21.11.14

Kami Johan di Universiti Nilai

Hello u olls,

Baru baru ini,  akak dan team pejabat kami telah mengiringi kumpulan pelajar antarabangsa di Universiti Sains Malaysia untuk menyertai pertandingan 1 World Culture A Celebration of Dance di Universiti Nilai.  Alhamdulillah,  selepas berlatih bagai nak rak selama 2 minggu semua anak-anak ayam mat salleh mak telah berjaya merangkul anugerah juara.  Sungguh berbaloi penat jerih kami.  Bukan jer they olls yang menari,  we olls yang duk arrange macam-macam from day one pun rasa kegembiraan dan kepuasaannya.

Kami berkampung ni Kajang dan berulang alik ke Nilai University pada hari pertandingan.  Usai juara,  kami bawa anak-anak mat salleh ni semua ke Putrajaya makan satay di Kampung Budaya.  Esoknya,  before balik ke Penang,  kami singgah di Melaka dan bersuka ria.

Jom tengok gambar-gambar we olls sambil membaca cerita akak yang pastinya tidak pernah putus.

Bacaan tambahan  :  PELAJAR ANTARABANGSA JOHAN PERTANDINGAN TARIAN KEBUDAYAAN


Gambar kami semua.  Semua seronok penuh dengan kegembiraan.  Tapi budak BORAT yang paling depan kiri tu bukan USM ya,  dia tiba tiba mencapap dalam gambar kami.  


click read more


PULAU PINANG, 11 November 2014 - Sekumpulan 14 orang pelajar antarabangsa di bawah Program Pertukaran Pelajar telah berjaya mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia (USM) setelah dinobatkan menjadi Johan dalam pertandingan tarian 1 World Culture Festival bertemakan A Celebration of Dance di Universiti Nilai,  Negeri Sembilan Sabtu lalu. 
“Kejayaan manis ini telah mengubati segala penat lelah pelajar yang komited dalam latihan dan pencapaian ini amat membanggakan warga USM  terutamanya seluruh kakitangan Pejabat Antarabangsa dan USM Buddies yang bertindak sebagai tulang belakang dalam menguruskan pasukan ini,”  kata Penyelaras Program Mobiliti Pelajar merangkap ketua pasukan USM, Dr.  Mohd Hafizal Mohd Isa.  
“USM memenangi pertandingan ini adalah buat kali kedua  setelah enam tahun penganjuran pertandingan ini.  Sebelum ini USM pernah merangkul anugerah tempat ketiga ketika penganjuran tahun 2009,” tambah Mohd Hafizal. 
Kumpulan yang terdiri daripada 14 pelajar dari negara Jerman,  Finland,  Switzerland,  Sweden, China dan Korea ini, telah berjaya mengalahkan 13 institusi pengajian tinggi lain dan merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM 1500, trofi dan sijil penghargaan.  Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknologi Petronas (RM 1000, trofi dan sijil) manakala Universiti Putra Malaysia telah berjaya mendapat tempat ketiga (RM 500, trofi dan sijil).  UiTM telah merangkul anugerah khas juri dan UniMAP berjaya merangkul anugerah kostum terbaik. 
USM juga berbangga Pegawai Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar yang juga pereka tari bagi kumpulan tersebut, Mohamad Al-Hafiz Md. Sani kerana dianugerahakan Best Choreographer. 
“Idea beliau menggabungkan seni tari Wau Bulan dalam persembahan tarian negara Tibet yang membawa mesej keamanan dan kedamaian mendapat pujian ketua juri yang juga Presiden Malaysian Performing Arts Society Ravi Shanker Rama Murthy,” ujar Mohd Hafizal. 
Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia, Ibrahim Ali dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Nilai Micheal Yei. 
Upacara penutup telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Nilai, Profesor Datuk Dr. Megat Burhainuddin. Teks dan foto sumbangan Pejabar Antarabangsa.



Make Up Session
Penari semua 13 orang.  9 perempuan,  4 lelaki.  Persembahan kami adalah pada jam 2 petang,  maka kami memulakan sesi make up kami pada jam 8.30 pagi.  Tapi bukan akak make up sorang,  akak kerah beberapa student Buddies and staff akak untuk belajar pakaikan foundation and bedak.  Baguslah budak budak ni cepat belajar.

