14.11.14

ASK 2014 Yang Sendu


Akak berkesempatan untuk tonton ASK 2014 yang lalu.  Ada beberapa perkara yang ingin akak kongsikan.


  • Kenapa dah berapa tahun penganjuran malam anugerah kat Malaysia ni,  kita lebih memberikan keutamaan kepada persembahan padahal agenda utama iaitu sesi ucapan penerima anugerah kita cut short sampai akak rasa sangat kasihan.

    Malam anugerah macam nilah menjadi peluang kepada penggiat seni yang bersusah payah untuk hasilkan karya mereka walaupun industri seni kita penuh dengan pancaroba.  Pada malam anugerah inilah mereka boleh luahkan dan ungkapkan apa yang tidak teruangkap.

    Ini bukan isu lapok.  Tapi kenapa tidak ada pembaharuan?  Idea orang baru sentiasa dicantas oleh orang lama?

    click read more

  • Saya suka persembahan pertama drama muzikal yang menceritakan kisah belakang tabir orang orang yang betul betul tahu betapa susahnya menjadi pengarah filem / drama di Malaysia.  Erma Fatimah,  Aziz M Osman,  Micheal Ang,  Nora Danish.  GILA MELETOPS.  Persembahan ala-ala drama bangsawan Ebi Yus dan rakan-rakan tidak kurang bagusnya walaupun ada beberapa adegan lawak (seperti kencing) agak keterlaluan sebab ini adalah majlis anugerah bukan pentas MAHARAJA LAWAK.  Tapi i think,  DUA BABAK DRAMA dalam satu majlis adalah TOO MUCH.  Persembahan nyanyian medley Hafiz,  Black and Lan juga i think terlalu lama.  Persembahan Stacy adalah satu pembaharuan,  tapi ada orang yang tidak selesa apabila hasil karya hasilnya diubah tanpa kebenaran.  Ini suatu yang perlu kita pandang berat.
  • Dah masuk tahun 2014,  pihak penganjuran ASK patutnya lebih matang dalam menyediakan skrip kepada pengacara majlis / pengacara majlis sampingan dan juga selebriti penyampai anugerah.  Saya lihat terlalu banyak bahasa MAKNYAH dan bahasa pasar yang digunakan dalam majlis anugerah berprestij ini.

    Paling saya tidak boleh terima,  ada artis yang tiba-tiba bercakap yang dia berada di tepi tangga ni...dikelilingi oleh artist yang suka OVER dan juga PENGARAH yang suka nak over.  Apa motif dia nak point out benda tu?

    Di mana identiti ASK?  Nak jadi formal or nak jadi semi formal?  Atau terus nak jadi sampah?  Dan,  masih tidak mampukah pihak Media Prima menyediakan skrin hadapan yang memaparkan skrip kepada EMCEE dan para penyampai lain.  Bukankah ini lebih profesional?
  • Abang Fahrin,  tak berani nak kata lebih-lebih sebab dia laki kesayangan Kak Nina Baker.  Tapi takpalah.  Bagi akak,  Fahrin telah buat yang terbaik.  Betah dia bercakap.  Tapi kalau penulis skrip pengacara majlis buat research yang lebih gempak,  pengisian kata-kata pengacara bukan sahaja sebagai ketua majlis,  penghibur malah bisa membawa mesej yang bagus kepada semua pengikut seni tanah air.  Oh suara Abang Fahrin,  i tak berapa gemar sangat.  Tidak ada base.  Sama macam Aaron Aziz.  
Harap ada orang Media Prima yang terima pakai komen saya.  Harap lepas ini,  kurangkan persembahan.  Berikan platform yang sebaiknya kepada penerima anugerah untuk mengucapkan penghargaan mereka.  Im sure ORANG MALAYSIA mampu anjurkan event yang super gempak macam kat Hollywood.  Cuma nak buat atau tak mau buat sahaja.  

ps/  TAHNIAH untuk semua pemenang.  Sembah ratu 44 step zapin untuk adik Puteri Balqis yang berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik.  I love u adik!



Love,

Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...