15.10.14

Makanan Vegetarian

Pengenalan Babak

Babak ini berlaku di pejabat.  Latar belakang,  keadaan pejabat yang sibuk.  Beberapa rakan staf sedang membuat tugas masing-masing.  Para pelakon bebas bersuara dengan lantang kerana pejabat ini memang selalu hiruk pikuk.

Watak-Watak 

Kak Yam - Wanita berbadan gempal dan suka mengacau orang lain kerana dia sendiri tak banyak kerja.  Dia suka membungkus makanan lebihan daripada jamuan yang dijalankan di pejabat.  

Kitty - Setiausaha pejabat.  Dia selalu membuat kerja untuk Boss.  

Yusof  -  Kerani kewangan.  Dia cekap membuat kerja.  Kerana terlalu laju membuat kerja,  dia selalu ada masa terluang.  Masa terluang digunakan untuk membantu rakan lain,  ataupun bermain aplikasi Candy Crush di handphonenya.

Arina - Pelajar intern.  Tak banyak bercakap.  Sebab dia orang baru.  Tugas dia lalu lalang dan tukang hantar file.

Boss - Dia tidak perlu berlakon dalam babak ini tetapi namanya disebut.


click to read more


Lampu dibuka.  Semua pelakon sedang tekun membuat kerja di atas pentas seperti membuat filing dan menaip pada komputer.  Kak Yam masuk pentas.  Dia baru datang dari pantry.

Kak Yam
Arina,  hang tak mau ka bungkus makanan yang belen (baki) event tadi?  Satgi malam hang tak payahla nak beli beli makan.

Arina
Takpala Kak Yam.  Saya tak mau.  Malam memang saya tak makan.

Kak Yam
Awat hang tak makan malam?

Yusof
Jaga badan la Kak Yam oi.  Orang muda....kanka? (bukankah)

Kitty
(terdengar perbulan itu dan mencelah)
Ala Kak Yam.......bawak balik je la apa apa yang ada tu.  Macam tak biasa pulak.  (Gelak gelak manja)

Kak Yam
Korang ajak hang Kitty.  Aku bukan tak mau bawak balik.  Tapi hang order ni semua makanan vegetarian.  Tak berapa nak sedap sangat la.

Arina
Ehk....sedap apa.  Saya suka makanan vegetarian yang Kak Kitty order untuk meeting kali ni.  Client tu mesti suka sangat.  Boss depa memang duk puji tadi.  Saya bagitau kat depa,  Kak Kitty yang order.

Kak Yam
Sedap apa nya!!!! Aku rasa macam kambing.  Semua sayiokkk saja. Ni Kitty,  aku nak tanya hang.  Awat hang pi order makanan vegetarian ni semua.  Setahu aku,  client kita yang mai tu,  5 orang.  Sorang saja yang vegetarian.  Takkan sebab dia sorang,  kita semua kena jadi vegetarian.

Kitty
Apa salahnya Kak Yam.  Sekali sekala kita dapat juga rasa makanan vegetarian.  Kan senang,  semua orang boleh makan.  Orang Hindu,  Buddha,  Islam semua boleh makan kan?

Kak Yam
Hang ni sah sah la nak mengampu Boss.  Pasai dia sorang hang sanggup order makanan tak sedap.  Selalu boleh ja order udang,  ayam,  semua......

Yusof
Ala Kak Yam.  Masa hang pi Amerika,  hang bagitau kami,  depa semua makan babi and minum wine hari hari.  Tapi sebab hang sorang mai melawat pejabat depa kat Amerika tu,  depa sanggup order catering makanan Halal daripada restoran Islam terdekat.  Siap beli pinggan mangkuk set baru semua untuk hang sorang.  Hang punya puji depa melambung.  Bayangkan hang sorang ja yang pi pejabat depa kat Amerika tu.  Bukan senang nak cari restoren Islam.  Depa berusaha jugak untuk hang.

Yang tu hang puji depa melambung-lambung.  Samala apa yang kita buat kat client kita ni.  Tok sah duk jadi haprak sangat aih Kak Yam.  Duk buat macam kebulok (kebulur) tak pernah makan ayam udang.

Kak Yam
(Tersentap dan terus mendiamkan diri.  Dia buat buat tak dengar dan sambung kerja)

BABAK TAMAT

6 comments:

  1. kihkihkih best best best!! Duk buat macam keboluq tak pernah makan ayam udang... terbaik lah ahahahha

    ReplyDelete
  2. hahaha memang best.... apsal i baru baca ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hangpa lama tak mengomen blog kami...mungkin sebab kami pun lama tidak mengapdet

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...