10.10.14

Luahan Hati Wanita Agam

Assalamualaikum, apa kabar Kak Jumie.  Saya ni nak minta pendapat akak lar.

Masalah penampilan.  Saya jenis big size punya orang, saya ada masalah nak membeli baju.  Berat 88kg height 177cm.  Malah kasut bersaiz 12.  Badan besar kaki kecik.  Saya ada masalah nak beli baju dan kasut moden terkini.  Kak jumie boleh bagitahu tak kat mana baju-baju dan kasut Kak Jumie beli.
Suka tengok cara Kak Jumie dressup. U look so confident dan nice dan sweet for u. And last nak jugak tips-tips keyakinann diri.
Wasalam,
Are mee ra


Dear Are mee ra,

Terima kasih sebab email kat akak.  Dah lama I olls tidak menulis tentang isu ini dalam blog akak.  Kepada u olls yang baru belajar membaca blog i olls,  mungkin u olls tertanya-tanya apakah itu WANITA AGAM.  I olls ada tulis kat atas blog I olls di bawah gambar-gambar I olls yang meletops itu.

Okay,  mai sini akak nak cerita.  Wanita agam akak takhtakan untuk wanita plusize seperti kita.  Why agam?  Sebab sinonim dengan perkataan rumah agam yang bermaksud 'mansion'.  Idea meletops ini akak cilok daripada seorang wanita agam yang tersohor di Pulau Pinang nama dia Kak Shaz Kadir,  dia kawan baik kepada designer dan wedding planner,  Hassan Abu Bakar.  Sapa follow IG Bangsan pasti akan pernah ternampak wanita bekas modeling bernama Shaz Kadir.  (Yes,  dia memang plusize model yang pernah masuk dalam majalah semua ya).


ps/  Gambar ini tidak kena mengena dengan artikel pun.  Saja bubuh gambar ni. HAHAHA

click read more



Akak harap lepas ini akak harus membanyakkan lagi artikel pasai wanita agam agar dapat menyuntik semangat dan keyakinan diri kepada u olls semua.

So berbalik kepada soalan-soalan Are Mee Ra.  Okay,  berat badan akak 100kg dan ketinggian akak adalah 161cm sahaja.  So nak ikut ikut,  akak lebih agam daripada u olls.  Size kasut akak adalah 10.  U patut bersyukur sebab size kaki u besar sebab bayangkan badan u berat tapi kaki u size 5.  Tak balance okay.  Kalau tak jaga berat badan,  nanti lai tua,  u akan sakit lutut.  So here are some of the info i boleh share dengan u  :

Kasut Yang Terkini
Adalah amat penting untuk membeli kasut dengan size dan gaya yang betul.  Jangan terlalu nak ikut sangat orang ramai nak pakai kasut trendy padahal akhirnya sebab silap gaya u olls nampak macam kampung.  Akak ada tulis beberapa artikel seperti berikut  Kasut Wanita Agam di PayLess Shoe Source @ 1st Avenue Penang dan Tips Memilih dan Membeli Kasut untuk Wanita.  Baca kat situ okay.

Baju Wanita Agam
Most of my baju casual akak beli daripada weblog ini  Butik Jessabella sejak tahun 2008 lagi.  I olls tak berapa pandai memakai baju-baju berjenama.  Bukan sahaja kerana tidak mampu,  tapi i rasa,  i lebih suka membeli sesuatu yang praktikal.  Murah,  selesa dan simple.  Tidak terlalu mengikut trend.  U olls kena selalu memerhati fashionista plusize seperti yang akak senaraikan dalam artikel ini  Inspirasi Laman Web Fesyen Wanita-Wanita Agam depa ni akan dressap macam macam pastu kita boleh la tiru tiru sikit.  Nak suruh akak buat macam tu,  macam susah la jugak sebab akak jarang membeli baju baru.  So nanti takkan nak update setahun sekali kan?  Seperti yang akak kata tadi,  akak beli baju yang praktikal,  murah,  selesa dan simple,  tidak terlalu mengikut trend.  Sebab itu akak tidak perlu nak update baju akak selalu.  Oh ya,  akak juga selalu menerima hands-down dresses daripada Mama Regina.  Mama Regina memang pandai bab bab membeli baju.  Dari beliau akak pelajari,  tidak perlu berhabis pada jenama dan trend.  Dia banyak membuat pembelian di pasar-pasar dan juga kedai seperti Reject Shop sahaja.  Dengan membuat sedikit alteration,  satu pakaian yang nampak sangat murah terus nampak seperti dari butik.  Are Mee Ra kena belajar jadi pemerhati baru boleh belajar.  Untuk baju kerja,  disebabkan akak kerja kerajaan,  so akak banyak pakai baju tradisional.  So baju tradisional akak ni,  boleh kata 80% adalah hands-down daripada mak akak dan arwah mak mentua akak.  HEHEHE :)  Baju tradisional macam baju kurung dan kebaya,  u kena pakai pilih jenis kain dan coraknya sahaja.  Reka bentuk baju tetap sama kan.

Keyakinan Diri
Bercakap tentang keyakinan diri,  u olls kena banyak baca artikel yang i duk tulis ni semua.  Tapi keyakinan diri tidak datang dengan hanya membaca artikel-artikel i ni saja.  U sendiri kena ubah persepsi diri u terhadap diri u sendiri dan terhadap persekitaran u.  Semua orang ada pendekatan yang berbeza,  latar belakang yang berbeza dan persekitaran yang berbeza.  Macam I olls,  i memang dari kecik membesar dengan penuh keyakinan hasil daripada dorongan mak I sendiri iaitu Kak Edeh dan juga kawan-kawan I olls sejak di sekolah menengah.  So maybe my approach is different.  Tapi takpa mengapa,  i bagi dua benda penting dulu.  First,  jangan adili dan hukumi diri u.  Kedua,  jangan adili dan hukumi orang lain.  I pandang orang berdasarkan personaliti seseorang.  Bukan paras rupa dan apa yang dia pakai. I ada sebut benda ni dalam blog I kat mana tah.  Rajin rajin la godek blog I ni.

Cara Hidup Sihat
Ha...walaupun i wanita agam dan i sangat suka untuk berkongsi tips tips macam mana nak menaikkan keyakinan diri,  tapi i olls tidak menganjurkan cara hidup yang tidak sihat.  Dah tau tau badan tu agam,  faham-fahamlah.  Seminggu sekali,  pi la eksesais apa yang patut.  Seminggu 20 minit ka.  And makan la secara sihat.  Pada masa yang betul dan dengan kuantiti dan pilihan makanan yang sihat.  Jangan duk melahap macam durjana.  Pastu duk post macam bangga sangat orang agam makan banyak and tak kisah.  I tak suka attitude macam tu.  Yes,  kita agam,  kita suka makan,  tapi janganla buat diri kita orang tengok macam tong sampah.  Ini pendapat I olls.  Kita orang agam kena nampak presentable.

Akhir kata,  akak harap u olls angkat dagu,  tengok depan,  dan teruskan catwalk.  Takdak sapa yang akan kata u cantek,  sebelum u sendiri kata diri u cantek.

Ps/  baca artikel artikel dalam LABEL TIPS WANITA AGAM

Love,

Jumie Samsudin
Wanita Agam
Lambang Kecantikan

2 comments:

  1. sy pon jenis2 agam gak.slalu mmg susah nk cari baju Y_Y

    ReplyDelete
  2. kami pun jenis agam jugak.. and PROUD of it!! :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...