10.9.14

Ulasan Fesyen Red Carpet Emmy Awards 2014 Part 1 "Orange is The New Black"

Hello u olls,

Sesi membalas semua hutang-hutang red carpet review. Hari tu ampa dah tengok dak review untuk VMA 2014? Kalau tak tengok, ampa kena pi tengok dulu. Now, jom kita tengok ulasan fesyen untuk 66th Annual Emmy Awards yang telah berlangsung pada 25 Ogos 2014 Nokia Theatre Los Angeles.

I olls pecahkan kepada beberapa posting, ikut colour. Enjois!  But first,  i olls buat section khas untuk para pelakon drama kegemaran I olls,  Orange is The New Black.  Sapa yang tak tengok lagi Orange is The New Black,  sila buat segera.


Taylor Schilling In Zuhair Murad Couture
Totally love this whole look.  Beliau nampak sungguh cantek,  muda dan segar.  Selalunya dress jenis halter ni tak berapa cantek untuk wanita takdak te@#$ tapi untuk beliau,  nampak cantek.  Suka! 7/10


Click read more





Laura Prepon In Gustavo Cadile
Lama tak tengok dress ropol-ropol ala rumpai laut ni.  Warna dress ini menaikkan warna kulit beliau yang pucat.  


Laverne Cox In Marc Bouwer
Setelah berglam-glam dalam VMA,  untuk Emmy Award beliau memilih dress ala-ala Greecian goddess gitu.  Sangat suka pilihan dress ini membuatkan beliau nampak lembut.  



Uzo Aduba in Christian Siriano
Kerlas "Crazy Eyes" kita ni dress meleret warna merah.  Kau mampu!  Sangat suka!!






Danielle Brooks in Nathaniel Paul

"Tasty" kelihatan meng-AGAMkan dalam dress ini.  Mungkin warna dress ini dan mungkin juga sebab potongan dress ini yang sedikit sendat.  




Dascha Polanco in Johanna Johnson
Dress ala-ala prom night gitu.  Dress ini cantek tapi kat tetek tu nampak macam sendat sikit la.  So dia nampak macam salah pilih size sikit.  


Samira Wiley in Christian Siriano
Dress ini simple sahaja.  Tapi warna tu bagi meletops.  Tapi kalau dia pakai subang yang ala-ala glam sikit mesti lagi kerlas.




Alysia Reiner in Alexander McQueen
Sejak A.M meninggal dunia,  i rasa koleksi terkini jenama ini makin menyusut.  Dress ini cantek tapi takdak faktor meletops.  NEXT




Madeline Brewer in Theia Pre-Fall 2013
 Watak beliau dah mati dalam OITNB.  Dress ini terlalu simple untuk beliau yang cantek rupawan.  Kalau I olls dalam badan nya,  dah lama I olls pakai kerlasss ropol ropol jatuh 7 kaki sampai kena bawak assistant tukang pegang gown.

1 comment:

  1. Kak Jumie, saya tgk Orange is the new black!. . haha. .
    Alex pkai dress ropol nampak die lagi bagak rasanya tapi pemilihan color sangat cantik dan class. betoi kak jumie kate sesuai warna kulit pucat. terkejotnya crazy eyes pakai dress lagu ni. . dalam OITNB sgt scary watak dia.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...