20.10.14

Penyelidik USM cipta alat penjimatan minyak

Tepat pada masanya.  Kalau 6 tahun dahulu,  kalau isi RM50 dalam kereta VIVA 1.0 saya nenjia sampai nak tertumpah minyak petrol kat muncung tempat mengisi minyak kereta saya.  Sekarang?  Untuk penuhkan satu tank kereta saya,  maybe saya perlukan lebih kurang RM60-RM70.

Baru-baru ini,  penyelidik USM telah mencipta alat penjimatan minyak.  ITS AT THE RIGHT TIME!

Penyelidik USM cipta alat penjimatan minyak

email
comments
Penyelidik USM cipta alat penjimatan minyak
Rekaan produk itu berasaskan proses elektrolisis yang dihubung terus ke dalam sistem enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna. - Gambar Hiasan
GEORGE TOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak petrol dan diesel yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api itu sehingga 45 peratus.
  
Ketua Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM Prof Madya Dr Soib Taib berkata rekaan produk itu berasaskan proses elektrolisis yang dihubung terus ke dalam sistem enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna.
  
"Ia sebuah alat kompak diperbuat daripada bahan aluminium tahan karat dan kegunaannya dapat memperbaiki aliran pengudaraan enjin sekali gus mengoptimumkan kegunaan bahan api sesebuah kenderaan," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.
  
Beliau berkata penyelidikan untuk menghasilkan alat yang dikenali sebagai 'bahan api kapasitor' itu mengambil 10 bulan untuk disiapkan dengan dibiayai geran penyelidikan berjumlah RM40,000.
  
Penggunaan alat itu bagi perjalanan 20,000 kilometer setahun dianggar dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1,300 berdasarkan harga minyak semasa, katanya.

Click read more


"Alat ini turut mengurangkan pembebasan asap dan gas tidak dikehendaki seperti karbon dioksida serta karbon monoksida sekali gus mengurangkan pencemaran udara," katanya.  

Dr Soid berkata alat itu sesuai dipasang pada lori, kereta dan motosikal dengan kos RM350 dan jangka hayatnya boleh bertahan sehingga tiga tahun.
  
Beliau berkata prototaip alat itu kini dalam proses penjenamaan dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan industri yang berminat untuk mengkomersialkan produk itu dengan harga kompetitif. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...