8.9.14

Ulasan Fesyen VMA 2014 Red Carpet

Hello u olls semua,

Seperti biasa,  (YEEEAAAA) kita akan membuat review kepada semua pakaian para retis Hollywood yang mai MTV VMA untuk tahun 2014 kali ini.  Seperti yang ampa semua tau,  untuk majlis ini,  selalunya para selebritis ini akan memakai pakaian yang glamor tapi tetap maintain santai.

Tapi kali ini,  pentas red carpet 2014 adalah sangat boriam kerana kita takdak LADY GAGA and Rihanna.  Beyonce pun dah dressing macam mak-mak dah.

Takpalah,  jom kita tengok all the YES-SES and NO-SES.



Click read more



YES-SES



Laverne Cox in Marc Bouwer mini dress
Pompuan ni pelakon dalam Orange is The New Black.  I pernah cerita dalam artikel i ni  : Warna Oren Adalah Lebih Meletop Dari Warna Hitam Dress ini cantek and sesuai dengan personaliti diva divana mak ayam ini.  





Kylie Jenner in Alexandre Vauthier
Perempuan ini sangat muda. Dress ini membuatkan dia nampak sedikit wanita, tapi membuatkan dia nampak kertu. Suka pilihan dress ini. Relaks dan santai. Tapi still seksi.  








Solange in H&M Studio Collection
Respek perempuan ni walaupun beliau selebriti yang kaya raya tapi relaks ja pakai H&M. Well, H&M memang ada contract dengan kakak dia pun, Beyonce. Suka look ini. Beliau nampak macam Editor VOUGE zaman dulu dulu. Tapi bila tengok lagi sekali, rasa agak bergerun. Mana tak gerun, dia berani tendang Jay Z dalam lift. HAHAHA. Anyway, tak tau pasai pa dia tak stay tengok show Beyonce. Maybe dia duk pereng dengan Jay Z lagi. Apa la kot yang dia duk bara kat abang ipak dia tu.






Jordin Spark in Simply Intricate FM Dress
Seorang lagi selebriti yang memilih untuk memakai dress daripada jenama 'pasar raya'. Suka pilihan dress ini membuatkan beliau nampak lebih volapsyes.




Kelly Rowland In Kaufmanfranco
Meletops Kak Kelly dah mengandung lani. Warna dress ini sesuai untuk dia. Simple cut. Cuma i tak suka rambut dia ja. Macam amik pie apple and bubuh atas kepala.




Jamie Chung In Versace
Banyak kali aku duk pikiak sapa la perempuan ni. Macma pernah tengok tapi kat mana? Sekali dah Google around, rupanya dia berlakon dalam Grown Up. Anyway, dress ini lawa.







Rita Ora In Donna Karan Atelier
Sangat love-hate dengan dress ini. Tapi akhirnya saya dengan rela hati letak kat YES-SES sebab bukan semua orang boleh pakai dress ini dan membuatkan kita rasa macam WWWOOOOOOHHHOOO. Dress ini memang agak SLUTTY tapi meletops u olls.








Kendall Jenner In Alon Livne
Deni kuruih kedekiangnya. Tapi takpa. Look ini sangat chic. I suka. Pernah tak ampa perasan, dia selalu pakai hitam untuk red carpet? Or aku silap?




Miley Cyrus In Alexandre Vauthier Couture
Terima kasih Miley Cyrus kerana tidak menghuru-harakan red carpet. Baguihla dia pakai agak 'decent' kalau nak banding dengan style-style beliau yang terdahulu.  And saya sangat respek apabila beliau memberi peluang kepada seorang lelaki homeless untuk ambil anugerah bagi pihak dia sambil menyampaikan mesej kemanusiaan.







Taylor Swift in Mary Katrantzou romper
Ingat baby ja ka boleh pakai romper. Kalau ampa dah besak tapi kuruih panjang elok badan macam Taylor, mesti meletops pakai rompers. Kalau badan genit-genit macam Wawa Azwanti, jangan duk feeling nak pakai rompers macam ni. Tu semua mengundang.







Charli XCX animal print jumpsuit 
Saya suka baju ini sebab dulu kawan baik saya Haleesa Mustapha pakai macam ni untuk prom night kami. Kerlasss Haleesa.








Beyonce Knowles In Nicolas Jebran Couture
Gambar ini tidak memberikan gambaran yang sebenar kepada keunikan dress ini. Yes, dress ini for me a bit mak-mak. Tapi still meletops. Tak perlu tunjuk semua kulit untuk nampak seksi. Baju ini seksi and hot. Make up yang simple dan subang yang punya besak membuat this whole look is super meletops. Read more kat sini : redcarpet-fashionawards.com








 Katy Perry in Atelier Versace  
Mulanya nak letak depa dua orang ni dalam list baju paling buruk.  Tapi lepas tu baru aku tau,  depa ni sebenarnya buat Parody look Britney Spears and Justin Timberlake masa mai MTV award dulu dulu.  HAHAHAH super jiniyes!  Ampa boleh baca kat sini  :  Daily Mail UK








NO-SES


Michelle Williams In Roberto Cavalli
Kak Michelle nampak macam zirafah hitam.








