31.10.14

Selamat Tinggal Oktober

Hello u olls,

Cepat sungguh,  hari ini sudah 31 Oktober 2014.  Esoknya sudah masuk bulan November.  Insya Allah,  mulai bulan ini saya nak buat catatan akhir bulanan.  Saya rasa catatan ini amat penting.  Apa yang saya pelajari bagi bulan ini kena dicatat untuk menjadi panduan pada masa mendatang.

So apa ulasan dan kesimpulanan untuk bulan Oktober?  Bulan ini saya agak sibuk (pernahkah aku tak sibuk?)  Ya,  memang aku selalu sibuk.  Sebab aku memang tak boleh duduk sengap-sengap.  Ada sahaja aku nak buat.  Ada sahaja yang aku nak tolong.  Dalam pada segala maknena perniagaaan Make Up by Jumie Samsudin dan Kuih Kacang Mazola by Jumiess telah dikurangkan dan ditiadakan.  Tapi tak mengapa,  so far semuanya berjalan lancar.



My latest make up untuk my client Saeda Sakinah.  Alhamdulillah,  ada juga job untuk bulan ini.  Seronok kerja untuk beliau.  Apa pun,  make up i olls ni hanya touching sedikit sahaja,  dia memang lawa dah pun.  Yelah,  i tau,  make up i olls bukan cantek tera mana pun.  Harap muka pengantin cantek,  barulah make up i cantek.  #kan

click read more

30.10.14

A Happy Muslim

Saya terjumpa video ini dalam Facebook dan saya sangat suka dengan apa yang dikongsikan oleh lelaki dalam video ini.  Falsafah dia tentang agama adalah sangat mudah dan jelas.




29.10.14

Makna Hijrah

Salam to all,  

Rasanya tidak terlewat untuk saya ucapkan salam hijrah untuk semua sahabat saya yang membaca blog saya.  Sungguh cepat masa berlalu.  Tahun baru hijrah ini,  boleh saya bandingkan dengan penghijrahan saya dari pejabat lama ke pejabat baru.  Dah setahun saya di pejabat baru ini.  

Tapi masih dalam bumbung USM.  Alhamdulillah,  setakat ini memang happy gila sangat-sangat.  Banyak benda I olls belajar dan alami.  Kalau selama ini aku ingat dah boleh bangga habis dah sebab dah almost 8 tahun kerja di USM,  tapi ropa-ropanya bila kita berhijrah barulah kita rasa kita ni sebenarnya adalah amat kecik sangat.  Banyak lagi benda kita tak tau.



click read more

24.10.14

Lelaki Hetero Yang Boleh Di Makan

Salam Kak Jumie,
Sebenarnya saya ada satu persoalan ingin ditanya kepada akak.
Saya mempunyai seorang rakan berjantina lelaki. Dia ni baya saya lah. Saya kenal dia lama dah. Cuma bila tengok dia ni sangat macam sesuatu. 
Dressing dia, style dia segala macam tentang dia. Bila bersama dia, selalu ja scanner ni macam berbunyi. Pernah lah juga buat move konon macam nak mengorat dia, yes memang ada respons tapi takat respons ja lah. Nak lebih-lebih tu tak ada lah. Memang dia jenis suka melayan. Kadang hantar text tengah-tengah malam. Buat-buat merajuk dan sebagainya. 
Nak dijadikan cerita jugak, kawan-kawan lelaki yang rapat dan selalu berdamping dengan dia banyak yang sesuatu. Ni bukan jenis hakak-hakak, tapi jenis yang duduk dalam closet dan denial. Tapi kita boleh tau lah based on scanner rakan-rakan dan 'cerita-cerita' mereka. Malah kadang, kawan-kawan dia ni banyak yang daring sampai tunjuk love interest ngan dia. Pendek cerita dia ni sangatlah sesuai kalau jadi gay. 
Namun despite all of this,  ramai kata dia ni straight. Maksudnya dia main sport yang sangat jantan, ada awek (walaupun dah putus), naif tentang isu-isu LGBT, menggatal dengan pompuan, kalau nampak awek seksi je ajak saya tengok sekali dan simpan straight porn (hehe, kantoi dia). 
Maka persoalannya, adakah wujud lelaki straight yang mempunyai sifat homosexual dalam diri mereka? Dan jika betul mereka ini straight apa tujuan mereka melayan flirting kita. Adakah mereka betul-betul naif dan memikirkan ini hanyalah bromance (curse How I Met Your Mother).  
Sekian Kak Jumie. 
Yang benar,
Abang confuse

