7.10.14

Anna Belle dan Dracula

Sapa dah pi tengok cerita hantu ni?  I olls tak pi tengok lagi.  Insya Allah dalam minggu ni duk plan nak pi dengan budak budak office.  I olls memang penakut tahap rengking dunia.  Tapi I olls tetap suka tengok cerita hantu ini.

Kalau sapa ingat cerita The Conjuring,  I olls pernah kisahkan dalam blog I olls tak lama dulu.  Baca link ini  : The Conjuring : Takut Tapi Berjaya Menengoknya Tanpa Balik Rumah Dan Mengigau Malam.

Actually dalam cerita The Conjuring,  memang ada dikisahkan sedikit mengenai kisah misteri patung Anna Belle ini.  Berhubung kait dengan hantu yang duk ada dalam rumah family dalam kisah The Conjuring tu.


click read more



Tapi dalam filem ini,  memang dia cerita full pasai patung tu.  Tapi ada yang kata cerita ini tak berapa nak menakutkan.  Mungkin tak berapa takut sebab pengarah dia bukan James Wan.  James Wan ialah anak Cina Sarawak yang kini telah bermastautin di Australia.  Sebagai kelahiran Malaysia,  dia mesti dah tau cara cara cerita hantu yang bagi horror punya.  Kalau bagi kat orang putih,  depa mana tau pasai hantu.  Bagi depa,  yang takut hanya pembunuh.  Hantu tak takut.  Sapa setuju teori I olls?

Takpalah,  wish me luck ya.  Nanti i dah tengok cerita hantu ni,  i akan review dalam blog I olls.

Cerita kedua yang Im looking forward to watch adalah Dracula Untold.  I olls mempunyai seorang kawan yang memang seorang vampire.  Ya,  beliau adalah vampire berbangsa Melayu ya.  I suka bercerita dengan dia pasai vampire.  Mula mula i suka gelak kat dia.  Tapi lama-lama,  i akui i sangat fascinated dengan cerita dia.  I tak boleh bagitau nama dia kat sini,  nanti JAKIM mai tangkap dia.


Dia kata,  vampire ni memang dah wujud sejak dulu kala lagi.  Drakula ni bukan syaitan,  bukan jin,  bukan manusia.  Dia sejenis makhluk yang tuhan cipta.  Tapi ciri-ciri sebenar seorang vampire ni yang diceritakan dalam kisah-kisah fiksyen kadang-kadang adalah melebih dan tidak sama langsung dengan hakikat sebenar seorang vampire.  Berkenaan dengan kisah Dracula Untold,  ada dikisahkan tentang bagaimana askar vampire membunuh semua askar Islam dalam perang salib.  Tapi sebenarnya,  dalam sejarah sebenar vampire yang hampir pupus sebab banyak dibunuh oleh askar Islam dalam perang salib.  Ampa boleh baca sepenuhnya dalam link ini  Facts About Vampires

Takpalah,  nanti i pi tengok cerita ni.  I will review untuk ampa semua na.

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...