10.9.14

Ulasan Fesyen Red Carpet Emmy Awards 2014 Part 2

Orait people,  

Untuk part II,  I olls telah asingkan semua dresses yang dalam rona nude dan shining. Kali ini rasanya warna-warna nude dan lembut seperti putih dan cream telah kembali menjadi kesukaan ramai.  

Jom check it out!!


Camila Alves in Zuhair Murad
Dress ini saya pilih sebagai BEST DRESS untuk Emmy Awards 2014 Red Carpet.  Perempuan meletops ini merupakan seorang model dari Brazil yang juga isteri kepada pelakon lelaki terbaik bagi Academy Award 2014, Matthew McConaughey.  I olls sangat suka dress ini sebab dia punya corak kain yang dipotong dengan baik membuatkan tubuh badan beliau menjadi lebih volapsyes.  Sah!  Tahun ini,  inilah rupa bentuk baju raya I olls.




Click read more


Allison Williams in Giambattista Valli Couture
Dress ini sangat simple tapi ada elemen playful nya.  Sesuai untuk jiwa remaja.  Perhatian untuk Elfira Loy.  Haa....dress dan style macam ni la u olls kena buat.  Baru nampak remajawati u olls.





Halle Berry In Elie Saab
Maybe ada orang yang suka.  Maybe ada yang tak suka dress ini.  Saya suka dress ini.  Dah banyak kali rasanya tengok mak ayam kertu ini menggayakan dress yang very the meleps macam ni.  Tapi tula.....colour untuk dress ini terlalu masam untuk colour kulit beliau yang tanned.




Alexandra Daddario In Reem Acra
Dress ini sangat seksiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!  Sesiapa pun bleh pakai dress macam ni tapi kalau ampa ada pelikat natural macam akak,  jangan duk feeling nak pakai macam ni.



Sofia Vergara In Roberto Cavalli
Boringla Kak Sofia ni,  semua dress red carpet dia bentuk macam ni.  Cuma colour ja lain-lain.





Lucy Liu In Zac Posen
Dress ini simple je.  Play safe u olls.  Tak kena carut.




Julianne Hough In Dsquared²
Bahagian bawah dress ini nampak macam keras.  Macam orang dulu-dulu seterika bubuh kanji lebih bagi keraih.  I dont like this dress.  Tapi suka kasut itu.  Ada tak warna kuning?  




Kate Mara In J. Mendel
Dress ini pun nampak FUN.  Elfyra Loy sila amik perhatian.  







Robin Wright In Ralph Lauren
Kerlassssssssssssss sangat suit ini.  Gila nampak tough.  Sangat suka.  Yang terbelah kot belakang tu la yang best.





Angela Bassett In Elisabetta Franchi
Mak ayam ini berusia 56 tahun.  Kau mampu??  This look is so her.  Tapi i just hope kalau make up beliau lebih tebal.  Sebab make up nude tidak sesuai untuk look ini.  





Michelle Monaghan In Giambattista Valli Couture
Dress ini sekarang ramai hijabistas duk pakai.  Cuma yang ni,  Hollywood version dia bagi tebelah ja kat kain. Sapa yang kuruih kedekiang sesuai pakai dress bentuk macam ni.  Bagi ampa nampak macam ada isi sikit.  Kena ukuran yang loose.  





Anna Chlumsky In Zac Posen
PLAY SAFE.  Next.





Joanne Froggatt In J. Mendel
Sangat suka details kerawang kat bahagian klivej dress ini.  I tak pernah tengok lagi details macam tu.  Takpalah,  tengok macam mana tahun depan ka boleh buat baju raya macam ni.  






Gwen Stefani In Atelier Versace
Dress ini sangat GWEN STEFANI.  Sangat suka bahagian depan dress ini.  Ada jaring jaring penjara macam mana ka.  Make up dia pun glam.  





Julia Roberts In Elie Saab Couture
Kerlas Kak Julia pakai dress kain ala-ala katak puru biru.  Tapi dress ini sangat meletops.  Tak ramai orang berani pakai cocktail dress untuk majlis ini.  But she rock it.  I love it.




Hayden Panettiere In Lorna Sarbu
Laaa mengandung dah mak ayam ni.  Dress ini biasa ja.  3 tahun lepas dah berlambak orang pakai.  




Amy Poehler In Theia
Memang sekarang adalah style untuk make up simple-simple ala nude gitu.  Tapi bila hang pakai baju dress penuh jigna (meghelit) macam ni,  u tak boleh pakai make up nude.  Muka u teruih nampak macam tak mandi.  


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...