gambar hiasan


click read more untuk jawapan

Makan Muruku

Pengenalan Babak

Babak ini berlaku di pejabat. Latar belakang, keadaan pejabat yang sibuk. Beberapa rakan staf sedang membuat tugas masing-masing. Para pelakon bebas bersuara dengan lantang kerana pejabat ini memang selalu hiruk pikuk.

Watak-Watak

Kak Yam - Wanita berbadan gempal dan suka mengacau orang lain kerana dia sendiri tak banyak kerja. Dia suka membungkus makanan lebihan daripada jamuan yang dijalankan di pejabat.

Kitty - Setiausaha pejabat. Dia selalu membuat kerja untuk Boss.

Yusof - Kerani kewangan. Dia cekap membuat kerja. Kerana terlalu laju membuat kerja, dia selalu ada masa terluang. Masa terluang digunakan untuk membantu rakan lain, ataupun bermain aplikasi Candy Crush di handphonenya.

Arina - Pelajar intern. Tak banyak bercakap. Sebab dia orang baru. Tugas dia lalu lalang dan tukang hantar file.

Boss - Dia tidak perlu berlakon dalam babak ini tetapi namanya disebut.


Click read more

21.10.14

Mrs Doubtfire di PARKROYAL Penang Resort

Hello u olls,

Okay hari ni nak post kat ampa semua baju i olls pakai sempena memperingati karakter Mrs. Doubtfire yang dilakonkan oleh Mendiang Robin Williams.  Tops penuh dengan corak bunga-bunga kecil.  Ramai yang duk kata cantek dan kemas,  and duk tanya kat mana nak beli baju ni.  Untuk pengetahuan,  orang bersaiz Amerika macam saya tidak mempunyai size baju di kedai komersial (kebanyakannya),  so kena pandai mencari-cari di dalam pasar,  kedai-kedai kecil ataupun secara online.



Actually baju kat bawah ni sama macam ni.  Mrs.  Doubtfire vs Kim Kardashian.  Mana ampa rasa paling lebih meletops?



click read more

20.10.14

Penyelidik USM cipta alat penjimatan minyak

Tepat pada masanya.  Kalau 6 tahun dahulu,  kalau isi RM50 dalam kereta VIVA 1.0 saya nenjia sampai nak tertumpah minyak petrol kat muncung tempat mengisi minyak kereta saya.  Sekarang?  Untuk penuhkan satu tank kereta saya,  maybe saya perlukan lebih kurang RM60-RM70.

Baru-baru ini,  penyelidik USM telah mencipta alat penjimatan minyak.  ITS AT THE RIGHT TIME!

Penyelidik USM cipta alat penjimatan minyak

email
comments
Penyelidik USM cipta alat penjimatan minyak
Rekaan produk itu berasaskan proses elektrolisis yang dihubung terus ke dalam sistem enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna. - Gambar Hiasan
GEORGE TOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak petrol dan diesel yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api itu sehingga 45 peratus.
  
Ketua Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM Prof Madya Dr Soib Taib berkata rekaan produk itu berasaskan proses elektrolisis yang dihubung terus ke dalam sistem enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna.
  
"Ia sebuah alat kompak diperbuat daripada bahan aluminium tahan karat dan kegunaannya dapat memperbaiki aliran pengudaraan enjin sekali gus mengoptimumkan kegunaan bahan api sesebuah kenderaan," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.
  
Beliau berkata penyelidikan untuk menghasilkan alat yang dikenali sebagai 'bahan api kapasitor' itu mengambil 10 bulan untuk disiapkan dengan dibiayai geran penyelidikan berjumlah RM40,000.
  
