14.10.14

Ayah Tak Mau Kurangkan Harga Hantaran

Assalamualaikum Kak Jumie...saya sorang reader kat blog Kak Jumie. Best tgk akak membeeel dan bercerita kat blog 2. Indah sungguh bahasa akak. hahahaha Saya suka dengan gaya Bahasa akak tu dan tiap kali mbaca entry akak, dapat saya bayangkan mulut akak camana kalau membebel depan saya. hahahahhahahaha . Teringin menjadi seperti mu Kak Jumieee yang lantang dan berani memberikan semangat atau idea-idea dengan gaya bahasa yang amat amat dan teramat lunak...

By the way Kak Jumie, saya tertarik dengan entry akak 2 tahun lepas yang bertajuk LANGKAH BENDUL (8/6/12). Tertarik dengan cite akak dalam entry 2 dan yang buat saya tertarik adalah kata-kata semangat yang akak bagi kat readers like me antara bait-bait ayat yang saya suka.

Hantaran belanja, gelang tangan and cincin belah rotan untuk pernikahan saya.  Mas kahwin RM1000 tunai.

"So itulah yang akak nak share dengan u olls. Niat akak menceritakan pengalaman akak ini adalah sebagai satu ikhtibar kepada semua wanita-wanita di luar sana. Agam atau tidak. U olls jangan jadi macam lapik kaki tempat orang pijak-pijak dan lap kaki mereka. U olls kena berani bertindak ununtuk dapatkan apa yang u olls mahu. Tolak tepi adat, resmi, undang-undang apa semua, yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Kalau kita dah pasang niat apa yang kita mau, buat serupa bikin. Jangan niat lain, buatnya lain.


click read more

Akak tak suruh u olls derhaka kepada keluarga seperti mana yang akak buat. Tapi setiap masalah ada jalan keluarnya. Yang penting u olls kena tegas dan u olls kena tetap pendirian. Biarlah orang memaki hamun dan kuuntuk kata kita ni bangsat tak sedar diri, membuatkan ibu menangis dan tidak ingat pada jasa adik beradik yang duk tolong kita selama ini, tapi lambat laun, taik dalam almari tak akan kekal wangi ya. Tahi tetap akan busuk. Dan orang akan tau, mana betul mana salah.
Dan satu lagi u olls kena ingat, kita dah kerja, kita hidup dengan kudariat sendiri, independent woman, so kenapa dalam soal-soal hidup kita, kita ditendang ke sana sini seumpama sebuah bola? Ini hidup kita kan? 

Pilihan ada di tangan u olls, jangan merungut-rungut dan mendengus sedih. Tapi tindakan takdak ada. Kesal dulu pendapatan, kesal kemudian tidak berguna.

 
Itulah kata-kata semangat yang akak nak ceritakan kepada u olls. Akak tak mau bagi jalan dan langkah yang patut u olls buat. Sebab kita mempunyai nilai-nilai hidup yang berbeza. Tapi akak percaya apa juga pendekatan yang hang gunakan, LETAKLAH DIRI KAMU DI DEPAN kerana kalau bukan kita yang membela diri kita sendiri. SIAPA LAGI? "

Oh Kak Jumieeeeee.... andainya ku mampu menjadi berani seperti mu.. .

Sebenarnya, cite dia camni. Lebih kurang 6 bulan lagi saya akan menikah dengan lelaki yang sayangkan diri saya dan terima diri saya seadanya walau dia tahu saya pernah 2 kali putus tunang. Saya ukur sangat-sangat sebab ada jugak orang yang nak kat saya walau usia saya da meningkat. Masalahnya sekarang ni,saya dan ayah saya iaitu wali saya tak sependapat tentang majlis perkahwinan kami nanti. Akak bayangkanlah, bakal suami saya hanya keja kilang dan bukan dari keluarga yang senang pon. Tapi ayah saya minta hantaran RM18k. Tu pon da kurang sikit. Kalau ikutkan cite mak, ayah nak minta RM25k. Nak buat majlis grand katanya, nak jemput semua kenalan yang ada kat darat, air, udara, dalam gua, atas pokok, dalam tanah... kalau boleh nak 1 dunia mai kenduri saya.

