14.11.14

Ditindih Makcik Bertudung Semasa Tidur

Cerita pertama yang akak nak share dengan u olls adalah pengalaman akak di bilik tidur akak dan suami.  Masa ni akak dah kawen la.  Ini kali pertama akak kena gangguan macam ni,  and sejak tu akak dah tak kena dah.

Kisahnya macam ni,  malam tu,  akak dah lalok nak tidur.  Duk melek-melek mata,  sekali baru nak terlena,  akak rasa rumah akak bergegar.  Lebih kurang 3 saat.  GILAAAAAAAAAAA!!  Memang rasa real punya earth quake u olls.

Ini bukan rasa macam nak terjatuh parit bila kita nak tidok,  ini memang rasa rumah akak bergegar.  We olls kan Penang kan dah beberapa kali rasa small gegaran sebab kesan dari Indonesia,  so akak duk ingat ni adalah gempa bumi la.

Dengan segala hormatnya,  mohon kebenaran menggunakan gambar Mak Ayam Puchong yang Letosan iaitu Kak Senduk.  Sembah Ratu 17 Step Tarian Lilin.  Terima kasih sebab mention nama saya dalam blog akak yang meriah itu.  Akak tau tak betapa bangganya saya sebab akak sudi mention blog saya!  Sejak dulu saya memuja akak!! Love u kak Senduk.


click read more


Akak jerit panggil suami akak yang duk ada kat bawah.

"Abiang...abiang...,"  jerit akak.  Badan akak masih terbaring kaku di atas katil.

"Awat hang?"  tanya suami akak apabila dia masuk ke bilik kami.

"Aku rasa gempa bumi....hang rasa dak?"  tanya akak.  Muka cuak.

"Kat mana hang rasa?  Dalam bilik ni?"  pelik sungguh soalan yang suami akak tanya kat akak.

"Haa.......rasa dak?"  kata akak lagi.  Suami akak mendiamkan diri.  Dia berlegar-legar di hujung katil.

"Dah...takdak apa dah...pi tido.  Jangan tegur,"  kata suami akak.  Akak macam pelik.  Tapi akak dah tak larat nak tanya kat dia.  Akak dah ngantuk u olls.  So akak pun senyap dan terus layan kepala akak.  Tidur la akak selepas itu.

Tak lama lepas tu,  tiba-tiba akak rasa orang duk usap kepala akak.

Bila akak bukak mata,  nenjiaaaaaaaaaaaaaaaa...sebelah kiri katil akak ada tiga orang makcik pakai tudung labuh warna cokelat duk duduk sebelah katil akak.  MUKA TAK NAMPAK.  Depa duduk ja kat situ.

And akak tengok atas,  akak nampak ada orang tua duk usap rambut akak.  Perempuan tua.  Dia punya rambut penuh beruban,  akak tak nampak muka dia sebab dia paling ke arah lain.  Dia duk usap kepala akak.

YA ALLAH!  Masa itu,  akak terus paralized satu badan.  Tak boleh nak gerak,  tak boleh nak jerit,  tak boleh nak buat apa.  Inilah rasanya bila kena tindih.

Dalam hati akak,  akak just berkata "Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...."  itu sahaja yang akak mampu kata.  Akak tidur terlentang ke atas.  Kedua-dua tangan akak di kanan dan kiri badan.

Akak tak ingat berapa lama akak macam tu.  Tapi agak lama lah.  Badan rasa sejuk.  Tak boleh nak bergerak.  Tak boleh nak berpeluh.

Hati akak tak berenti menyebut Ya Allah Ya Allah, tak lama lepas tu,  akak dah boleh bergerak,  and bila akak boleh bergerak...akak terus jerit "ABIANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG," akak pun terus bangun dan duduk di katil.

Terdengar bunyi dentuman kaki suami akak naik tangga ke bilik kami.  Dia terus mendekati akak.  Dia baru sahaja turun ke bawah sebab rasa nak ke tandas.  Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi.

Akak pun menceritakan apa yang terjadi.

"Takpalah....tadi hang pi tegur dia.  Dia lalu ja tadi.  Tu la dia nak pegang hang...."  jawab suami akak.

The End

7 comments:

  1. dia syg la tu..sebab tu dia usap..hihi

    ReplyDelete
  2. arghhhhh kenapa aku baca entry ni arrghhhhh

    ReplyDelete
  3. Mrs. Jumie...ada lagi tak himpunan cerita2 seram. You punya penceritaan sangat meletops...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian cerita..
    Saya sekeluarga pulangkan apa2 yg terambil dari tuan punya blog dan pembaca2 blog ini..
    Saya ambil ilmu yg haq sahaja.lain lain
    tiada.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian cerita..
    Saya sekeluarga pulangkan apa2 yg terambil dari tuan punya blog dan pembaca2 blog ini..
    Saya ambil ilmu yg haq sahaja.lain lain
    tiada.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...