Penggunaan alat itu bagi perjalanan 20,000 kilometer setahun dianggar dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1,300 berdasarkan harga minyak semasa, katanya.

Click read more

15.10.14

Makanan Vegetarian

Pengenalan Babak

Babak ini berlaku di pejabat.  Latar belakang,  keadaan pejabat yang sibuk.  Beberapa rakan staf sedang membuat tugas masing-masing.  Para pelakon bebas bersuara dengan lantang kerana pejabat ini memang selalu hiruk pikuk.

Watak-Watak 

Kak Yam - Wanita berbadan gempal dan suka mengacau orang lain kerana dia sendiri tak banyak kerja.  Dia suka membungkus makanan lebihan daripada jamuan yang dijalankan di pejabat.  

Kitty - Setiausaha pejabat.  Dia selalu membuat kerja untuk Boss.  

Yusof  -  Kerani kewangan.  Dia cekap membuat kerja.  Kerana terlalu laju membuat kerja,  dia selalu ada masa terluang.  Masa terluang digunakan untuk membantu rakan lain,  ataupun bermain aplikasi Candy Crush di handphonenya.

Arina - Pelajar intern.  Tak banyak bercakap.  Sebab dia orang baru.  Tugas dia lalu lalang dan tukang hantar file.

Boss - Dia tidak perlu berlakon dalam babak ini tetapi namanya disebut.


click to read more

14.10.14

Ayah Tak Mau Kurangkan Harga Hantaran

Assalamualaikum Kak Jumie...saya sorang reader kat blog Kak Jumie. Best tgk akak membeeel dan bercerita kat blog 2. Indah sungguh bahasa akak. hahahaha Saya suka dengan gaya Bahasa akak tu dan tiap kali mbaca entry akak, dapat saya bayangkan mulut akak camana kalau membebel depan saya. hahahahhahahaha . Teringin menjadi seperti mu Kak Jumieee yang lantang dan berani memberikan semangat atau idea-idea dengan gaya bahasa yang amat amat dan teramat lunak...

By the way Kak Jumie, saya tertarik dengan entry akak 2 tahun lepas yang bertajuk LANGKAH BENDUL (8/6/12). Tertarik dengan cite akak dalam entry 2 dan yang buat saya tertarik adalah kata-kata semangat yang akak bagi kat readers like me antara bait-bait ayat yang saya suka.

Hantaran belanja, gelang tangan and cincin belah rotan untuk pernikahan saya.  Mas kahwin RM1000 tunai.

"So itulah yang akak nak share dengan u olls. Niat akak menceritakan pengalaman akak ini adalah sebagai satu ikhtibar kepada semua wanita-wanita di luar sana. Agam atau tidak. U olls jangan jadi macam lapik kaki tempat orang pijak-pijak dan lap kaki mereka. U olls kena berani bertindak ununtuk dapatkan apa yang u olls mahu. Tolak tepi adat, resmi, undang-undang apa semua, yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Kalau kita dah pasang niat apa yang kita mau, buat serupa bikin. Jangan niat lain, buatnya lain.


click read more

13.10.14

Kebaikan dan Keburukan Google Street View

Rasanya dalam banyak banyak blog,  aku yang paling terbelakang bercerita tentang Google Street View yang menjadi popular dan berfungsi untuk peta Malaysia sejak pertengahan September 2014.  Satu usaha antara kerajaan Malaysia dan syarikat Google.  Tak salah saya,  Najib pernah melawat pejabat Google di Amerika Syarikat pada September tahun lalu.  Maybe dia mai sembang pasai benda ni.

Sedang kita semua rancak bercerita tentang kecanggihan Google Street View,  ada yang suka,  ada yang tak suka,  ada yang tidak selesa,  ada yang rasa takut,  ada yang excited (macam I) dan macam-macam lagi,  kenapa u olls rasa kita patut ada Google Street View?

Kalau 20 tahun dahulu,  cikgu sekolah kita semua duk suruh kita buat karangan tentang DUNIA TANPA SEMPADAN.  Terangkan kebaikan dan keburukan.  Haaa...nenjia,  sekarang ni memang dah mai dah betul betul dunia tanpa sempadan kat depan kita.  Awat nak kelepiak (mengeribas seperti burung jika sangkar diketuk) tak tentu pasai?