Adoiiiiiiii Kak Jumie.... cian kat bakal suami saya. Keje kilang, buat over time pon mana cukup lagi nak sediakan duit hantaran sebanyak 2. Saya sendiri bukan dari keluarga yang senang. Kak Jumie, saya sebenarnya nak buat majlis yang simple ja. Kalau boleh nak akad nikah dan buat majlis kesyukuran ja dan mak pon setuju dengan saya tapi sebab ayah adalah ketua keluarga merangkap wali saya, dia suh saya bersabar ja, dan ikot ja kehendak ayah. huhuhu

Bukan saya tak nak tolong bakal suami saya untuk sediakan duit hantaran tapi duit simpanan saya untuk kawen pon da tinggal sikit atas hal hal yang tak dapat saya elakkan.

Saya da cuba bagitau ayah tentang keinginan saya iaitu majlis yang ringkas. Tapi ayah marah kat saya balik. Sampai satu tahap dia kata, "Ko uruslah sendiri majlis ko. Ayah tak nak amik tau"

Saya takot nanti bila saya bagi borang wali, ayah tak nak sain camana?? . Mak, sedara mara semua dah nasihatkan ayah untuk buat ala kadar ja, sebab pikir keluarga lelaki bukan orang senang dan dok jauh. Tapi ayah langsung tak bleh terima nasihat sedara mara termasuk nenek saya sendiri. Pendek kata, kalau ayah kata putih, maka putihla jugak hasilnya.

Untuk pengetahuan Kak Jumie, saya bekerja dan menetap di Sarawak dan bakal suami berasal dari Semenanjung. Cian tak bakal suami saya? Mana nak sedia duit hantaran, tiket kapal terbang pergi balik lagi. Hujung bulan ni saya dan bakal tuning akan berjumpa face to face. Saya nak bagitau kat dia, kalau dia tak mampu, tunda je la majlis kawen kami ni. Memang berat untuk saya, tapi saya taka da pilihan lagi.

Kak Jumie, tolong bagi idea sat camana nak lembutkan hati ayah agar dia terima pendapat saya dan keluarga yang lain tentang majlis ni. Lagi 6 bulan Kak Jumieee. Nak minta juga kata-kata semangat untuk saya dan bakal suami menghadapi ujian ni. Sungguh Kak Jumie, stresssaya pikir hal ni...

Tolong ye Kak Jumie...

Yang benar,
Famyza


Dear Famyza,

Terima kasih kerana memuji i melambung lambung sampai rasa nak terbang ke udara.  Tapi nasib baik sebab berat badan lebih so graviti tetap menarik i turun ke bawah.

Bila kita nak kawen,  dugaan memang banyak.  Biasalah nak buat benda baik,  syaitan pun banyak nak usik dan ganggu kita.  Cabaran hang sangat kuat.  Janganla bercakap pasai berapa kali sudah putus tunang,  please dont judge yourself ya.  Pendekkan cerita,  hang takdak jodoh.

Setelah membaca kisah hang,  akak harap hang tidak membandingkan keadaan diri hang dengan akak.  Akak dibesarkan sebagai environment yang selalu membenarkan akak untuk speak up for myself.  Orientasi keluarga akak mungkin berbeza dengan dinamik keluarga hang.  So,  jangan rasa bersalah dan menghukum diri kerana hang tidak boleh settle hal ini.  Sekali lagi nak ulang,  ini semua adalah dugaan sebab hang nak buat benda baik,

Setiap masalah ada penyelesaiannya.  Akak ada satu cadangan yang mungkin hang dan bakal tunang perlu buat.  I think inilah yang last akak boleh bagi kat akak,  and that's why akak mintak kebenaran dari hang untuk publish cerita ini dalam blog akak dengan harapan ada orang lain yang sudi memberikan maklumbalas,  kata semangat dan idea bernas.

Cadangan akak adalah seperti berikut,  akak harap hang dan bakal tunang,  ampa berdua,  jumpa dengan ayah awak.  Duduk muka bertemu muka.  Kena ada seorang saksi,  macam pakcik / jiran yang rapat.  Mak hang tak boleh jadi saksi.  Dia boleh jadi pemerhati sahaja.

Dalam pertemuan ini,  ampa dorang kena prepare betul betul apa nak cakap.  Macam nak bentang proposal.

1.  Tulis siap-siap (tapi masa cakap tu tak payah la bawak kertas...nampak macam gelabah la sangat plaks) apa yang ampa nak pohon.  Dalam kes ini,  ampa nak pohon agar wang belanja hantaran dikurangkan dan membuat majlis yang sederhana.  

