3.11.14

Anak Ayam JS

Aku takdak mood nak masuk kelas hari ni.  Tapi kehadiran akan diambil kerana malam ini ada pembentangan oleh rakan sekelas yang lain.  Oleh itu,  aku melawan perasaan balok liat ku.  Pembentang untuk malam ini dimulakan oleh seorang rakan sekelas ku.  Aku tak berapa rapat dengan beliau,  maklumlah kuliah untuk pelajar Sarjana,  lepas kelas semua bergegas pulang untuk meneruskan kerja masing-masing.  Ramai dalam kalangan rakan sekelasku adalah somebody bekerjaya dan sudah lama menempah nama dalam bidang media massa.  Cuma aku sorang dan beberapa kerat lagi yang duk feeling fresh grad terus buat master katanya.



Jumie Samsudin membuat persembahan sempena sambutan Hari Wanita USM 2012.


click read more



Rakan sekelas ku ini membentangkan topik yang agak menarik perhatianku.  Apakah impak yang akan berlaku apabila kerajaan ingin menggubalkan akta baru yang mewajibkan setiap blogger mendaftar dengan sah.

Rakan kelas aku membuat introduksi yang amat baik dengan latar grafik yang menarik perhatian dan mudah aku faham.  Aku membuat catatan yang sepatutnya.

"Berikut 10 blog popular Malaysia yang akan saya analisis untuk melihat impak kepada penggubalan akta ini,"  aku memerhati senarai nama itu.  

Tiba-tiba mata aku yang agak makin layu sebab duk rasa macam duk mai nak balok liat dah  (agaknya setan duk mai pose Kim Kardashian dah atas kelopak mata aku) menjadi cerah dan bersinar.  

Dalam 10 senarai itu,  blog MARHAYAM aku ada dalam tu.

"JUMIESAMSUDIN.COM.  Blog ini menulis tentang ulasan fesyen,  kisah semangat tentang wanita agam,  tips make up dan sebagainya," terang rakan sekelas aku.  


Noks!! Terus mak eksaited.  Sebagai ANAK AYAM JS,  hidung i kembang kempis menahan bangganya.  I duk pandang kiri kanan.  I duk tengok reaksi kawan-kawan sekelas lain.  Depa semua menumpukan perhatian kepada pembentang.  Pasti mereka bersetuju dengan fakta yang dikeluarkan atas penyelidikan rakan kami ini.

Habis kelas,  aku mendekati rakan pembentang aku tadi.

"Hey u olls.  Thanks sebab bagi presentation yang bagus tadi," kata I cuba memulakan persembangan.

"Oh really.  Thank you so much,"  kata beliau sambil mengemas barang-barang ke dalam begnya.

"U kenai ke Jumie Samsudin tu?"  tanya I olls kepadanya.

"I tak kenai dia personally.  Tapi dia memang blogger yang femes jugak la,"

"Actually kan....dia tu kawan I tau,"  kata aku semangat gila kat dia!!! I hope maybe kalau dia happy dengan this news,  anytime I boleh tolong dia perkenalkan kawan I ini kepada Mama JS I.  Haruslah boleh bantu bagi apa-apa fakta berdasarkan pengalaman Mama JS sendiri. Im sure Mama JS ada something to say about this akta as well.


"Yee yeee je,"  kata kawan I olls tanpa melihat kat muka I olls.  I terus rasa down sangat.  I bukan nak impressed dia ke apa ke.  I just nak share perasaan bangga I olls sebab tak sangka beliau mengiktiraf blog Marhayam I olls sebagai blog yang famous di Malaysia.

"Betul la U......Kami sama-sama kat USM dulu,"  kata I olls lagi cuba convincekan kawan I olls itu.

"Yelah kan..........USM tu besar sekolah je kan,"  kata kawan i olls itu meninggalkan I olls dengan keadaan tersentap seketika.  Oh mama.  I rasa macam nak nangis sangat.  Kalau u dekat bolehla i peluk cium ketiak u untuk meng-release stress ini.

Takpalah mama.  Kalau depa tak mau caya I olls ni anak ayam U.  Janji u tetap sayang I olls kan?  Anyway,  tahniah mama.  Blog u dah iktiraf sebagai blog paling popular di Malaysia.  

Sembah ratu 44 step zapin kat Marhayam JS yang kami sayangi. 

Akhir kata,  terimalah lukisan I olls untuk mama.  I olls lukis masa dalam kelas!!

Love.
Yuss Zulk


* Kisah yang disampaikan oleh ANAK AYAM I OLLS.  Anak Ayam JS adalah himpunan kawan-kawan special I olls yang I olls kenal sejak bergelar blogger.  Depa ni semua banyak bagi i inspirasi,  bagi I olls semangat apabila down,  bagi i penasihatan apabila I olls musykil tentang sesuatu and paling penting I olls ada banyak hutang budi dengan depa dengan macam-macam cara lagi.  Thank you so much ANAK ANAK AYAM JS.  U olls tau u olls siapa.  Bak kata Raja Zaren Tengku Jalil "Mama takkan letak spotlight kat muka kita...tapi its okay.....Janji kita selalu rapat dengan mama,"

Gitulah Raja Zaren,  kiter semua anak beranak tak perlu spotlight.  Orang maybe anggap kita femes,  tapi perlukah semua ini?  Kita semua orang biasa saja.  Nak pakai LV pun tak mampu.

3 comments:

  1. *clap clap clap* yes, your blog is one of the top blogs in Malaysia..saya sokong kata-kata di mana, kita anak beranak tak perlu spotlight-spotlight nie..we know who we are and how close we are to each other yang tak perlu di beri pengiktirafan 24/7..

    keep on writing sis!

    ReplyDelete
  2. Nok sembah ratu zapin lalalitamplom.. kat marhayam JS....
    bangga dpt jd hanak bebek hang hahahahh
    rindu hang wessss

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...