Saya tulis status kat Facebook saya Jumaat lepas bertanya kepada kawan-kawan tentang kebaikan dan keburukan Google Street View.  Ada yang tidak suka.  Tapi ramai yang suka.  Yes,  saya setuju dengan komen kalian semua.  Imej yang dipaparkan dalam Google Street View bukan yang terkini tetapi yang telah dirakam beberapa bulan yang lalu.  Dia bukan real-time.  Kalau real-time nayalah,  jenuh aku nak pi jemuk kain pun feeling pakai kebaya dan kasut tumit tinggi.  Secondly,  imej muka,  no plat kereta atau poster yang ternampak imej muka dikaburkan.  Malah,  anda juga boleh meminta pihak Google mengaburkan imej rumah anda.

Imej Google Street View untuk pintu USM gate Batu Uban.


click read more

Cara-cara untuk Google Street View

Cara untuk mencari dalam Google Street View adalah sangat mudah.

CARA 1

1.  Buka laman web Google Maps


2.  Masukkan nama tempat yang ingin anda lawati.


Contoh  :  Saya masukkan SEMELING SUNGAI PETANI KEDAH


Click read more

Bagaimana Cara untuk Kaburkan Imej dalam Google Street View?



Berikut adalah langkah mudah untuk memadam imej dalam Google Street View.

1.  Selepas mengenal pasti paparan imej dalam Google Street View yang ingin anda kaburkan (cth rumah,  bangunan pejabat,  etc),  click pada Report a problem yang terdapat di kanan bawah window.  Lihat gambar contoh seperti di bawah.



Click read more

10.10.14

Sedap....Kuku Macam Langsiak......

Thanks Kak Shuk sebab mai antak video ni dalam Wassap.  Gelak mampuih i tengok video ni.  Macam nila orang Kedah kalau sembang.  I suka.  Dia punya tarik.........memang lawak.

Anyway,  tahniah kepada Abang Fauzie sebab lani dia dah jadi internet sensation kat Malaysia!!

Saya harap perniagaan Abang Fauzie akan bertambah meriah selepas ini.  Insya Allah.

Gambar dari Facebook Butik Pengantin Fauzie Kedah

click read more untuk video

Luahan Hati Wanita Agam

Assalamualaikum, apa kabar Kak Jumie.  Saya ni nak minta pendapat akak lar.

Masalah penampilan.  Saya jenis big size punya orang, saya ada masalah nak membeli baju.  Berat 88kg height 177cm.  Malah kasut bersaiz 12.  Badan besar kaki kecik.  Saya ada masalah nak beli baju dan kasut moden terkini.  Kak jumie boleh bagitahu tak kat mana baju-baju dan kasut Kak Jumie beli.
Suka tengok cara Kak Jumie dressup. U look so confident dan nice dan sweet for u. And last nak jugak tips-tips keyakinann diri.
Wasalam,
Are mee ra


Dear Are mee ra,

Terima kasih sebab email kat akak.  Dah lama I olls tidak menulis tentang isu ini dalam blog akak.  Kepada u olls yang baru belajar membaca blog i olls,  mungkin u olls tertanya-tanya apakah itu WANITA AGAM.  I olls ada tulis kat atas blog I olls di bawah gambar-gambar I olls yang meletops itu.

Okay,  mai sini akak nak cerita.  Wanita agam akak takhtakan untuk wanita plusize seperti kita.  Why agam?  Sebab sinonim dengan perkataan rumah agam yang bermaksud 'mansion'.  Idea meletops ini akak cilok daripada seorang wanita agam yang tersohor di Pulau Pinang nama dia Kak Shaz Kadir,  dia kawan baik kepada designer dan wedding planner,  Hassan Abu Bakar.  Sapa follow IG Bangsan pasti akan pernah ternampak wanita bekas modeling bernama Shaz Kadir.  (Yes,  dia memang plusize model yang pernah masuk dalam majalah semua ya).