Chanel Iman in Balmain
Dress ini nampak macam tali plastik warna hitam yang orang duk buat anyaman bakul.  Chanel Iman ialah seorang model yang cantek.  Bila dia pakai dress ini,  dia nampak tertutup dengan bekas pelastik.  NEXT!





Jessie J in Vintage Halston
Senang la depa amik ja kain apa pun,  baling kat badan lagu tu ja.  Pastu jual dengan harga beribu dollar.    







Julianne Hough In Emilio Pucci
Yang ni sama kes dengan baju kat ataih.  Kita punya la susah pi belajar nak jadi fashion designer,  Emilio Pucci amik kain tingkap ja,  ikat kat lehak macam mana ka,  jadi dress.  Haaa......





Demi Lovato in Lanvin
Macam love-hate dengan dress ini.  Dress ini actually sangat cantek sebab dia punya structure sangat susah nak dipakai oleh mana-mana orang.  Lanvin punya style memang mysteriously elegance.  Tapi lepaih duk berapa kali baling dadu,  akhirnya i pilih untuk letak look ini dalam NO-SES sebab memang masa first tengok Demi Lavato pakai dress ni dengan rambut slope kat tepi.  AKU TAK KENAI DIA SAPA and aku teruih kata "Sapa ni....duk buat macam smart"  U always have to have faith in your first thoughts.





Kesha In Johanna Johnson
Wanita tidak ada identiti. Sekian!








Ariana Grande In Moschino
TAK SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA GAYA ARIANA GRANDE.  Dia muka budak budak.  Tapi duk dressing macam nak pi cekcur kat San Francisco.  Siriesly aku harap sangat Ariana pecat dia punya stylist.






Victoria Justice In Alice + Olivia & LUBLU Kira Plastinina
NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT 








Lucy Hale In Sachin + Babi & Zimmermann
Boring jugak.  NEXTTTTT










Alexandra Shipp in Falguni and Shane Peacock
Nyah.......dua tahun lepas orang dah pakai pesyen lagu ni.  Mak hang baru beli baju ni ka kat hang?  Mesti sebab dah diskaun penghabisan stok.










Kim Kardashian In Balmain
Baju ini membuatkan i rasa sakit bahu.  Halaaau olls.  Bayangkan kalau kita pakai baju ni,  mana boleh gerak tangan naik atas.  Nak give me five dengan kawan pun kena buat kat bawah....sebab nanti teselak abih la baju ni!  Baju ni nak sama dengan seorang lagi model yang mai VMA2014 juga







Mary Lambert in Wild Floral Dress by City Chic
Baju ini cute!!!!! I suka!! I would love to wear this.  Tapi,  dia pakai kasut flats.  Rasa macam tak meleps terus.








Iggy Azalea In Atelier Versace
Kalau ikat dendan kat rambut dia,  budak budak mesti mai kat dia suruh nyanyi LET IT GOOOO LET IT GOOOOOO








Jennifer Lopez in Charbel Zoe
Kak Jen......tukak pila pesyen u olls ni.  Dah boring dah tengok tebelah belah di usia nak masuk Asar ni.






Gwen Stefani In L.A.M.B.
Tak suka baju ini sebab somehow dia punya bentuk tu macam tak kena la.  Badan dia nampak petak.








Chloe Moretz in Louis Vuitton's Resort collection
Anak dara ni duk dating dengan anak lelaki David and Victoria Beckham katanya.  Kau mampu?  Baju ini LV ya,  tapi i tak suka this whole look untuk dia.  I rasa look macam ni,  aunty-aunty selalu pakai untuk pi amik report card anak depa kat sekolah. 





Nicki Minaj In Saint Laurent
Meletops mak ayam ni.  Tapi i tak suka dress ini kat dia.  Nampak macam ulak sawa baru telan dua bijik telur dinasour yang besar.  Sapa setuju angkat tangan?






.
Amber Rose in silver chain dress by Laurel DeWitt
Mak toyol kena rantai di bulan posa


Gambar,  info dicilok dari :  Google,  Daily Mail UKdan Redcarpet-fashionawards.com

2 comments:

  1. hahaha.. beyonce dh mcm mak mak pulak kak jumie nihhh.. kih kihh :D

    ReplyDelete
  2. hahahha..yang tak tahan Mak toyol kena rantai tue..terbaekkk

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...