4.10.14

Social Experiment #1 : Abang Bangla Yang Hemsem Seperti Ranveer Singh

Pada suatu petang,  saya mendapati kereta saya penuh dengan tahi burung.  Di bumbung dan dicermin.  Saya rasa amat malu dengan keadaan kereta saya.  Maka dalam perjalanan pulang,  saya pun singgah di sebuah kedai membasuh kereta untuk tujuan seperti dinyatakan sebentar tadi.  Saya rasa malu kalau berhenti di lampu stop,  mesti orang akan pelik tengok kereta saya yang kotor.

Semasa sampai di kedai berkenaan,  saya terpana.

Terpana kerana melihat jejaka pembasuh kereta itu sungguh hemsem sekali.

Sehemsem Ranveer Singh,  aktor kacak dalam filem Hindi,  Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela (2013.



Please click read more



Apabila turun dari kereta,  saya menjadi nerves untuk bercakap dengan jejaka ini.  Saya rasa dia adalah lelaki bangsa asing.  Sama ada Bangladesh ataupun Pakistan.  I never ask.

"U basuh luar sahaja.  Dalam  takpayah,"  lantas jejaka itupun mengambil kunci di tangan saya.

Saya pun duk teringat kat mamat bangla itu sampai balik rumah semua.  Saya pun cerita kat suami saya betapa hemsemnya mamat itu.  Dan suami saya berkata "Nasib baik la hang kawen dengan aku.  Balik kampung kat Johor saja.  Kalau hang kawen dia,  kena balik Bangla.  Punya la jauh,  barulah bapak hang mengamok,"

Sehubungan itu,  saya telah membuat satu social experiment di Facebook saya.  Saya minta kawan-kawan jelaskan apakah perasaan mereka apabila berurusan dengan pembasuh kereta bangsa Bangladeshi yang hemsem macam ni? (Tidak boleh lebih dari 20 patah perkataan)

Kalian boleh tengok hasil komen-komen seperti di bawah.  Click kat embeded post.















Hasil dari soalselidik ini,  saya dapat simpulkan bahawa  :

AMPA SEMUA RESIS!!  Bila sebut bangla ja...semua ingat bau badan Bangla.  Tak baik wehs!  Depa dah la mai kerja sini buat kerja buruh dengan pendapat yang kecik.  Nak beli deodoren pun tak mampu.  Ampa duk ingat bau badan depa sahaja.

Akak harap,  lepas ini ampa lebih kind dan menghormati rakan-rakan dari luar negara tak kisahla dia mat salleh mata biru or pekerja buruh dari negera seperti Bangladesh dan Nepal.  Depa pun maknusia kan?

Pesanan masyarakat ini dibawakan khas oleh akak.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

2 comments:

  1. Akak...saya comment baik tau..siap ada mantra lagi..x terlintas pasal bau..hihihi

    ReplyDelete
  2. Klu sy la why not skali skala cuci mata.laki kite pon kdg2 mata keranjang jgk tgk pempuan lain.huhu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...