9.10.14

Diana Kisah Cinta Seorang Puteri


Sudah lama aku menanti untuk menonton filem ini.  Diana sebuah filem yang menceritakan kisah percintaan Mendiang Puteri Diana dengan seorang pakar bedah bernama Dr. Hasnat Khan. Sebelum ini, kita mungkin hanya tahu kisah cinta Puteri Diana dengan Dodi Alfayed.  Namun,  melalui filem ini yang diadaptasi dari sebuah buku tulisan Diana: Her Last Love garapan Stephen Jeffreys,  penonton diberikan jendela baru yang menceritakan kisah cinta disebalik kisah cinta Dodi dan Diana.

Pengkisahan tempoh hidup mendiang selama dua tahun ini,  menceritakan bagaimana untuk menarik perhatian Dr.  Hasnat Khan,  Puteri Diana bermain cinta dengan Dodi Alfayed dan bagaimana Puteri Diana sendiri mengatur pertemuan dengan paparazi setiap kali beliau bercuti dengan Dodi agar gambar-gambar itu terpampang jelas di muka tabloid agar Dr.  Hasnat tercemburu.

Suatu pengkisahan yang bagi saya amatlah menarik.  Tetapi mutu persembahan lakonan Noami Watts tidak begitu enak.  Saya rasa Noami Watts macam terlalu "control" dan terlalu mencuba untuk menjadi Puteri Diana.  Rupa badan Noami yang genit juga kerap kali membuatkan I olls rasa terganggu dan selalu hendak membandingkan beliau dengan Mendiang Puteri Diana yang anggun lampai dan penuh dengan noda noda kelembutan.



Saya juga tidak suka dengan pelakon yang memegang watak Dr.  Hasnat Khan.  Kenapa kalau nak berlakon watak India,  Hollywood selalu bagi watak itu kepada pelakon British ini?  Dah takdak pelakon berbangsa India lain ka kat Hollywood? Depa tak faham, depa ingat kalau India semua sama. I think Naveen Andrews ialah lebih kepada Tamil look.  Kalau nak rupa Pakistan,  amiklah pelakon Hindi Bollywood yang ramai lebih jauh berbakat.

Saya a bit hampa sebab dah lama menantikan filem ini.  Hasilnya tidak begitu memuaskan hati.  Sudah banyak filem yang digarapkan tentang kisah British Royal Family, paling saya suka adalah
The Queen (2006) yang dilakonkan oleh Helen Mirren dan keduanya The King's Speech yang dilakonkan oleh Colin Firth sehingga melayakkan beliau untuk memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk Academy Award pada tahun itu.

Memang saya setuju bintang yang diberikan dalam IMDB untuk filem ini,  5.4 / 10.

Link  :  IMDB,  Wiki

1 comment:

  1. i have to agree with you kak.. Rase macam Naomi Watts struggle untuk bawak watak Diana..Trying to hard is the right word to describe it..

    and for watak Dr. Hasnat, personal opinion, i prefer if Aasif Mandvi pegang watak tu...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...