2.  Bagitau kenapa ampa nak kurangkan.  Senaraikan 10 kebaikan kalau permohonan ini dapat diluluskan dan 10 keburukan kalau permohonan ini tidak dapat diluluskan.  

3.  Rungkaikan perancangan ampa yang sebenarnya.  Apakah jumpa hantaran yang paling ideal untuk pihak lelaki?  

4.  Jelaskan tentang perbelanjaan yang perlu ampa tanggung.  Always tekankan bahawa objektif utama ampa memohon perkara ini adalah untuk mendapatkan perkahwinan yang berkat iaitu restu daripada ibu bapa,  dua-dua pihak bahagia,  tidak ada masam muka dan sesalan di masa hadapan dan yang paling penting,  ampa nak menikah kerana agama.  Bukan sebab feeling nak naik pelamin semata-mata.   

5.  Saksi yang ada bertindak sebagai orang tengah.  Dia kena pastikan agar dua dua pihak u and bakal suami dan pihak ayah u ada peluang untuk bersuara.  Oleh itu,  adalah amat penting kalau ampa berdua pi jumpa dan bincang dengan saksi ini terlebih dahulu agar perbincangan dapat berjalan dengan lancar.

6.  Sebelum perjumpaan ini dijalankan,  ampa kena buat persediaan tentang dua perkara.  What happen kalau permohonan diluluskan? And; what happen kalau permohonan ini tidak diluluskan?  Adakah ampa berdua happy dengan dua-dua situasi ini. 


Semasa perbincangan berjalan.  Pastikan ampa berdua always berada dalam keadaan mental yang betul iaitu,  ampa rendah diri dan ampa ingin mendapatkan restu.  Kita boleh jadi tegas,  tapi at least ampa cuba dulu apa yang sepatutnya.  Pada pendapat akak,  sebenarnya bukan duit dan majlis besar sangat yang dikejar oleh ayah awak,  kalau bakal suami boleh buat something seperti bertemu dan berbincang dua mata macam ni,  pasti ayah u olls boleh nampak kesungguhan bakal suami u olls.

Okay itu sahaja akak nak kongsi.  Yang lain-lain kalau ada info,  please share kat komen!!

ps/  Lagi 6 tahun nak masuk tahun 2020,  masih ada lagi ka mak bapak yang gilakan duit hantaran tinggi? #persoalan

Love,
Jumie Samsudin

Cincin suasa untuk my husband.

Duit mas kahwin yang digubah dalam bentuk bunga.  

Gambar I dan bapak I sebelum bernikah. Kawan akak tanya "Awat pakcik lani makin kuruih?" Bapak akak menjawap "Hala....duit banyak habih kat deni nak buat kenduri!" Akak sentap.


3 comments:

  1. Ada kak jumie...ayah sy letak 12k..sebab sy graduate usm..engineering..ayh sy igt anak dia mcm megan fox kot..boleh catwalk kat pentas..pdhal bdn mcm tong drum..sedih sgt..skrg dh 27..xde org nk ajak kawen..:-( :-(

    ReplyDelete
  2. Cadangan saya untuk adik yang bakal kawin ni, bincang dengan ayah dan pujuk minta izin nikah gantung dulu, lepas tu kenduri dgn adik beradik terdekat. Kenduri dan hantaran duit minta tangguh ke waktu yg mampu.

    kaedah nak berunding, sila guna Kaedah Jumie.

    ReplyDelete
  3. umur penanya tu berapa tahun..actually sy fhm maksud ayah dia..dia cuma nak terbaik utk anak dia..sbb kalau ikutkan pun 18k tu cukup2..cth cam katering 1000 org tetamu-rm10 sorang..ada baki lagi 8k je..tapi back to the basic la..kalau penanya ni adik sy..selagi umur x cecah 30..xpe kut postponed dulu..sbb hidup lps kawin x tau mcm mana lagi kan..sama ada bertambah senang atau susah atau takda kemajuan hidup..tepuk dada tanya selera..penanya tu kena fikir smpai apa akan terjadi selepas kawin pulak..beberapa kali putus tunang bkn la ukuran ape2 pun..ape2 hal pun try dulu la cam jumie cadangkan tu..kalau x berjaya..redha aje la..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...