Untuk penari lelaki,  semua disettlekan oleh Buddies and kawan akak.  Muka-muka pompuan semua,  akak yang warnakan.  Muka they olls semua,  mat salleh memang dah cantek terletak.  Mak tonyoh sikit-sikit ja dah jadi Adele,  dah jadi Jennifer Lawrence kan?  Lepas tu,  Nato kami punya koreografer and beberapa Buddies lain bertanggungjawab pasang costume dan eksesori.  Proses yang panjang sejak pagi.  Siap semua orang,  terus naik bas ke Nilai.  Sampai jer lebih kurang 15 minit,  kami terus perform.  Kau mampu?

Penat tau berdiri dari pagi memekapkan they olls semua.  Yang pompuan mulanya they olls macam feeling-feeling kekwat sikit,  tapi lama-lama depa macam suka pulak.  Maybe depa tengok mak make up depa letos-letosan.  Yang si jantan pulak,  ada yang suka,  ada yang tak suka.  Yang suka tu...ko paham paham la kan pasaipa dia suka dimekapkan kan?



I olls dah macam wanita Afrika dah dengan rambut dah serabut duk buat kerja.  HAHAH kerlas dak mak ayam?  Lengan akak dah la bermasel u olls.



Barang make up dan lain-lain yang bersepahan.



Yang ni nama dia Yu Yu.  Dia from China.  Dia jadi penari Wau Bulan.  Comels gila budak ni.  Umur 18 tahun.  Baru sampai USM 2 minggu.  Masih dalam kelas intensif Bahasa Inggeris.  So tak paham cakap omputih lagi,  apatah lagi cakap Malaysia.




Akak sedang menyental wajah Rebecca.  Gadis dari Finland.  Mata dia hijau nak jadi biru macam mana ka.  Akak buat make up soket kat depa semua sebab aiyoo mata semua besar bersoket elok dah.  


Tengok muka dia,  elok dak??????? Buat light-light dah jadi meletops macam mana ka.



Mr.  Nato sedang memakaikan eksesori kepada para penari kami.



Ini Yohan dari Korea.


Dalam ramai-ramai yang belajar make up,  mak paling saspek kat Naim ni.  Pandai dia sapu foundation.  Kerlasss u olls.  Takpa,  ni semua ilmu.  Nanti ampa nak perform apa-apa for dinner / event USM ampa dah tau nak buat macam mana kan.




The Proud Moments
Saat yang paling menerujakan adalah kami diannounce sebagai pemenang no 1.  Akak punya seronok syukur Ya Allah.  Kaki yang duk sakit tang buku lali terus rasa hilang kebas semua.  Seronok u olls.  Dah lama akak tak rasa menjadi pemenang.  Selalu duk rasa pengalah sahaja.

Apa pun,  akak nak ucap terima kasih kepada semua team USM yang menjerit punyalah kuat macam sundel.  Sorak punya sorak sampai rasanya dalam dewan tu kita jer yang paling bising.  Katanya Dr.  Pitt (our boss) yang duk pesan "Jumizah satgi hang mai duduk depan stage aku nak hang jerit kuat kuat.  Aku nak suara hang,"  last sekali bila datang suara gabungan akak dan Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian punyalah kuat sampai Dr.  Pitt kata "Wehs ampa dua diam sikit boleh dak?  Aku malu,"

Tahniah juga kepada pasukan dari IPT lain yang turut memberikan persembahan yang tidak kurang hebatnya.  Dengan costume yang sangat meriah.  Akak terharu sebab salah seorang teman dari Asia Pasific University mai tegur akak "Akak ni Jumie Samsudin kan?" HAHAHAHAH aiiiyooooooooooooooooooooo haruslah mak feeling teruk u olls!  Thanks adik sebab tegur akak dan membuatkan akak rasa retis selama 5 minit.



Fariza duk feeling touch up muka Tonni.  Nak amik kesempatan la tewwww...Dasar wanita bertudung ni.



Kami duk touch up muka depa lagi sebelum nak iring depa pi belakang pentas.




