12.11.14

Deepavali 2014 di USM International Office

Hello u olls,

Ini adalah pembayaran #hutangpost yang i olls patut buat pada bulan yang lalu.  Sorrylah u olls.  Memang akak busy sangat.  Alasan yang membosankan. Apa pun,  thanks ampa semua tetap setia rajin baca blog akak walaupun pengeposan di blog akak adalah tidak konsisten.

Okay now,  akak nak share dengan u olls gambar-gambar dan cerita ketika kami membuat sambutan perayaan Deepavali di Pejabat kami.  Memang kami semangat buat macam-macam program yang boleh promote seni dan budaya pelbagai warna di Malaysia sebab we olls kan International Office.  Hari hari anak ikan mata biru ni penuh mai office kami,  bila depa tengok dekorasi meletops,  depa pun macam suka la u olls.

So untuk Deepavali,  kami buat kolam,  bubuh dekorasi dan sediakan manisan perayaan Deepavali.  Memang students mat salleh ni semua masuk office seronok sebab depa duk amik gambar kat kolam and makan laddhu semua.  Meletops sangat.

Okaylah u olls!  Jom kita tengok gambar dan story sekali.



Click read more



Deepavali Shopping in Little India
Akak dan boss akak pergi ke Little India yang terletak di Georgetown Penang.  Aiyooo meriah sangat.  Dengan ramai orang,  bunyi muzik yang rancak gedebang gedebung,  berpusu-pusu Kak Kelly semua duk membeli belah sempena Deepavali.  Ini #firstime akak pergi shopping Deepavali ya dalam kesesakan ini.  Aku ni dah la tak suka sesak sesik.  Susah nak cari parking u olls.  We olls terpaksa parking ahmat jauh.  Tapi takpa,  lepas tawar menawar,  kami beli banyak juga bahan dekorasi dengan harga yang amat berpatutan.  Sebab depa nak perabih stok u olls.

Boss akak sedang mengepose.


Gambar ini mendapat like yang terlampau banyak kat Fesbuk.  Bukan sebab kecantikan semulajadi akak,  tetapi sebab Baiya kat belakang tu siap berlapang dada bila tengok akak posing. HAHAHA.  kau mampu?


Seronok tengok kedai saree semua kaler maler u olls.  Sorrylah gambar semua ni takberapa nak clear.  Henfon akak murah je u olls.  Tunggula akak beli Lenovo 6siris.



Membuat Kolam
Inilah kali pertama akak membuat kolam u olls.  Menggunakan beras berwarna warni yang we olls beli siap masa kat Little India.  Kalau nak buat sendiri pun boleh beras tu.  Tapi we olls tak reti.  Kausi,  kawan office kami (dia takdak dalam gambar ni semua),  dia kata,  ada maksud yang indah kenapa orang Hindu buat kolam di hadapan rumah semasa perayaan cahaya ini.  Bukan sekadar warna dan dekorasi yang cantek,  tetapi beras-beras ini sebenarnya dihidangkan untuk serangga dan mergastua yang datang memakan beras-beras ini.  Orang Hindu percaya,  nenek moyang mereka turut bertandang ke rumah dalam jelmaan serangga dan mergastua ini bersama meraikan hari yang bermakna ini.


Disebabkan kami adalah amatur,  maka kami menggunakan lakaran kertas yang dilekatkan pada lantai dan membuat ukiran beras menggunakan lorekan pada kertas tu.  Akak amik lakaran kolam ini dari surat khabar Star News.  So thank you Star News!  Tapi kalau takdak,  ampa boleh tiru dari Google.  Tapi jenuhlah nak lukih dalam scale besar.




We olls semua gigih stay backed untuk menyiapkan kolam ini.  Bayangkan kolam seconet ini mengambil masa lebih kurang 4 jam nak  buat dan melibatkan kami semua almost 8 orang.  

Chin Chin feeling post lepas kolam dah siap.  Thanks Chin sebab tolong TUNGGU kami! 


Kolam kami yang dah siap.  Cantek dak?


Akak yang feeling posing.



Ampa boleh tengok dalam gambar ni,  ada semut semut yang duk mai angkot beras ni semua.  Sampai bijik bijik kecik yang kami susun kat setiap bucu corak ada yang dah hilang.  Anyway,  lepas beberapa hari,  kami amik semua beras ni and pi bagi burung makan.  Nothing goes to waste ya.



Ini pula adalah kolam yang dihias di lobi Bangunan Canselori,  USM.  Bapak punyak besiakkkkkkkkkkkkk.  Tapi depa upah profesyenel mai buat.  Nenjia,  anne ni buat dengan tangan lagu tu ja.  Lukih by heart u olls.  Takyah feeling nak ikut urat lakaran macam kami.  Akak sentap melihat keterror-an anner ini.




Akak meng-posing disebelah kolam yang dibuat oleh anner yang super terror itu.  






Deepavali Decorations
We olls punya decorations simple simple je.  Memang kalau boleh nak buat all out u olls,  tapi kena tengok bajet la u olls.  Takpa-takpa,  maybe next time.


Akak sangat suka dekorasi ni yang kami beli.  Memang dia untuk bubuh kat pintu utama. Ada macam-macam corak yang u olls boleh beli.  Dari bajet RM20 dan ke atas.  Lagi meletops corak dia,  haruslah lebih mahal.



Akak sangat suka lampu panjang ni.  Sepatutnya dalam ni bubuh lampu.  Dia jadi lantern la macamtu.  Tapi kita gigihla bubuh.  We olls dapat sepasang ni RM60 sajiok u olls.



Hiasan ni adalah wajib untuk dekorasi India.  Sebenarnya hiasan ini menggunakan pucuk daun kelapa.  Tapi zaman lani,  nak tengok pokok nyiok pun susah maka hiasan serupa menggunakan riben menjadi pilihan suri rumah. #gituuayatrancanganNONA





Makan Muruku
Inilah makanan yang kami hidangkan untuk students yang datang.  Macam-macam ada,  murukku,  candy,  palgova,  laddhu dan macam-macam lagi manisan yang akak sendiri tak tau nama dia.  





Depa ni dua makan murukku banyak sampai kentut bau daun kari.  Dahsyat.


Kak Shuk,  Liyana and Suhaila.




Baju Raya Deepavali Akak
Bila akak post gambiak akak ramai yang duk tanya,  kat mana akak beli punjabi suit tu?  Actually baju ni dah lama akak beli.  Almost 3 tahun dah.  Beli kat Sam's Batik,  sebelah Nasi Kandar Line Clear di Penang Road.  Harga lebih kurang RM130 tapi tops sahaja.  Seluar tu akak beli legging jeans dari Jessabella Plusize Stealz.  Selendang merah,  boss akak beli hadiah masa dia pi Dubai dulu.  

Actually nak beli baju India ni,  ampa pi ja mana-mana kedai Saree ada macam-macam pilihan.  Cuma ampa kena pandai mana yang sesuai dengan bentuk badan u olls la.  Kalau perlu alter,  buatlah alteration yang sepatutnya.  Macam contoh baju ni,  akak pi tailor suruh tambah riben ikat kat belakang,  baru bila ikat nampak macam shape badan sikit.  Haruslah akak feeling nak ketat-ketat u olls. 





1 comment:

  1. I suka kolam yg u'oll buat dari yg aner tu buat... hehehehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...