ps/  Gambar ini tidak kena mengena dengan artikel pun.  Saja bubuh gambar ni. HAHAHA

click read more

9.10.14

Diana Kisah Cinta Seorang Puteri


Sudah lama aku menanti untuk menonton filem ini.  Diana sebuah filem yang menceritakan kisah percintaan Mendiang Puteri Diana dengan seorang pakar bedah bernama Dr. Hasnat Khan. Sebelum ini, kita mungkin hanya tahu kisah cinta Puteri Diana dengan Dodi Alfayed.  Namun,  melalui filem ini yang diadaptasi dari sebuah buku tulisan Diana: Her Last Love garapan Stephen Jeffreys,  penonton diberikan jendela baru yang menceritakan kisah cinta disebalik kisah cinta Dodi dan Diana.

Pengkisahan tempoh hidup mendiang selama dua tahun ini,  menceritakan bagaimana untuk menarik perhatian Dr.  Hasnat Khan,  Puteri Diana bermain cinta dengan Dodi Alfayed dan bagaimana Puteri Diana sendiri mengatur pertemuan dengan paparazi setiap kali beliau bercuti dengan Dodi agar gambar-gambar itu terpampang jelas di muka tabloid agar Dr.  Hasnat tercemburu.

Suatu pengkisahan yang bagi saya amatlah menarik.  Tetapi mutu persembahan lakonan Noami Watts tidak begitu enak.  Saya rasa Noami Watts macam terlalu "control" dan terlalu mencuba untuk menjadi Puteri Diana.  Rupa badan Noami yang genit juga kerap kali membuatkan I olls rasa terganggu dan selalu hendak membandingkan beliau dengan Mendiang Puteri Diana yang anggun lampai dan penuh dengan noda noda kelembutan.



Saya juga tidak suka dengan pelakon yang memegang watak Dr.  Hasnat Khan.  Kenapa kalau nak berlakon watak India,  Hollywood selalu bagi watak itu kepada pelakon British ini?  Dah takdak pelakon berbangsa India lain ka kat Hollywood? Depa tak faham, depa ingat kalau India semua sama. I think Naveen Andrews ialah lebih kepada Tamil look.  Kalau nak rupa Pakistan,  amiklah pelakon Hindi Bollywood yang ramai lebih jauh berbakat.

Saya a bit hampa sebab dah lama menantikan filem ini.  Hasilnya tidak begitu memuaskan hati.  Sudah banyak filem yang digarapkan tentang kisah British Royal Family, paling saya suka adalah
The Queen (2006) yang dilakonkan oleh Helen Mirren dan keduanya The King's Speech yang dilakonkan oleh Colin Firth sehingga melayakkan beliau untuk memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk Academy Award pada tahun itu.

Memang saya setuju bintang yang diberikan dalam IMDB untuk filem ini,  5.4 / 10.

Link  :  IMDB,  Wiki

Birthday Haleesa Mustapha @ Ecco Cafe, Chulia St Penang

Hello u olls,

Beberapa minggu yang lalu,  i olls dan Gang Tangga German telah membuat pakatan untuk membuat birthday suprise untuk salah seorang ahli gang kami iaitu Haleesa.  Gang Tangga German ini adalah gang kami 8 orang yang semuanya adalah anak-anak gadis di kampung Kebun Lama,  Georgetown Penang yang dulu suka melepak kat tangga rumah Pakcik Ucak a.k.a bapak kepada Zulia dan Zafirah.  Setiap petang kami melepak kat situ membuang masa dengan membeli mee mamak dan roti canai Shaik.  Lani dalam group kami beberapa orang sudah tidak layak dipanggil anak gadis lagi kerana sudah berumah tangga.

Takpalah.  Story cut short.



Haleesa ni ahli gang tangga German.  Dalam gang kami ni,  dia sorang engineer.  Rasa-rasanya setelah dia habis belajar sampai master dan bekerja sebagai jurutera,  inilah kali pertama kami membuat birthday untuk dia.  So kami ada hadiah yang perfect untuk dia iaitu topi keselamatan.  Yang macam engineer duk pakai tu.  Tapi lepas dia tengok hadiah tu,  dia kata "Sebenarnya,  topi untuk engineer dia kaler putih.  Yang kaler kuning ni Bangla yang pakai,"  Tapi takpa.  Haleesa tetap menerima hadiah kami ini dengan hati yang terbuka.  Lagipun kami bukan nak suruh dia pakai topi ni.  Nak suruh dia simpan.