Sebelum pergi belakang pentas,  Nato tetap nak suruh depa try menari satu round.  Kejamnya koreografer ni.  



Sempat memberikan pose terakhir sebelum pergi ke back stage.



Tengah menunggu turn.  Time ni we olls dah tak ganggu depa dah.



They olls masa membuat persembahan yang meletops.  Seni tarian mereka adalah berbeza dari team-team lain.  Instead membuat format showcase,  dimana kumpulan penari membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan represent tarian dari pelbagai tradisi di dunia.  

Walhal,  kumpulan kami membuat seni tari yang mempunyai cerita yang menarik.  Menggabungkan lagu dan tarian tradisi Wau Bulan dari Malaysia dan tarian dari Tibet,  kisah di sebalik seni tari ini begitu menarik perhatian.

Menurut Nato,  pegawai kebudayaan USM selaku koreografer kami berkata,  dia mengambil inspirasi kisah MH17.  Wau bulan itu menggambarkan kapal terbang yang tiba-tiba hilang,  berlaku kekacauan dan akhir sekali,  wau bulan itu ditemui,  dalam keadaan sayu,  seorang penari memeluk wau bulan itu menandakan mereka menerima kembali MH17 dengan penuh rasa hormat.  Akhirnya,  martabat mangsa MH17 disanjung agar terus dihormati oleh semua rakyat kita dengan semangat yang satu.

Touching okay!!

U olls boleh tengok video tarian penuh di sini.




Hope u olls like our performance.  Kalau mungkin mesej yang disampaikan dalam tarian ini tidak sama macam yang akak ceritakan,  please maafkan kami ya.  Tidak berniat untuk menyinggung hati mana-mana pihak.  



Dr.  Pitt yang sempoi sedang menerima hadiah saguhati.


Nato sedang menerima anugerah best choreography.



Bila we olls menang no 1,  nenjia semua berlari naik ke pentas. Bersama nak ambil hadiah.



Tiba-tiba aku jadi wau bulan gemok kat atas ni kenapa nyahhh???



Bergambar dengan semua pasukan dari semua IPT yang mengambil bahagian.




Akak Mengepose
Setelah menang,  we olls semua macam dirasuk hantu.  Duk posing sana sini.  Akak feeling nak amik gambar dengan piala kemenangan.  Tapi haram nak tunggu turn punyalah lama macamnak beli nasi kandar beratur.  So akak hanya feeling amik gambar dengan mock cheque and then akak bersama Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian pun membuat tour untuk bergambar dengan penari dari kumpulan lain.  Tapi Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian punya celaka,  bila nak amik gambar dia akan kata kat orang tu "Please come take picture with her....she is journalist from Penang,"  HAHAHAH terusss photographer dari Nilai University pun feeling amik gambar I semua dah rasa macam meletops sangat.  


#selfie with Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian



Makcik menang motor.



Akak dan Visha.



Bersama dua Panglima Hitam.




Meletops baju depa ni semua.  


Team dari Unimap.  Baju depa sangat meletops.  Ingat tahun ni,  baju raya i nak buat yang macam warna biru ni la.



Meletops kan raja Siam pakai abang-abang hitam lani sebagai pak guard Istana. Kau mampu?  Sawadikap.





Makan Satay dan Otak Otak

Lepas kami dah menang semua,  malam itu Dr.  Pitt bawak kami semua pi makan Satay Kajang Haji Sahmuri kat Putrajaya.  Memang enjoy la kami semua malam tu.  Tapi juga singgah di Putrajaya and bawa students ni semua masuk Masjid Putrajaya.  Tapi akak dan staff USM tak turun bas la.  Satu,  sebab dah tak larat.  Kedua,  sebab punyalah ramai orang kat dataran depan masjid tu.  Ketiga,  kami semua dah pernah mai sini.






Masa tengah dinner,  akak amik gambar dengan Didi,  seorang pelajar dari German.  Dia kebetulan makan sebelah akak.    Ini picture we olls.


Akak hantar gambar ni kat suami akak.

"Abiang....ini date I malam ni.  Jangan jeles,"

Pastu suami I balas.

"K"

Begitulah kesentapan suam-suam kuku dari suami I.  Sekian sahaja cerita we olls.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...