.  Tidak seperti pentas Raja Lawak di televisyen,  pentas ini memberi peluang kepada bakat tempatan untuk memerah idea dan menjadi lebih berani untuk menampilkan hasil persembahan yang lebih 'tajam' bukan sahaja dari segi showmanship tapi pengisiannya.  

Persetankan walhal studio yang nampak macam sarang dadah,  waktu start show,  penonton 18 tahun ke bawah,  pengisian 18 SX dan lain-lain kisah kecik itu yang rasanya u olls boleh ubah anytime,  I olls rasa orang Penang ready atau tidak,  persembahan seperti ini harus diadakan dengan lebih kerap.  I olls akan sentiasa sokong show ampa!!

ps/  ada dua orang budak pompuan mai amik gambar dengan I....mana wehsss gambiak kita??? Tag laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Love,

Jumie Samsudin

Bacaan lain  :  Ulasan Yang Terpulas - Lawak Berdiri Tomato by Pegawai Khalwat

Tolong like page  :  Tomato Performing Arts Academy





Yang terBARU..Projek Minggu Ini.
LAWAK TOMATO (ON DE SPOT)
bersama Mamak Chinese Look Pimai Fm, Shazli Raja Lawak & Ajo Mlawak Mega.
Tiket akan keluar mulai Rabu ini.
Untuk tempahan Call/wassap 0124410849.
Cepat book tiket anda, tempat adalah terhad.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...