Kami dinner party kat Ecco Cafe,  Chulia Street Penang.  Makanan Italy dengan rempah ratus yang dibuat sendiri oleh Chef Ah Hock yang sangat peramah dan baik hati.  Kalau nak mai sini,  ampa kena buat booking.  Speciality kat sini adalah Truz Pasta iaitu pasta dengan cream sauce and banana dan juga brownies yang enak dengan wipped cream yang dipukul sendiri oleh Chef.  Bukan yang spray tin punya.  Bleh click kat sini  :  Ecco Cafe

Click read more untuk tengok gambak kami :) heheheh.  Ada banyak  gambiak.  Kalau dah takut meluat ka apa ka jangan click read more.  

8.10.14

When Was The Last Time U Did Something For The First Time?

Baru baru ini terbayang dan terpikir pada diri sendiri,  when was the last time u did something for the first time?

Soalan ini adalah amat penting kepada wanita yang nak masuk 3 siri dan tiba tiba rasa macam sedih sangat sebab tanpa penuaan semakin ketara.

Tapi tak mengapa.  Jom kita beramai-ramai membuat perkiraan,  when was the last time tu did something for the first time.

I olls akan update ini dalam page khas yang I olls bubuh dalam blog I olls untuk catatan peribadi.  Semoga catatan ini akan membuat I olls bersemangat dan I olls berasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi kepada I olls setakat ini.  Ingat,  bila kita rasa kita serba kekurangan,  fikirkan apakah benda-benda yang u olls tak boleh nak beli dengan uwang ringgit.

  1. Minum Kopi Luwak
    Kopi luwak ialah minuman exotic yang terdapat di Indonesia.  Kopi ini menjadi mahal sebab dia punya proses dimana biji kopi ini diperoleh daripada najis sejenis musang yang didapati dapat memproses buang kulit biji kopi melalui enzim dalam perutnya.  So biji kopi yang telah diproses (buang kulit) diberakkan melalui tahi dan biji kopi itulah yang menjadikan kopi luwak.  Baru baru ni kakak I olls pi Acheh dan dia beli kopi luwak.  Dan I olls rasa.  Yes,  i olls sangat suka rasanya.  Sangat kau.  I memang suka kopi!  Tapi setakat ni,  kopi paling sedap i suka adalah kopi arabica Mc Donald.  HEHEHE


  2. Berakit
    First time i mendayung rakit.  Satu pencapaian yang luat biasa.


  3. Mandi dalam Tasik

Setakat September 2014.  Insya allah akan diupdate lagi!

Ragazzi Stilos with Natasha Di Martino

Saja nak share dengan ampa artwork local talent,  local photographer yang buat photoshoot dengan seorang model berdarah Malaysia + Italy.  Nama dia Natasha Di Martino.  Mak dia semua orang Penang,  bapak dia orang Italy.  Natasha and adik beradik dia semua membesar kat Italy,  tapi baru sahaja balik ke Malaysia for good.  Depa duduk kat Penang lani.  Kat Aversa,  Italy,  Natasha memang duk buat modelling.  Tapi bila mai Malaysia,  nak start tu memang susah sikit la.  Tapi takpa,  thanks to TAB Photostudio,  Ratu Bridal Gallery and the whole team yang bagi peluang pertama ini kepada Natasha.  Jomla kita tengok artwork by TAB Photostudio.

RAGAZZI STILOS

Organized by TAB photostudio




Photographed dan Edited | Bentjamin Muhamad Farhan




click read more

7.10.14

Anna Belle dan Dracula

Sapa dah pi tengok cerita hantu ni?  I olls tak pi tengok lagi.  Insya Allah dalam minggu ni duk plan nak pi dengan budak budak office.  I olls memang penakut tahap rengking dunia.  Tapi I olls tetap suka tengok cerita hantu ini.

