24.10.14

Lelaki Hetero Yang Boleh Di Makan

Salam Kak Jumie,
Sebenarnya saya ada satu persoalan ingin ditanya kepada akak.
Saya mempunyai seorang rakan berjantina lelaki. Dia ni baya saya lah. Saya kenal dia lama dah. Cuma bila tengok dia ni sangat macam sesuatu. 
Dressing dia, style dia segala macam tentang dia. Bila bersama dia, selalu ja scanner ni macam berbunyi. Pernah lah juga buat move konon macam nak mengorat dia, yes memang ada respons tapi takat respons ja lah. Nak lebih-lebih tu tak ada lah. Memang dia jenis suka melayan. Kadang hantar text tengah-tengah malam. Buat-buat merajuk dan sebagainya. 
Nak dijadikan cerita jugak, kawan-kawan lelaki yang rapat dan selalu berdamping dengan dia banyak yang sesuatu. Ni bukan jenis hakak-hakak, tapi jenis yang duduk dalam closet dan denial. Tapi kita boleh tau lah based on scanner rakan-rakan dan 'cerita-cerita' mereka. Malah kadang, kawan-kawan dia ni banyak yang daring sampai tunjuk love interest ngan dia. Pendek cerita dia ni sangatlah sesuai kalau jadi gay. 
Namun despite all of this,  ramai kata dia ni straight. Maksudnya dia main sport yang sangat jantan, ada awek (walaupun dah putus), naif tentang isu-isu LGBT, menggatal dengan pompuan, kalau nampak awek seksi je ajak saya tengok sekali dan simpan straight porn (hehe, kantoi dia). 
Maka persoalannya, adakah wujud lelaki straight yang mempunyai sifat homosexual dalam diri mereka? Dan jika betul mereka ini straight apa tujuan mereka melayan flirting kita. Adakah mereka betul-betul naif dan memikirkan ini hanyalah bromance (curse How I Met Your Mother).  
Sekian Kak Jumie. 
Yang benar,
Abang confuse

gambar hiasan


click read more untuk jawapan


Dear Abang Confuse,

Amboiii depaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.  Senang saja nak jawab soalan u olls ni.  Yes,  memang ujud lelaki-lelaki macam ni.  Depa nampak straight (sempurna) tapi hakikat di dalamnya hanya Dia yang tahu.  Depa-depa nila yang duk bagi haru hidup hidup orang disekeliling mereka.  Depa ni,  orang putih kata,  Devils In Disguise.  Depa la setan besak u olls.  Pompuan pun depa layan,  laki pun depa layan,  maknyah pun depa layan.

Pasaipa?

Sebab lelaki macam depa ni sunyi.  Depa tak tau apa depa nak dalam hidup depa.  End up,  depa sapu apa sahaja yang tersaji di depan depa.  So kalau ampa semua duk feeling semawa pumukimi kat depa,  semawa bonmontotmot kat depa,  depa seronotla nyah.  

I menjawab emel ini bukan untuk mengulas dengan lebih mendalam tentang pilihan seksualiti lelaki yang u olls ceritakan ini.  Tapi sebagai mak ayam yang concern,  i rasa u betterlah menjauhkan diri.  Kenapa?  Kecil-kecil main api,  besar-besar terbakar hati yang sepi.  Gitu.  

Yes,  sebagai manusia,  fitrah kita mahu berpasang-pasangan.  U straight,  u homo,  u tetap nak sesorang sebagai teman.  Kita teruskan mencari.  Untung nasib kita,  Tuhan sahaja yang tahu.  Tapi kalau dah jumpa lelaki yang berkarakter misteri macam ni,  baik jauhkan diri dik.  Akak takut ini semua perangkap.

Kalau akak jadi u,  lelaki macam ni akak buat stok geli geli sahaja.  I layan dia,  dia layan I,  I layan dia balik.  That's it.  Tak payah susah susah nak pi selidik pasai latar belakang dia semua.  Kalau dia mau,  dia amik.  Dia tak mau,  dia boleh blah.  Zaman cekcur akak dah berakhir sekarang sebab akak dah bernikah,  kalau dak,  sanggup akak mintak no fon laki tu,  mai akak nak try dia pulak. AHAKS.

Sudahlah,  u olls ni,  kalau bercakap pasai jejans sampai bila pun tak habis.  Pila pikiak macam mana nak cari duit extra,  pikiak nak buat amal ibadat ka,  program amal dengan anak yatim ka....kan lebih bagus?  

ps/  Regina Ibrahim ada sentuh bab ini dalam BUKU PANDUAN MAKNYAH,  doakan buku ini terpublish.  Kita semua boleh benefit dari buku ini.

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...