27.11.14

Jantan Pengorek Lubuk

Salam Jumie,

Thanks for reading my email. I ada benda nak tanya tentang hal kawan I ni. I dah nasihat dia banyak kali, tapi dia tetap dengan cara dia. I nak u tolong publish emel ni kat blog and biar dia baca sendiri. Dia memang duk baca blog u pun.

Kawan I ni, dia kawan dengan mamat ni. Baru 6 bulan. Tapi tiba-tiba mamat ni minta putus. Haya sebab alasan tak call dia hanya 1 hari sahaja. Member saya pun salah la juga sebab tak balas balik WeChat dia. And mamat ni call pun dia tak jawab. Tapi bersebab la dia tak jawab and text balik mamat ni.

Tiba-tiba semalam mamat ni minta putus. Tapi walaupun baru kapel 6 bulan kawan mamat ni, kawan I dah pinjam duit dekat dia beberapa kali dah. So member saya tak boleh terima alasan mamat ni.

Tolong bagi pendapat sat macam mana nak bagi kawan saya a bit cool. Duk meroyan sahaja. Kesian pula tengok dia. Tapi memang bodoh dia juga sebab pi bagi pinjam duit semua kat laki tu. Katanya hati dah sayang, nak buat macam mana kan? Tak masuk akal juga mamat ni bagi alasan untuk putus.

Waiting for your reply,

Sahabat



sumber nevada-outback-gems.com

click read more



Salam Sahabat,


Obviously, memang laki tu dah tipu kawan u. Dia dah kikis semua habis. Lani mungkin dia dah ada lubuk duit yang meletops maka dia pun terus tinggalkan kawan u. For no reason at all.

Come onlah, takkan pasai sehari tak jawab phone terus nak putus.

Tidak ada ayat penyedap yang boleh membuatkan hati kawan u sedikit tenang, kecuali GET UP AND MOVE ON.

Jadikan ini sebagai satu pengajaran hidup.

Bagi saya, kita boleh bagi BADAN U kat seribu jantan, tapi jangan senang-senang bagi hati.  Bila u bagi hati, its like u bagi segala-galanya. (boleh tak ampa faham secara mendalam bila aku kata boleh bagi BADAN)

Love,

Jumie

1 comment:

  1. tajuk mmg gempak... igtkan cerita pasai Tok Adi (nasir bilal khan)... what i mean cerita hantu.... heheheh
    P/s cerita hantu rumah u tak da ka.... (walaupun takut ttp nak baca)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...