21.10.14

Mrs Doubtfire di PARKROYAL Penang Resort

Hello u olls,

Okay hari ni nak post kat ampa semua baju i olls pakai sempena memperingati karakter Mrs. Doubtfire yang dilakonkan oleh Mendiang Robin Williams.  Tops penuh dengan corak bunga-bunga kecil.  Ramai yang duk kata cantek dan kemas,  and duk tanya kat mana nak beli baju ni.  Untuk pengetahuan,  orang bersaiz Amerika macam saya tidak mempunyai size baju di kedai komersial (kebanyakannya),  so kena pandai mencari-cari di dalam pasar,  kedai-kedai kecil ataupun secara online.



Actually baju kat bawah ni sama macam ni.  Mrs.  Doubtfire vs Kim Kardashian.  Mana ampa rasa paling lebih meletops?



click read more



Actually we olls duk posing cantek-cantek ni sebab jadi Sekretariat untuk Program Bengkel Transformasi Akademik USM di PARKROYAL Penang Resort selama dua hari.  Memanglah hotel nampak nice and kami dapat bilik dengan view yang sangat cantek.  Tapi malangnya,  kami tidur / duduk dalam bilik tu tak lebih dari 8 jam pun.  Yelah u olls,  at 6am dah turun breakfast,  7am dah bertenggek kat meja urusetia.  Program berjalan dua hari,  hari pertama sampai 12malam,  hari kedua (ALHAMDULILLAH) sampai lunch time sahaja.  Jom la tengok gambar kami duk buat kerja.  :)

Ni gambar posing lompat sebab dah habis Bengkel.  Nak pi check out sahaja.  Kasut flower tu I olls beli kat PAYLESS 1st Avenue,  Penang.  Harga after discount i dapat RM25 sahaja.  Seluar hitam beli kat Giant Bayan Lepas,  Penang.  Tops,  beli kat Butik Super XL kat tingkat 1,  Prangin Mall.


Ni posing bukak kasut.  HAHA


Ini gambar bilik kami.  Memang cantek.  Tapi sayang buleh duduk sat sahaja.  Nak feeling berendam dalam bathtub pun tak sempat.







Ni gambar masa tengah buat kerja and bersama dengan rakan Sekretariat lain.  






Okay,  memang tak banyak sangat benda nak cerita.  Memang penat.  Duk prepare macam-macam untuk program yang melibatkan almost 73 participants ni.  Tapi lepas semuanya selesai,  segala sakik hati dan badan dan tumit kaki hilang begitu sahaja.

1 comment:

  1. wow jumie,ampa telah membuktikan bahawa kalau nak bergaya x semestinya pakai barang mahai saja dan org agam juga boleh melawa asal bijak matching...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...