1.11.14

Cushion Kereta Baru Untuk Bini Yang Cantik

Akak dan suami ada satu kereta sahaja.  Kereta Viva warna biru.  Sudah pakai almost 6 tahun.  Masih dalam keadaan yang amat baik hasil penjagaan yang berjadual dan pemanduan yang berhemah.  Walaupun sudah pakai 6 tahun,  tapi enjin masih dalam keadaan yang elok.  Cuma,  cushion kereta yang original sudah nampak seperti orang segan mati tak mahu.

Akibat malu tatkala menumpangkan kawan-kawan naik kereta kami,  oleh itu kami dorang bersetuju agar cushion kereta ini harus ditukak.  Ditambah pulak kami laki bini mempunyai size badan berskala orang American- Samoan,  oleh itu tekanan berat badan telah menyebabkan cushion kereta 6 tahun ini telah menjadi penyek.  Paling teruk kat dua seat depan,  siap terkeluak besi.  Hare betui.



Click read more



Inilah gambar cushion yang baru.  :)

Lepas beberapa kali memberi SOUND kepada laki akak,  maka dia pun mengambil inisiatif untuk menukar cushion kereta kami.  Ketika di kedai meng-repair cushion,  dia menelepon I olls.

"Hang nak colour apa? "  tanya suami akak.

"Colour apa ada?"

"Standard colour hitam la.  Tapi boleh campur dengan colour-colour lain.  Colour biru,  ada colour merah,"

"Merah-merah,"  akak membalas cepat apabila mendengar colour merah.

"Haaa...okay okay...."

Lepas seharian di bengkel mengrepair cushion,  petang itu suami akak mengambil akak dengan kereta dan cushion baru.  Akak tersenyum panjang sebab siriesly cushion baru ini terus membuatkan kereta kami seperti baru semula.  Akak pun naik kereta dengan senyuman yang panjang.

"Esok abang ada kerja petang.  Nak pakai kereta.  So boleh tak minta tolong Wawa,  ampa dorang pi bengkel amik motor aku kat sana?  Abang tadi pi amik kereta ni naik motor sendiri.  So tinggal motor kat bengkel"  minta suami I olls.  Akak pun senyum tanda setuju.  Hati tengah syiok semuanya buleh.

Esoknya,  lepas waktu kerja,  akak dan Wawa naik motor ke Ayer Itam.  Bengkel meng-repair cushion kereta ini terletak berdekatan dengan kaki Bukit Bendera.  Apabila kami sampai ke bengkel,  pasangan suami isteri pemilik bengkel sedang sibuk mengemas bengkel mereka.  Depa dah nak katop kedai u olls.

Akak pun menyapa depa.

"Hello Aunty....i mau amik ini motor,"  kata akak sambil menunjuk kepada motor suami akak.

Kedua-dua aunty dan uncle itu berhenti membuat kerja dan tengok kepada akak.

"Ha....haa...lu dia munyia bini ka?"  tanya aunty itu kepada akak.

"Ya.....yaa.....,"  kata akak sambil mula menye-tartkan motor.

"Macam mana itu cushion.  Okay ka?"  tanya Uncle itu kepada akak.

"Cushion cantik!!! I Sukaaaa...."

"Baguih baguih.  U punya laki pun ada cakiap....wa punya bini manyiak syiok la tengok ini macam,"  kata apek itu cuba menyampaikan umpatan suami aku padanya.

"Yaka.....okay okay uncle....wa balik dulu.  Thank you so much!!"

Malam itu,  suami akak balik rumah.  Selepas memberi salam dia pun bertanya kepada akak.

"Hang pi amik motor tadi,  apek tu tak kata apa ka?"  tanya suami akak.  Dia nampak motor dia dah parking elok dalam garaj rumah.  Tu yang dia tanya tu.

"Masa pi amik motor tu,  dia tanya,  Ya ni sapa?  Ya katala ya ni bini abang.  Pastu dia kata Waaaa,  lu dia punya bini ka???? Manyak sui lo.... cantik...........................Ya pun senyum ja la...,"  kata akak sambil menghidangkan makanan ke atas meja dengan wajah tanpa perasaan.

Suami akak menggelengkan kepala.  Dia terus makan makanan yang terhidang tanpa sekali pun cuba untuk berbahas dengan akak.  Actually dia tau pun,  akak menokok tambah cerita.  Dia dah malas nak layan.

Sekian cerita kami.

1 comment:

  1. hahaahahha!! ending citer ini terbaik..mesti laa kita tokok tambah garam gula kan,.sape nak puji kita, lau bukan kita? hehehe..

    congrats dapat new leather seat di kereta anda!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...