23.10.14

Im Not Trying To Be Rude

Dalam banyak-banyak emel yang saya peroleh selepas cerita "Rindu Awak Berjuta-Juta Persen",  satu emel dengan subjek Im Not Trying To Be Rude benar-benar menyentak hati saya.  Sekali saya baca emel itu,  walaupun dengan ayat yang ditulis dengan baik tapi saya dapat gambarkan cara kurang sopan penulis seolah-olah menampar kepala saya.  Bahasa penulisan adalah subjektif kepada sesiapa yang membaca.  Oleh itu,  untuk urusan yang lebih telus,  saya lebih suka bercakap secara berdepan.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk membalas semula emel tersebut yang kandungannya menegur saya untuk membuang beberapa perkara yang dirasakan tidak sesuai dengan nilai-nilai agama dan budaya kita.  Saya terima teguran tersebut dan mengambil tindakan yang sepatutnya.  Saya juga membalas emel tersebut dan memohon sekiranya penulis dapat 'point out' perkara lain secara teguran.  Namun,  saya tidak lepas untuk memberitahu betapa saya rasa terguris dengan ayat IM NOT TRYING TO BE RUDE.

Sejak itu,  saya menjadi ralat untuk membalas apa-apa sahaja mesej daripada pembaca yang ingin bertanya tentang sahabat saya itu dan anaknya.  Kalau dahulu saya berasa gembira untuk membalas dan teruja untuk memberikan respons kerana seikhlasnya,  saya berasa bersyukur kerana ramai orang mendoakan yang baik- baik untuk sahabat baik dan anaknya.  Tapi kini,  saya tidak mempunyai semangat untuk membalas mesej-mesej itu.  Kerana secara peribadinya,  saya berpendapat yang kita semua kena MOVE ON!!

Sejak itu juga,  saya tidak bersemangat untuk menulis dalam blog ini lagi.  Perasaan saya lebih kurang begini,  bayangkan dahulu,  setiap hari saya masak macam-macam makanan untuk rakan-rakan dan keluarga terdekat.  Hari-hari kawan-kawan dan keluarga akan 'makan' makanan yang saya hidangkan di rumah saya setiap hari.  Tiba-tiba satu hari,  makanan saya menjadi satu resepi yang teramat sedap sampai satu Malaysia malah orang dari seluruh Dunia sanggup datang dan makan makanan 'istimewa' saya itu.  Dan setiap hari,  orang-orang atau tetamu baru ini mendambakan dan menghinggut-hinggut saya agar saya memasak sesuatu yang ISTIMEWA untuk mereka setiap hari.

Sedangkan hakikat,  saya amat selesa dan lebih suka memasak makanan yang mudah dan simple yang menjadi kegemaran saya,  kawan-kawan dan keluarga.

Desakan itu makin agresif,  bayangkan walaupun saya masak setiap hari seperti biasa,  tapi tetamu-tetamu baru ini tetap memberikan desakan dan komen negatif mendesak saya memasak sesuatu ISTIMEWA agar sesuai dengan kehendak tekak mereka.

Dan sampai satu hari,  saya berhenti untuk masak.

Sebab itulah,  baru baru ini saya berhenti untuk memberikan posting dalam blog saya.

Tapi,  semua ini perlu berakhir.  Kepada tetamu-tetamu baru,  welcome to JUMIESAMSUDIN.COM.  Blog ini,  blog peribadi saya,  saya tulis tentang apa yang dekat dengan hati saya.  Blog ini bukan tentang sesiapa lain secara keseluruhannya.  Saya harap tetamu-tetamu baru memahami keadaan rumah kami ini.

Yes,  mulai saat ini saya akan kembali menulis.

Love,
Jumie Samsudin

6 comments:

  1. keep on writing.. bkn mudah nk puaskan hati semua org.. itu hak u sebagai penulis..
    sy x rs pun ayat dlm blog "rindu awk berjuta persen" tu rude.. that is ur style...

    ReplyDelete
  2. hai jumie
    so far, semua yang u tulis tu SAMPAI dekat i, and yes, org lain tak taulah kan
    ambik la sebanyak masa yg boleh tapi jangan berhenti 'memasak' 'menggoreng' dan 'merebus' ye :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Jumie ku sayang, yang cantik terlaris, kau memang da bombs!

    Alhamdulillah, kak Jumie dah kembali menulis..antara tetamu baru, saya ler tuuu akan tetapi, biasa laa, kita tetamu, baru pulak tu, dah datang rumah orang, orang dah jamu kita, kita kene bersyukur dengan apa sahaja yang di berikan oleh tuan rumah kan..dah laa datang rumah orang, demand lebih-lebih pulak..

    anyways..you know who you are, you know what you're doing..its your blog, its your place to pour your heart, what you feel..apa orang lain nak kata, biarkan mereka, lelagi tetamu-tetamu baru yang lau takdak artikel RABJJP (abbreviation la eh) mereka-mereka itu pun tidah tahu menahu pasal blog Mrs. Khafi nie, yer dak..

    so dalam lenggok kata cousin you Beyonce, JUST DO YOUR THANG!

    Assalamualaikum~

    ReplyDelete
  4. Salam Jumie,

    Terima kasih, saya juga tetamu baru lepas baca rindu awak berjuta persen :)
    Saya juga tak kisah awak sajikan cerita apa pun sebab saya suka penulisan dan gaya utagha awak tu..

    Saya rasa makcik yang rude tu sebenarnya nak tau cerita ur best pren je.. sibuk nak selak kain orang, sebab dia kan cantik.. kalau ur best pren ade blog, lagi mencanak naik traffic dia :)

    just my 2cents, and jangan stop blogging k.. ramai lagi fans jumie khafi kat sini and also fans kak yam ;)

    ReplyDelete
  5. hi jumie...

    bravo uols...keep on writing your blog... since your posted bout your friend asma and his son i keep following your writing till today,,i didnt see any of rudeness from that posted... but for me everything that you write in your blog came from your heart.. plus i really love when you write in 'penang accent"..wow sampi kdg2 gelak senyum sendri..hahah keep it up okai...

    czac :)

    ReplyDelete
  6. keep writing Jumie & just be urself!!! honestly me pun menunggu cerita psl abderahman but i do respect ur blog and enjoy every post..saya suka bahasa yg dekat di hati..n selalu tersenyum bila teringat u selalu guna ayat kak beyonce..hahahah..good blog!! laugh and laugh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...