Kalau sapa ingat cerita The Conjuring,  I olls pernah kisahkan dalam blog I olls tak lama dulu.  Baca link ini  : The Conjuring : Takut Tapi Berjaya Menengoknya Tanpa Balik Rumah Dan Mengigau Malam.

Actually dalam cerita The Conjuring,  memang ada dikisahkan sedikit mengenai kisah misteri patung Anna Belle ini.  Berhubung kait dengan hantu yang duk ada dalam rumah family dalam kisah The Conjuring tu.


click read more


4.10.14

Social Experiment #1 : Abang Bangla Yang Hemsem Seperti Ranveer Singh

Pada suatu petang,  saya mendapati kereta saya penuh dengan tahi burung.  Di bumbung dan dicermin.  Saya rasa amat malu dengan keadaan kereta saya.  Maka dalam perjalanan pulang,  saya pun singgah di sebuah kedai membasuh kereta untuk tujuan seperti dinyatakan sebentar tadi.  Saya rasa malu kalau berhenti di lampu stop,  mesti orang akan pelik tengok kereta saya yang kotor.

Semasa sampai di kedai berkenaan,  saya terpana.

Terpana kerana melihat jejaka pembasuh kereta itu sungguh hemsem sekali.

Sehemsem Ranveer Singh,  aktor kacak dalam filem Hindi,  Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela (2013.



Please click read more

3.10.14

USM Student Buddies and Admin Staff Team Building di Bukit Merah Laketown Resort

Hello u olls,

Haaa ni nak cerita lagi satu kenapa I olls tak update blog.  Baru-baru ni kami semua (kakitangan dan pelajar) di office telah terlibat dalam aktiviti team building di Bukit Merah Laketown Resort.  Aktiviti kami berlangsung selama 2 hari satu malam.  Ini adalah kali pertama I olls membina rakit menggunakan pelampung dan batang buluh, mendayung rakit dan pertama kali mandi dalam tasik.  Siriesly.  

Ada 77 keping gambar dalam paparan ini. Saya akan bercerita melalui gambar.  Hope u olls enjois.  

"Motivasi yang terbaik untuk para pekerja dalam sesebuah organisasi bukan melalui kenaikan gaji.  Tetapi melalui penghargaan. " 
Dipetik daripada kata-kata Mr. Nashid Abdul Khaaliq dari Saudi ARAMCO dalam Seminar Inovasi Sektor Awam 2014 di INTAN anjuran bersama PiPPA USM baru baru ini.



click read more

Ekspidisi Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang

Pada awal September  yang lalu,  I olls telah menyertai program ekpidisi ke Pantai Kerachut bersempena dengan minggu orientasi untuk pelajar pertukaran universiti dari luar negara ke USM bagi bagi Semester I,  Sidang Akademik 2014/2015 (Fall Semester).

Sebagai tuan rumah,  USM Student Buddies telah menjadi pengelola utama sepanjang 7 hari pertama para pelajar antarabangsa yang akan berada di USM selama satu semester ini.  Pebagai aktiviti yang they olls rencanakan,  seperti biasa,  briefing,  welcoming dinner and sebagai penutup aktiviti ekspidisi Pantai Kerachut.

Walaupun I olls tidak kena mengena secara langsung dengan sambutan pelajar exchange kat USM,  tapi since ini adalah aktiviti pejabat,  maka boss kami memberikan kerahan mandatori kepada kami semua kakitangan untuk sertai ekspidisi hiking ke Pantai Kerachut.  Boat disediakan untuk mengangkut peralatan dan juga AJK yang perlu tiba awal di Pantai Kerachut sebagai persiapan awal.  Tapi i dan beberapa rakan staf lain menyahut cabaran untuk hiking ke Pantai Kerachut.

Pengalaman ini memang amat menyeronokkan sekali.  Jom baca kisah kami dan tengok gambar-gambar kami.  :)


From left,  Liyana,  Beyonce,  Faridza Garik,  Suhaila,  Diana Sayuti,  Aini.  Yang depan tiga budak tu ialah anak-anak Kak Ja a.k.a Puan Nurhaniza.  Gambar sebelum berhiking.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE